Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Masjid Untuk Orang Tua Bersih Je Ke?" - Netizen Geram Ibu, Anak Dihalau Makcik Bawang

Oleh: LilRose|13-3-2019 01:54 PM Komen: 20
Sedihnya hati, hanya tuan badan saja yang tahu apabila orang menuduh anak kecil kita kotor dan dihalau keluar dari masjid.



Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa terkilannya apabila seorang jemaah wanita tidak membenarkan anak-anaknya solat di dalam masjid dengan alasan tubuh mereka kotor selepas bermain di luar.

Menerusi komen, difahamkan kejadian berlaku di sebuah masjid di Jeli, Kelantan.



Selepas meredakan emosinya, Syahidah Mardhiah Azmi bersua dengan jemaah berkenaan dan meluahkan isi hatinya. Dia bagaimanapun ditempelak makcik terbabit.



Terkilan dengan kata-kata makcik itu, Syahidah kemudian memberikan tudungnya untuk dijadikan telekung buat anaknya yang paling besar. Bahkan, yang tidak lengkap pakaian solatnya pun Syahidah ajak solat bersama.

Difahamkan, mereka sekeluarga baru berpindah rumah dan barang-barang masih berada di dalam kotak termasuk telekung mereka.



Di penghujung entrinya, Syahidah berpesan kepada orang ramai agar tidak mudah menjatuhkan hukum kepada orang lain.



Ramai juga netizen tidak berpuas hati dengan sikap ditunjukkan makcik berkenaan.


Kredit foto: FB Syahidah Mardhiah Azmi

Kadangkala, kehadiran kanak-kanak kurang digemari jemaah surau dan masjid kerana mereka sering dibiarkan bermain atau membuat bising tanpa pengawasan orang tua.

Pun begitu, tindakan makcik berkenaan menghalau anak kecil dari menunaikan solat di dalam masjid dilihat agak melampau. Apa kata anda? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Lapah Muka Remaja Lepas Dirogol Dan Dibunuh
Kenyataan A. Aida: Que Haidar Kata Kolot, Azhan Rani Kata Kejam
Wanita 'Berkawan Karib Dengan Iblis' Dikecam Pertahankan Hak Asasi Pelacur
Bapa Durjana Dipenjara 80 Tahun, 50 Sebatan
Pecah Cermin Kereta Orang Untuk Bayar Bil Bersalin Isteri
"Lepas Adik, Abang Pula Masuk Wad" - 2 Minggu Rita Rudaini 'Berumah Tangga' Di Hospital
Wonder Woman Perjuangkan Hak Orang Arab Palestin?
"Siapa Lagi Perlu Bantuan?" - Fatin Afeefa Bantu Pelajar, Bagi RM30 Untuk Duit Makan
Wanita, Bayi Maut Selepas Cuba Melahirkan Berpandu YouTube
Rasul Palsu Ubah Kalimah Syahadah, Solat Hadap Ke Timur Bebas Sebar Ajaran Sesat Di Indonesia
Petai Punya Pasal, Rasakan...
Kongsi Foto Mesra Bunga Cinta Lestari Dan Reza Rahadian, Ashraf Sinclair Dilabel Dayus?
Lepas Dilarikan, Kereta Mak Nyah Dilerai Lelaki Baru Dikenali Untuk Dijual
'Boleh Didenda RM100,000? FB Ni Kejam, Ada Sebab Kenapa Peniaga Suruh PM Tepi' - Seller
Tiada Lagi Ketuk-ketuk Ramadan - Sheila Rusly Undur Diri
"Rupa Boleh 'Touch Up', Bakat Boleh Digilap" - Siti Sarah Kata X Factor Is A Gift!
Suami Isteri Malas Bekerja Jual Semua Anak Untuk Tampung Kos Hidup
Cekik Orang Hanya Kerana Disuruh Alih Kereta
Nenek, Menantu Dan Cucu Tak Mengaku Mencuri
"Filem Tak Laku, Tapi Jadi CEO Finas" - Netizen Meroyan KKMM Pilih Ahmad Idham
Gerakan Sokong Kedai Melayu Tiba-Tiba Kantoi Rosyam Nor Mart Bukan Miliknya Seorang
Betul Ke Rakyat Malaysia Dah Bijak Pilih Filem Berkualiti? Tapi Kenapa Tak Sampai Sejuta Pun?
Jurutera Hilang - Bekas Isteri Tampil Dedah Cerita Sebenar!
Kerana Menjawab Simple, Dr.Rafidah Dilabel Angkuh Dan Sarkastik
Netizen Gesa Kerajaan Tangani Masalah Buli Yang Dah Bertapak Sejak Zaman Tok Kadok
"GRO Je Yang Keluar Malam" - Kerajaan Cadang Hapus Tol Tengah Malam, Netizen Pula Bertelagah

