Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Saya Tak Bunuh.. Saya Tak Buat, -Balu CEO Cradle Fund

Oleh: Myra Rozi|12-3-2019 12:40 PM Komen: 136
Samirah Muzaffar, 44, dan dua remaja yang masing-masing berusia 14 dan 16 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan.

Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ab Hakim Ab Rahman.

Harian Metro melaporkan, Samirah yang juga balu kepada mangsa dari dalam kandang tertuduh berkata, saya tidak bersalah.. saya tidak buat.

Foto: freemalaysiatoday
Mengikut kertas pertuduhan, tiga individu itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, warga Indonesia dengan niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Nazrin, 47, di kediamannya di Mutiara Homes di Petaling Jaya, antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi, 14 Jun 2018.

Mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Foto: KOSMO
Tiada jaminan diberikan kepada Samirah dan dua remaja lelaki itu.

Ahli keluarga Samirah dan dua remaja itu termasuk bapa tertuduh yang juga penganalisis politik terkenal, Dr Chandra Muzaffar yang berkerusi roda turut kelihatan di galeri awam. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 136
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 15-3-2019 04:58 PM
alesandra replied at 15-3-2019 04:36 PM
sheols nk bilik ada ekon kot? maklumlah skrg kan cuaca panas bahang

Halah Halah halahhhhh
Masa ko curah petrol atas katil rumah ko tuari takde plak rasa panas
Gedik nau minachi dkk ni

Dah jom kita membawang kat tered che ta pulak

Lain-lain Komen

Quote sharlenetexas 12-3-2019 12:41 PM
Dah tu sape yang panah memanah dalam rumah? Takkan maid kot?
Quote matbad 12-3-2019 12:55 PM
sharlenetexas: Dah tu sape yang panah memanah dalam rumah? Takkan maid kot?

Si mati buat sndri hahaha
Quote dua_chzy 12-3-2019 12:58 PM
Berdrama Tamil lagi ke makcik?
Quote awekjepun 12-3-2019 12:58 PM
Kes ni susah nk dpt pgakuan dari tertuduh.. si ibu takkan letak kesalahan pd anak..anak yg baik pun xkan letak kesalahan pd ibu.
Quote NAT_11 12-3-2019 01:06 PM
Kena cari maid Indon, Wahyu Lestari. Dia boleh jadi key witness atau mungkin 3 orang ni akan kata,  maid yg bunuh!!!
Quote gujiwa 12-3-2019 01:12 PM
bace kat twitter.. ank die kena penderaan seksual..
tapi mahkamah tak boleh la nak terima aduan tersebut..

ntah kenapa iols plak rasa alasan penderaan tu mcm di buat2x..
Quote namieamuro 12-3-2019 01:18 PM
takkan maid pulak berdendam dgn arwah

mmgla die xkn ngaku bersalah..same gk dgn anak2 die..
Quote namieamuro 12-3-2019 01:19 PM
gujiwa replied at 12-3-2019 01:12 PM
bace kat twitter.. ank die kena penderaan seksual..
tapi mahkamah tak boleh la nak terima aduan te ...

penderaan seksual? tetibe..knp mahkamah x bole terime?
Quote onexox97 12-3-2019 01:19 PM
Kasihan nya ayahanda beliau
Kasih seorang ayah pada anak dan cucunya
Quote Ferr_Remy 12-3-2019 01:21 PM
gujiwa: bace kat twitter.. ank die kena penderaan seksual.. tapi mahkamah tak boleh la nak terima aduan tersebut.. ntah kenapa iols plak rasa alasan penderaan ...


penderaan seksual kt tmpt diorg ditahan ketika ni
Quote gujiwa 12-3-2019 01:23 PM
Ferr_Remy replied at 12-3-2019 01:21 PM
penderaan seksual kt tmpt diorg ditahan ketika ni

oooooo iols bace sekali imbas.. je.. so sbb tu dia letak kat tempat adik beradik dia ye..
Quote alesandra 12-3-2019 01:23 PM
mmg la x mengaku.kalau mengaku tak payah la susah payah gali kubur bagai tu
Quote Ferr_Remy 12-3-2019 01:23 PM
gujiwa replied at 12-3-2019 01:23 PM
oooooo iols bace sekali imbas.. je.. so sbb tu dia letak kat tempat adik beradik dia ye..

Tp klu baca pun mmg confusing. Aje bodoh paper yg letak article cmtu.
Quote gujiwa 12-3-2019 01:27 PM
Tertuduh remaja mengadu didera fizikal, seksual - Peguam
Selasa, 12 Mac 2019 12:09 PM
image: https://www.mstar.com.my/~/media ... mp;h=553&crop=1


TERTUDUH ketiga dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, yang ditahan di Asrama Sentul Sentosa mengadu didera secara fizikal dan seksual.

Perkara itu didedahkan Peguam, Hisham Teh Pok Teik pada prosiding sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa.

Sehubungan itu, Hisham memohon mahkamah mengeluarkan arahan supaya anak guamnya diletakkan bersama OKT kedua berusia 13 tahun yang ditahan di Sekolah Koreksional Puncak Alam.

Sementara itu, Peguam Salim Bashir memohon mahkamah mengeluarkan arahan secara terus kepada pihak pendakwaraya dan warden untuk keselamatan tertuduh tersebut.


Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bagaimanapun memerintah peguam membuat permohonan rasmi.

"Saya tidak dapat membuat keputusan berdasarkan aduan semata-mata," katanya.

Terdahulu, suasana di dalam mahkamah bertukar hiba apabila tertuduh pertama, Samirah Muzzafar menangis dan memeluk kedua-dua tertuduh itu.

Ahli keluarga terdekat termasuk bapanya, Dr Chandra Muzaffar Shah yang juga hadir masing-masing menangis sebaik kesemua tertuduh dibawa masuk ke galeri awam.- SinarHarian


Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/s ... DLm7dleQShBkgL6l.99
Quote nazzse 12-3-2019 01:31 PM
No mercy to them
Quote honeybee1802 12-3-2019 01:35 PM
Of course cikki dgn confident takkan ngaku bunuh sinmati... Abis si mati memanah dirinya sendiri sehingga mati lalu ambil minyak petrol dan cucuh api sejurus sebelum mati? Boleh?alat panah tu jumpa dak?
Quote moonbug 12-3-2019 01:37 PM
Talk is cheap. Prove it


Gitewww
Quote munchkin 12-3-2019 01:59 PM
Kat sin chew jit poh hari tu pun nangis nagis sebut nama arwah kan ditulis dalam news tu. Kalau tak silap lah
Quote nisako 12-3-2019 02:03 PM
sanggup eh bunuh2 ..................

Lihat semua komen(136)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049330s Gzip On
To Top