Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Wanita, Bayi Maut Selepas Cuba Melahirkan Berpandu YouTube

13-3-2019 12:49 PM Komen: 13
Seorang wanita di India maut selepas cuba melahirkan anaknya berpandukan video di YouTube, lapor Mirror.


Gambar Hiasan

Menurut media tempatan, tindakannya itu didorong perasaan bimbang terhadap stigma masyarakat setempat kerana bersalin sebelum berkahwin.

Mayat kedua-dua ibu dan anak itu ditemui di sebuah bilik di Gorakhpur, Uttar Pradesh yang disewanya beberapa hari lalu.

Mayat mereka ditemui selepas jirannya memaklumkan kepada pemilik rumah bahawa mereka melihat darah mengalir keluar dari bilik mangsa pada pagi Isnin, kata polis kepada Hindustan Times.

Pemilik rumah itu kemudian memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum menemui beberapa peralatan seperti gunting, pisau dan benang berhampiran mayat bersama sebuah telefon pintar.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan menonton sebuah video bertajuk 'how to deliver baby by self' dan beberapa video serupa mengenai proses bersalin di YouTube.


Kredit foto: Mirror

Menurut jurucakap polis, Ravi Rai berkata, pihaknya percaya wanita itu cuba melahirkan bayinya sendiri pada malam Ahad iaitu empat hari selepas menyewa bilik berkenaan.

Selain itu, mereka juga percaya wanita dari Bahraich terbabit mahu mengelak stigma masyarakat setempat kerana memiliki anak sebelum berkahwin.

Difahamkan, pada hari mangsa ingin menyewa bilik berkenaan, dia memaklumkan pemilik rumah bahawa ibunya akan tiba untuk menghantarnya ke hospital apabila mahu melahirkan.

Mayat mangsa akan dihantar kepada keluarganya selepas bedah siasat dilakukan. Keluarga mangsa bagaimanapun enggan membuat laporan polis mengenai kejadian. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Sejak Pembikinan Misteri Dilaila, Dah Enam Kali Zul Ariffin Masuk Hospital
Lapah Muka Remaja Lepas Dirogol Dan Dibunuh
Kenyataan A. Aida: Que Haidar Kata Kolot, Azhan Rani Kata Kejam
Cabaran Lain Boleh Pula Buat! Ayuh Anak Muda, Kita Buat #TrashChallenge Pula
Wanita 'Berkawan Karib Dengan Iblis' Dikecam Pertahankan Hak Asasi Pelacur
Bapa Durjana Dipenjara 80 Tahun, 50 Sebatan
Pecah Cermin Kereta Orang Untuk Bayar Bil Bersalin Isteri
"Lepas Adik, Abang Pula Masuk Wad" - 2 Minggu Rita Rudaini 'Berumah Tangga' Di Hospital
Pekerja Bangladesh Culik, Ugut Sebar Gambar Bogel Pelajar
Wonder Woman Perjuangkan Hak Orang Arab Palestin?
"Siapa Lagi Perlu Bantuan?" - Fatin Afeefa Bantu Pelajar, Bagi RM30 Untuk Duit Makan
Rasul Palsu Ubah Kalimah Syahadah, Solat Hadap Ke Timur Bebas Sebar Ajaran Sesat Di Indonesia
"Masjid Untuk Orang Tua Bersih Je Ke?" - Netizen Geram Ibu, Anak Dihalau Makcik Bawang
Petai Punya Pasal, Rasakan...
Kongsi Foto Mesra Bunga Cinta Lestari Dan Reza Rahadian, Ashraf Sinclair Dilabel Dayus?
Lepas Dilarikan, Kereta Mak Nyah Dilerai Lelaki Baru Dikenali Untuk Dijual
'Boleh Didenda RM100,000? FB Ni Kejam, Ada Sebab Kenapa Peniaga Suruh PM Tepi' - Seller
Tiada Lagi Ketuk-ketuk Ramadan - Sheila Rusly Undur Diri
"Rupa Boleh 'Touch Up', Bakat Boleh Digilap" - Siti Sarah Kata X Factor Is A Gift!
Suami Isteri Malas Bekerja Jual Semua Anak Untuk Tampung Kos Hidup
Cekik Orang Hanya Kerana Disuruh Alih Kereta
Nenek, Menantu Dan Cucu Tak Mengaku Mencuri
"Filem Tak Laku, Tapi Jadi CEO Finas" - Netizen Meroyan KKMM Pilih Ahmad Idham
Berang Disuruh Ambil Makanan, Datin Tampar 'Pak Guard' Nepal
Bonek Mengganas - Layak Ke Indonesia Jadi Tuan Rumah Bola Sepak Piala Dunia B-20?
Insiden Anjing Naik Tren LRT, Ini Penjelasan Rapid Rail
Mercedes 'Lapar' Drive Thru Burger King
Penangan Joker, Hishammuddin 'Tak Dapat Tidur Malam'
Bukan Niat Tunjuk Alim, Gadis Tular Solat Atas Rumput