Komen Terbaru

Quote Atifan 18-3-2019 11:09 PM
mialunar replied at 18-3-2019 06:59 PM
Orang tua .. ape salahnya beralah .. mungkin itu ujian bagi kita n makcik tu ...
    Agaknya makcik ...

Setuju..kdg2 mak bapak kena bertanggungjawab bila bawa anak2 ke mana2..xkira la masjid ke mall ke..jgn biar org lain jadi baby sitter anak atau biar je bdk tu tanpa pengawasan. Skrng ni ramai je yg bawak anak g masjid esp bdk2 kecik. Bgs nak bagi exposure kt bdk2 dan bgs juga kpd mak bapak yg take turn tgk anak esp masa solat terawih. Ni ada mak bapak yg letak je anak kt situ then sibuk beribadah walaupun anak terjerit terlompat sepanjang masa org tgh solat..again, courtesy kpd org lain pon kena ada la juga dan common sense untuk didik anak adab di masjid drp kecik.

Lain-lain Komen

Quote chinta89 13-3-2019 03:14 PM
Ak pernah kena. pakcik tu x bg ak solat di masjid. dia maki2. ak diam je elah umur baru 19 kita x reti lg nak ckp ape2 ngn org tua.

ak dtg solat je pun, bukan tido, makan, duk berbual etc. sedih ngn sikap makcik pakcik yg cenderung menghukum org lain 'jahat, kotor, x bersih etc' dan rse mereka je mulia n baik.

last2 ak solat kat stor pjbt je.. pejabat tu bos cina, xde surau. tp diaorg ade la bg solat kat stor kecik tu, ade penuh jgk la brg2. tp masih selesa stkt nk solat.

sedih, yg non muslim bg ruang solat, yg muslim halau x bg solat.
Quote GigaMom 13-3-2019 03:19 PM
Makin ramai yg bljr agama tp hanya pd luaran.
Apa yg x kena agakny..
Quote nazzse 13-3-2019 04:48 PM
Makcik2 gi masjid berlumba tunjuk telekung sapa paling lawa, paling mahal. Siap tanya jenama,harga berapa ok..tambah2 bulan puasa masa teraweh pandang orang mcm nak jelik pakai telekung murah{:laugh
Quote Artemesiaa 13-3-2019 04:49 PM
Punca kebanyakannya sebab sikap dan mentality individu atau golongan tertentu.  Bila semua benda jadi macam berat dan payah tak hairan kalau ramai makin menjauh.
Quote opie5662 13-3-2019 04:51 PM
Aku pernah kene kat masjid di segamat. Aku selalu je singgah kat situ. Tp ade makcik ni marah2 kalau pakai telekung masjid. Masa nak amek telekung die marah2...masa nk letak balik pon die marah2. Kate kite tak pandai lipat la ape la...

Lama aku sabar...last sekali aku plak yg marah makcik tu. Teras rugi lak pahala sembahyang. Tp kalau dh selalu sgt kene, mmg naik minyak la aku. Aku suruh die tutup je la masjid tu kalau semua barang dlm masjid tu org tak boleh guna. Pas tu aku ckp kat imam tu pasal makcik tu. And lepas tu mmg aku tak singgah dah situ kalau lalu pon. Aku cr masjid lain. Tak padan dgn tua. Heh
Quote bLuEsKy 13-3-2019 05:07 PM
MAKCIK-MAKCIK MASJID BAJET MASUK SYURGA...

berlaku kata mana2...
adik saya pun menghadapi situasi yang sama..
anak saudara saya hanya berumur 2 tahun 9 bulan..berlari-lari p mai p mai kat mama dia...
lepas habis tazkirah, semua jemaah bangun nak solat Isyak...
ada sorg makcik  bawang masjid tegur "jangan biaq anak lalu depan jemaah..najis.."

