Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

'Kamu Sudah Selingkuhin, Aku Mau Putus!'- Lelaki Dicurangi Pasang Billboard Tepi Jalan

13-3-2019 10:39 AM Komen: 20
Geram kerana dicurangi teman wanitanya, seorang lelaki mengambil langkah ekstrem apabila sanggup memasang papan iklan besar di tepi jalan yang sibuk untuk memutuskan hubungan mereka.


Kredit foto: diksi.com

Menurut sumber diksi.com, kejadian yang tular di Twitter itu dikatakan berlaku di Semarang, Indonesia. Lelaki itu yang tidak didedahkan namanya mendapat tahu bahawa kekasihnya telah berlaku curang. 


Kredit foto: Twitter

Beliau kemudiannya memasang papan iklan besar di tepi jalan dengan tullisan 'Risna Rahmatika, kamu sudah kecewain aku, kamu sudah selingkuhin aku, aku mau putus!'


Kredit foto: Worldofbuz

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut juga turut menampal bersama gambar besar seorang wanita yang dipercayai kekasihnya.



Menurut sebuah lagi video susulan, seorang wanita dipercayai kekasihnya itu telah datang ke lokasi untuk menurunkan poster tersebut. Bagaimanapun, lelaki itu menghalangnya hingga berlaku pertengkaran. 

Perbalahan di antara pasangan kekasih itu semakin rancak apabila beberapa saksi yang berada di tempat kejadian turut menyokong wanita itu. 


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Video yang dirakamkan oleh orang awam itu telah diulang kicau lebih 32,000 dan mendapat lebih 18,200 likes sejak dimuat naik pada Sabtu lalu.

Ramai netizen menganggap tindakan lelaki tersebut keterlaluan hanya untuk putuskan perhubungan dengan kekasihnya. Terdapat juga yang membuat spekulasi bahawa adegan ini hanyalah gimik penggambaran filem atau drama televisyen.


Bagaimanapun, pengguna Twitter yang memuat naik video itu mengesahkan kejadian tersebut adalah benar dan bukannya sebuah penggambaran filem atau drama. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kaklong32 15-3-2019 03:03 PM
bahenol3 yeahhhhh

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 13-3-2019 10:49 AM
Boleh eh pasang billboard mcm tu.. kat sana xde kena minta kelulusan dulu dr mana2 pihak ke?
Quote ONEK 13-3-2019 11:10 AM
bahenol anak dogol
Quote chicozinn 13-3-2019 11:21 AM
RatuDunia94 replied at 13-3-2019 10:49 AM
Boleh eh pasang billboard mcm tu.. kat sana xde kena minta kelulusan dulu dr mana2 pihak ke?

pejabat kerajaan deyyoollss pon dok senyap je dalam ofis lmbat nak bertindak..meollss kalu tgok sinetron rasa cm nk msuk je dalam tv sbab polis ke nurse ke doktor deyyolllss ni lembab nak mmpos bertindak..kalu kat malaysia ni PBT mnta yuran bulanan kot kalu nk tmpal ke gantung poster..
Quote saviour_09 13-3-2019 11:30 AM
gila malu muka sebesar alam kena tepek tepi jalan

selingkuh aja kamu!

Quote haryatie 13-3-2019 11:39 AM
gilerrr
malu prempuan tu
tp kat sna bleh suka hati pasang benda alah tu
xde sape kisah
Quote Artemesiaa 13-3-2019 12:33 PM
Pasti akan berjankit juga disini nanti
Quote Sang_Pencinta 13-3-2019 01:13 PM
Mungkin di sana tak perlu permit?

Lagi satu, tak mahal ke print poster besar macam ni?

Quote gerbera.memopad 13-3-2019 01:18 PM
Macam pernah dengar dulu ada couple yg propose cara gini. Si bf propose si gf dgn iklan billboard and then dibalas yes oleh si gf dgn iklan billboard jua. Orka la agaknya both bf-gf.
Quote BoongaKertas 13-3-2019 01:38 PM
nak putus pun kena berbelanja besar. hahaha! power loh kamu mas!
Quote kroit92 13-3-2019 01:43 PM
patut la ramai tak caya

lupa nak zoom muka girlfriend, zoom muka boyfriend
slowmotion, zoom muka pak guard, zoom muka tukang kebun, slow motion lagi
zoom muka mak, zoom muka adik, slow motion lagi
"APA?!" zoom lagi, slowmo lagi

baru orang percaya
Quote chinta89 14-3-2019 10:28 AM
RatuDunia94 replied at 13-3-2019 10:49 AM
Boleh eh pasang billboard mcm tu.. kat sana xde kena minta kelulusan dulu dr mana2 pihak ke?

me pun fikir pkra sama
Quote farlis 14-3-2019 11:26 AM
Kih kih kih rasain lorr...
Ada juga lelaki sentap mcm ni...
Kes kwn i, lelaki putus tunang..
Dia punya sentap dia pi saman malu tunang dia mintak ganti rugi bagai... Ujung2 nikah juga dgn ex tunang dia ni.. Helok ja kekal smpi skrg

Org lelaki kalau meroyan mmg tahap extreme gituuuu.. Cash la kau perempuan
Quote mieymiey 14-3-2019 12:00 PM
HAHAHAHAHA. Segedabak muka ko kat sana
Quote MariaClara 14-3-2019 03:30 PM
ok da dpt idea ni.. laki korang curang..pasang org ke3..harus buat gini kahkahkahakhahahh
Quote Sazida 14-3-2019 04:27 PM
chicozinn replied at 13-3-2019 11:21 AM
pejabat kerajaan deyyoollss pon dok senyap je dalam ofis lmbat nak bertindak..meollss kalu tgok si ...

Yg dorang tau mata bertentang mata gitu. Mcm kau tny aku aku tanya kau. Sbb tu xtgk sgt sinetron indon ni. Zoom je lebih
Quote arm_band 14-3-2019 06:29 PM
hahahaha.... wasap je laaa, banyak pulak kos nak buat banner sebesar alam tu
Quote ikanmasin 14-3-2019 10:58 PM
buang duit semata2 nak putus.tp niat tu sebenar nya nak
malukan perempuan tu jg.alang2 nak balas dendam sekalilah
baru puas ati kononnya...
Quote MissVixen 14-3-2019 11:43 PM
Land of wkwkwkwk. Ni cara orang kaya balas dendam. Mahal kan nak letak iklan di billboard. Indon dekat mana ni?
Quote WandaMi 15-3-2019 02:38 PM
Ada bisnes pasang billboard kot? sepantas itu kamu memasang yach. lol

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
1.875428s Gzip On
To Top