Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Gaya Tidur Berkait Rapat Dengan Personaliti. Anda Yang Mana Satu?

15-3-2019 12:29 PM|Oleh: M. Amir| Komen: 6

Pernah tak anda terfikir bahawa gaya tidur kita berkait rapat dengan personaliti diri sendiri? Anda pasti terkejut sebenarnya tubuh badan seseorang itu boleh berkomunikasi walaupun sedang tidur. Kajian ini dibuktikan sendiri oleh Dr. David A. Greuner, seorang pengkaji dan doktor dari Amerika Syarikat. 

Sumber Gambar: Reader's Digest
Bukan itu sahaja, gaya tidur seseorang juga mempengaruhi tahap kesihatan juga. Bagaimana ini semua boleh terjadi? Jom baca dan kenal pasti anda yang mana satu!


1. The Foetus

Sumber Gambar: Reader's Digest
Selalunya mereka yang tidur seperti baby ini kerana posisi ini memberikan perasaan dan rasa yang selamat semasa mereka tidur. Individu yang tidur dalam posisi ini kebiasaannnya seorang yang pemalu, tetapi nampak tenang dari luaran.  The Foetus juga akan berasa malu apabila berjumpa dengan orang baru. Anda sangat mudah tersentuh dan seorang yang pendiam yang suka bersendirian. The Foetus juga lebih gemar untuk duduk di rumah daripada keluar dan bersosial bersama orang lain.

Majoriti daripada The Foetus adalah kaum wanita kerana mereka lebih memendam rasa dan mudah tersentuh. Kalau anda ada kawan yang pemalu sampai suara untuk bercakap pun tiada, mungkin dia tidur dalam posisi ini.

Akan tetapi, sebenarnya posisi tidur adalah bahaya. Tulang belakang anda akan membengkok ke posisi tidak neutral semasa tidur, membuatkan individu yang tidur dalam posisi ini kebiasaannya mempunyai sakit belakang.


2. The Log

Sumber Gambar: Reader's Digest
Individu yang tidur dalam posisi ini kebiasaannya seorang yang extrovert, easy-going dan mudah untuk diajak berborak. Bukan itu sahaja, mereka juga mudah untuk mempercayai orang luar walaupun baru sahaja berkenalan dan mudah untuk dipengaruhi.

Jadi kalau ada kawan anda yang senang-senang masuk MLM atau mudah ditipu tu, mesti dia tidur macam ni!

Keburukan tidur dalam posisi ini adalah kaki yang berada di atas tiada sokongan, membuatkan lutut jatuh ke tilam dan situasi ini boleh menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggul.


3. The Yearner

Sumber Gambar: Reader's Digest
Posisi the Yearner sama seperti The Log, cuma tangan anda terkeluar sedikit seperti sedang mencari atau mahu memeluk sesuatu. Mereka yang tidur dalam posisi ini selalunya mempunya hati yang lembut tetapi sukar untuk dipengaruhi, tidak seperti The Log. The Yearner mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan, tetapi bila sesuatu keputusan itu sudah dibuat, sukar untuk mereka menukarnya kembali. 

The Yearner terkenal dengan sikap mereka yang sentiasa suspicious, jadi kalau anda ada pasangan yang selalu meragui tindakan anda mesti dia tidur dalam posisi ni!

Posisi tidur ini tidak mendatangkan banyak kesan buruk seperti posisi lain. 

4. The Freefaller

Sumber Gambar: Reader's Digest
Mereka yang tidur dalam posisi ini kebiasannya orang yang kerja berat atau sentiasa melakukan aktiviti yang memenatkan. The Freefaller juga seorang yang sentiasa terbuka dalam sesuatu, tetapi tidak suka dikritik. Mereka juga seorang yang friendly dan mudah didekati. The Freefaller gemar untuk mencuba perkara baru, terutamanya makanan. Mereka juga seorang yang risk-taker, tetapi tetap cemas dalam diam.

Kalau korang ada kawan yang selalu buat kerja berat dan friendly, mungkin dia tidur macam ni!

Posisi tidur ini tidak sesua buat wanita yang mengandung dan mempunya saiz dada yang besar. Bukan itu sahaja, posisi ini perlu dielakkan buat mereka yang mempunya sakit di leher, sakit belakang dan tilam yang terlalu lembut. 


5. The Soldier

Sumber Gambar: Reader's Digest
Mereka yang tidur dalam posisi ini selalunya seorang yang teratur. The Soldier kebanyakannya akan bangun dalam keadaan segar. Mereka mempunyai personaliti yang tegas, bertanggungjawab dan tertatur, seperti askar. The Soldier juga barangkali akan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Bukan itu sahaja, mereka juga seorang yang perfectionist dan sentiasa menekan diri sendiri untuk berjaya dalam sesuatu perkara. 

Kalau anda ada kawan yang ada jadual harian sendiri dan teratur, mungkin dia tidur dalam posisi ini!

Posisi ini adalah posisi yang paling common dan ianya juga selamat, tetapi jangan pula guna bantal yang terlalu tinggi.


6. The Starfish

Sumber Gambar: Refresh Mattress
Jika anda tidur dalam keadaan kaki sedikit terkangkang dan tangan terangkat, korang mungkin seorang yang extrovert. The Starfish sangat terbuka, mudah didekati dan confident. Mereka mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi dan gemar untuk mengambil tugas besar. Anda juga seorang yang outgoing dan suka untuk berjumpa rakan baru. 

Cuba tengok rakan korang yang ada jawatan ketua persatuan atau sentiasa jadi leader, mesti dia tidur macam starfish!

Posisi tidur seperti ini adalah selamat dan tidak bahaya seperti posisi yang lain. 


7. The Programmer

Sumber Gambar: Funny Zone
Ini sedikit istimewa, the Programmer ialah mereka yang tidak tidur pada waktu malam. Programmer selalunya akan tidur pada waktu siang dan coding pada waktu malam. Mereka boleh dikategorikan sebagai mayat hidup kerana tidak boleh kena cahaya. 

Pasti ada seorang daripada kawan anda yang macam ni kan?

Posisi tidur memainkan peranan yang sangat besar dalam kesihatan diri dan juga personaliti kita.  Jadi buat anda yang tidur dalam posisi yang boleh mendatangkan sakit, ubah cara tidur tu okay! -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Kini Anda Boleh Kenali Personaliti Seseorang Hanya Melalui Gambar Profil, Ini Caranya...

Next       : Reka Bentuk Mangkuk Tandas Yang Unik Dan Menarik, Lawak Pun Ya Juga!

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-3-2019 12:51 PM
Memang lawak kalau tengok aksi kucing sedang tidur kadang tu

Lain-lain Komen

Quote Meiizu 15-3-2019 02:37 PM
no3 the yeaner
Quote manjalara_01 18-3-2019 10:24 AM
6 the starfish. kucing manja dulu suke tdo mcm ni...hehe
Quote manjalara_01 18-3-2019 10:45 AM
Starfish


Quote EvieWanKenobi 18-3-2019 10:50 AM
no.4 .. selesa..
Quote manjalara_01 18-3-2019 10:53 AM
The Soldier


The Box


The Shoe


The Tail
Quote Artemesiaa 18-3-2019 12:51 PM
Memang lawak kalau tengok aksi kucing sedang tidur kadang tu

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043799s Gzip On
    To Top