Allahu...anak kecil yang masih berumur 2 tahun 9 bulan dikatakan 'najis'..walhal sebelum nk ke masjid..dimandikan dan dipakaikan baju melayu dan kopiah yang comel ...
anak2 kecil sifat mereka anak bermain2 berlari2.. tak kacau pun makcik bawang masjid....

moga makcik bawang masjid byk2 istighfar...
Quote Sazida 13-3-2019 05:21 PM
Kalau jd kt aku sng je aku ckp,,  makcik dtg masjid nk cari syurga kan? Tp kenapa mulut mcm mtk nk pergi neraka? Sbb tu kalau aku g mana2 aku mmg dh stnby telekung dlm kereta siap2. Yela kdg2  tu telekung yg kt surau tu dari putih jd hitam pun ada. Bau xyah ckp la.,Pastu ade yg bila pakai tgn terjojol keluar.  So akak ni lainkali dlm kereta stnbyla telekung lebih.

*pernah solat kt terminal bas sementara shah alam. Ya Allah telekung diaaaa hazabbb betul. Kalau aku dekat mmg aku dh basuhkan dah.
Quote kroit92 13-3-2019 07:52 PM
mana2 tempat, makcik pakcik macam ni memang wujud
memang kita marah. tapi ingat, diorang hadir dan dihadirkan, kita bertemu orang-orang macam ni sebagai peringatan untuk diri kita. Jangan jadi macam tu. Siapa tahu, satu hari nanti, kita jadi macam diorang kalau angkuh, nauzubillah min zalik.

pernah jugak kena halau dari masjid, umo 11 tahun, abang 13 tahun.
kami datang nak solat Asar berjemaah. lepas tu kena tahan, kena fitnah, kena marah dengan sorang pakcik ni, dia tuduh kami nak mencuri. last-last balik rumah. aku tak paham apa, kecik lagi. abang dah menangis-nangis malu and marah.

padahal kami selalu datang masjid tu, dekat dengan rumah.
lagi malam Jumaat, memang selalu join baca Yaasin, dengar ceramah.
lepas kena halau memang tak datang langsung. takut dengan pakcik tu.
Quote dokupangg 13-3-2019 11:11 PM
Iols pun pernah kena... solat Zohor then lepak2 jap sementara tunggu Asar, dihalau dek makcik yg ntah sapo-sapo dgn alasan masjid bukan tempat lepak2.

Pastu pakcik makcik pun hairan kenapa golongan muda liat nak ke masjid. Tak gituhhh
Quote Megikari 14-3-2019 05:40 AM
Sama uolsss... I pun pernah kena jugak. Bawak anak sedara umur 3 dengan 5 tahun keluar jalan2, on the way balik singgah masjid kat kinrara sebab takut tak sempat sampai rumah sebelum habis maghrib. Ada sekumpulan makcik yang tengok kami senget je padahal anak2 sesara i tu duduk diam2 je main tablet yang ditutup soundnya. I dengan anak i yg dah beso solat ambik tempat kat hujung saf. Tetiba makcik tu datang suruh i solat kat luar bawak bebudak kecik tu sekali, alasannya taknak diorang main dalam masjid. Eh kejadahnya, bebudak tu elok diam tak berdecit pun kat situ. I bolayan je makcik tu, bukannya dia boleh heret i keluar pun. Kembang kempis idung makcik tu dok menjeling kami lepas abis solat  
Quote bukanomi 14-3-2019 08:24 AM
nazzse: Makcik2 gi masjid berlumba tunjuk telekung sapa paling lawa, paling mahal. Siap tanya jenama,harga berapa ok..tambah2 bulan puasa masa teraweh pandang ...

