Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Kami Rindu Arwah Cikgu Hayati' - Sambung Berbakti Di Youtube Walau Telah Meninggal

14-3-2019 03:28 PM Komen: 13
Kisah arwah Cikgu Hayati Aini menyentuh hati ramai netizen apabila suaminya berkongsi legasi guru Matematik Tambahan itu dalam satu temubual dengan mStar baru-baru ini.


Kredit foto: mStar


Sebelum pemergiannya, Cikgu Hayati telah memuatnaik lebih daripada 300 video tutorial Matematik Tambahan menggunakan nama hayatimathswizz Hayati Aini di Youtube untuk kemudahan pelajarnya. Selain itu, beliau juga memuatnaik video yang sama di akaun Facebooknya.


Menurut Abdul Jalil Daud, arwah isterinya sengaja merakamkan video itu dalam Bahasa Melayu walaupun beliau lebih fasih mengajar mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris supaya lebih ramai pelajar dapat memahami kandungannya.



Kredit foto: Youtube



Selain daripada itu, arwah Cikgu Hayati juga seorang guru yang berdedikasi dan sentiasa sedia untuk membantu pelajarnya dan sanggup menjawab semua soalan walaupun di luar waktu persekolahan. Ini terbukti dengan kenyataan ramai anak muridnya yang mengatakan mereka sangat mudah memahami semua kandungan pembelajaran dengan arwah.



Arwah Cikgu Hayati bertugas di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Long di Kajang dan disahkan mengidap kenser payudara pada Januari 2017. Penyakit beliau kemudiannya menjadi semakin teruk pada September 2018 dan akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada 11 Mac 2019, pada umur 46 tahun.



Kredit Foto: YouTube
Kredit Foto: YouTube


Semoga video yang ditinggalkan oleh arwah Cikgu Hayati akan terus berbakti kepada anak-anak muridnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 18-3-2019 08:55 AM
d_anne04 replied at 17-3-2019 08:23 AM
kan....

akak dulu math dpt 1..tapi addmath dpt 7

sama lah meols gak kak. matematik biasa dpt A1 tp tang addmath, D7 plak meols. hahaha! pdhal add math tu kwn meols yg excel dia kata sama jer konsep mcm matematik biasa cuma dia saje pusing2 nak kasi nampak gempak. gittew konsep addmath sampai "berpusing" meols nak memahamkannya.

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 14-3-2019 03:45 PM
Takziah kpd keluarga Cikgu Hayati.

Sedap suara cikgu di youtube.
Quote GigaMom 14-3-2019 03:51 PM
Takziah keluarga arwah..
Untung beliau rajin buat ni
Pahala masih mengalir walau sdh tiada..
Quote Artemesiaa 14-3-2019 04:24 PM
Bila platform awam seperti tu digunalan dengan cara baik pasti ia akan terus bermanafaat walaupun dia dah tak ada.
Quote raxief 14-3-2019 04:52 PM
pahala berterusan
Quote 234126 14-3-2019 04:57 PM
Takziah. Unsung hero versi guru. Tengah sakit pun masih fikirkan kebajikan pelajar. Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang baik & beriman, diberi ganjaran syurga. Amin
Quote BoongaKertas 14-3-2019 05:01 PM
kalaulah zmn iols internet laju mcm skrg, mesti iols excel addmath & wajib jadikan utube arwah sbg tmpt ulangkaji. tenanglah di sana wahai hero yg tak didendang
Quote giyomi 14-3-2019 06:22 PM
takziah pada keluarga...cikgu yg patut di contohi oleh cikgu2 lain
Quote DeeHanania 14-3-2019 07:45 PM
Innalillah...
Semoga pahala berterusan buat Arwah Cikgu Hayati
Quote WandaMi 15-3-2019 02:50 PM
Subhanallah.. bayangkn pahala yg mengalir utk cikgu ni
Quote kaklong32 15-3-2019 02:56 PM
innalillah
pahala berterusan buat arwah insyaAllah
Quote akumak 15-3-2019 11:31 PM
Semoga ilmu yg cikgu tinggal dimanfaatkan sebaiknya.
Quote d_anne04 17-3-2019 04:23 PM
BoongaKertas replied at 14-3-2019 05:01 PM
kalaulah zmn iols internet laju mcm skrg, mesti iols excel addmath & wajib jadikan utube arwah sbg t ...

kan....

akak dulu math dpt 1..tapi addmath dpt 7
sbb x brp gemor cara kat cikgu ngajar addmath...dia ngajor..lepas tu tanya faham tak? lepas tu dia ckp xper buat² faham..huhuhu
kami yang kurang pandai ni berhuhuhu jer la


Quote BoongaKertas 18-3-2019 08:55 AM
d_anne04 replied at 17-3-2019 08:23 AM
kan....

akak dulu math dpt 1..tapi addmath dpt 7

sama lah meols gak kak. matematik biasa dpt A1 tp tang addmath, D7 plak meols. hahaha! pdhal add math tu kwn meols yg excel dia kata sama jer konsep mcm matematik biasa cuma dia saje pusing2 nak kasi nampak gempak. gittew konsep addmath sampai "berpusing" meols nak memahamkannya.

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046892s Gzip On
To Top