Komen Terbaru

Quote None68 20-3-2019 04:06 PM
Allah kesian pulak mcm gini, kurang2nya dia x bunuh anaknya..usaha jugak nak melahirkan..

Lain-lain Komen

Quote lee_sakura 13-3-2019 12:52 PM
kesiannya hidup dia ni....kene rogol ke apa sampai malu nk pi hospital
Quote RatuDunia94 13-3-2019 02:12 PM
Ayoom ko ingat main masak2 ke tgok kat youtube jah...
Quote mesmerize 13-3-2019 02:41 PM
takkan kau nak gunting, jahit sendiri kot bawah tu nak beranak DIY pelbagai
Quote EvieWanKenobi 13-3-2019 03:26 PM
sungguh terdesak..
Quote chinta89 13-3-2019 03:47 PM
sedihnya hanya kerana takut stigma masyarakat...
Quote mrsLucky 13-3-2019 09:34 PM
Adoi kasihannya. Parents kena monitor anak dan pastikan anak close dengan kita. Kalau perkara sebegini terjadi mereka berani mengadu dan meminta pertolongan. I think perempuan ni tumpah darah.
Quote farlis 14-3-2019 08:26 AM
Sedihnya laaa jd mcm ni.. Kalau dia mangsa rogol, tapi dia yg hidup tanggung malu.. Dh la puak2 sana tu rogol sumbang mahram mmg berleluasa.. Watever pun, this is not the right way to end up your own life.  
Quote notyghosty 14-3-2019 09:40 AM
adehhhh x ter 'imagine' aku cam ne nk gunting sendri, jahit sendiri?? doc pon belajar bertahun2 nk 'menjahit' pesakit...adeh...adeh... ngilu aku aiihhh...
Quote kenarikelabu 14-3-2019 09:49 AM
Doula mana la yg dia folo tgk kt yutiub tuh...
Quote sukacactus 14-3-2019 09:56 AM
Ngeri sungguh baca preparation si mati ni
Mula td masuk nak hencap sebab buat pandai2 sdr
Kesian...hadap problem berseorangan rupanya
Quote lolita737 14-3-2019 09:59 AM
kesian dia..

semoga rohnya tenang di sana..
Quote bakingsoda 14-3-2019 01:57 PM
kalau kena rogol jgn laaaa simpan sorang2, tolong buat laporan. jadi MANGSA kot, sempat lg fikir malu, ni perogol aman2 jah kat luar. mujur baru kalau tak kena report. tapi kalau buat suka sama suka, hmm..masa buat tak ingat masa depan.
Quote None68 20-3-2019 04:06 PM
Allah kesian pulak mcm gini, kurang2nya dia x bunuh anaknya..usaha jugak nak melahirkan..

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
7.665911s Gzip On
To Top