Betul tu. Setuju sgt...ingt I je berprasangka mcm tu. Sikap mcm Ni la buat org susah nk join surau/masjid. Masjid bkn tmpt it org yg dah pencen je
Quote lee_sakura 14-3-2019 08:29 AM
Megikari replied at 14-3-2019 05:40 AM
Sama uolsss... I pun pernah kena jugak. Bawak anak sedara umur 3 dengan 5 tahun keluar jalan2, on th ...

bagus sis, org tua kurang ajar mmg kena bg ajar skit
Quote bonggo 14-3-2019 08:39 AM
Kat kg aku ms zaman aku kecik2 org2 tua marah bdk kecik bdk main kat surau bising2..  Org tua nak smbahyang katanya.  Sekarang 20 tahun kemudian org2 tua tu ramai yg dh meninggal surau jd kosong.  Smpai kdg2 waktu solat x de org smbhyang kat surau. Akibat generasi tua dulu marah bdk2 pg surau sbb bising.  Akibatnya sekampung dpt dosa fardhu kifayah smbhyang jemaah x ditunaikan
Quote yeos 14-3-2019 09:03 AM
sebab makcik tua yang rasa dia hebat ni la iolls dah tak pergi surau kat kg sendiri,
rela pergi kg lain. iolls terasa hati, i bawak anak yg tak buat bising pun.

i buka kipas kat bahagian belakang sbb anak mengadu panas & nyamuk dia boleh tutup. i buka dia bangun tutup balik.

pastu bila ustaz ngajar i & kawan ngaji esoknya dia bising2 marah ustaz tu nape ngajar i 2 org je walhal ustaz dah ckp malam tu org lain kwn2 yg dah pandai blh ajarkan.
Quote durability 14-3-2019 02:00 PM
Dura dan adik pun pernah kena sound dengan sorang makcik di sebuah surau di Kg Datuk Keramat.  

Kami datang untuk solat isyak dan sampai di surau tersebut 15 minit sebelum waktu isyak.  Kami dah solat maghrib di rumah...

Bila sampai di bahagian muslimat...semasa ambil telekung ....kami disindir... 'solat akhir waktu...budak2 sekarang mmg mcm tu lah...'




      
Quote whadda 14-3-2019 03:41 PM
ape punya otak makcik2 bawang camni.. ko sibuk tonggang tonggeng sembahyang tapi cakap macam orang takde akal.. konon sembahyang kat masjid dah cukup sempurna la tu
Quote Genkidesuka 15-3-2019 12:19 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Bila ilmu tk dipraktikkan, hati itu akan berubah menjadi hitam. Rugi je.  Itulah ujian utk org berilmu. Org alim (berilmu) tk semestinya soleh, tp org soleh dah tentulah alim.  Iman, akhlak dan ibadah mesti seiring.  Semoga kita semua menjadi org yg soleh.

Quote mamapea 18-3-2019 05:20 PM
sama la mcm thn lps nk solat terawih...
aku sampai surau awal dpt la saf dpn...
pastu dtg la geng makcik2 yg solat kena duduk atas kerusi...
aku duduk paling hujung...makcik2 tu himpit2 aku dgn kerusi...
sampai nk gerak pun x blh...last2 aku pg kt saf blkg...
first come first serve la...bygkanlah dpn aku kerusi...kanan & blkg aku kerusi...
belah kiri aku almari...mcmana nk solat?
Quote mialunar 18-3-2019 06:59 PM
Orang tua .. ape salahnya beralah .. mungkin itu ujian bagi kita n makcik tu ...
    Agaknya makcik/pakcik tue sentap sebab memang ramai perangai supo toya .. pakai telekung x reti nak kemas balik
    Bawak anak comot berlumpo .. masuk masjid/surau buat muke x reti bila lantai tue kotor..ingat makcik tue kuli.. kadang mak pak buat x nampak je anak rajin kemas kat belakang.
    Kalo zaman mak ayah dulu..x de pulak kes acik meroyan sebab mak ayah ajar adab ke masjid.. salah ..balik kene rotan
    Adab ke masjid dengan adab sebagai tetamu rumah orang ramai yang zero
    Ape lagik.. acik pun meroyan la


  Mesti ramai sentap iols komen gini..

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051651s Gzip On
To Top