Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Relaks" Titah Berseloroh Seri Paduka Baginda Di Sidang Pembukaan Parlimen

Oleh: Haniza Yusof|12-3-2019 02:28 PM Komen: 3
Kredit foto: Berita Kini.

Hanya dengan perkataan "relaks" yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al - Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mampu membuatkan seluruh isi Dewan Rakyat riuh rendah buat seketika.

Suasana dewan yang agak panas dan tegang pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14 semalam bertukar menjadi ceria dengan seloroh daripada Seri Paduka Baginda.

Selaku ketua Negara, Baginda bukan sahaja bijak dalam pemerintahan bahkan pandai mengawal emosi Dewan Rakyat dengan memberikan aksi-aksi spontan yang dapat menggamatkan seluruh suasana dewan.

Tidak cukup dengan titah yang berbaur lucu, Seri Paduka juga turut berseloroh menyamakan umurnya dengan sambutan ulang tahun Parlimen yang ke - 60 tahun.

Aksi spontan daripada Seri Paduka mendapat reaksi meriah daripada ahli-ahli Yang Berhormat yang kelihatan memberikan tepukan dan ada yang turut bersorak menepuk meja untuk menambah lagi keriuhan.


Jika sebelum ini, kita dihangatkan dengan titah "sila duduk, dan jangan lari" oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, kini titah "relaks" daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah pula bakal digunapakai oleh para netizen.

Begitulah ibaratnya perkataan biasa tetapi diucapkan oleh insan yang istimewa pasti menjadi luar biasa. 

Semoga suasana harmoni yang dapat dilihat pada majlis pembukaan Parlimen ini berterusan serta rakyat Malaysia hidup aman damai di bawah naungan kasih Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah. Daulat Tuanku! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 12-3-2019 06:07 PM
sultan ni pun nak buat tag line dalam parlimen juga ke....

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 12-3-2019 04:23 PM
Teringat yg sebelum...
"Sila duduk jangan lari"

Tup2 heols yg lari ke moscouuu..
Quote top5complete 12-3-2019 05:53 PM
malu ape buskur haha
Quote HannahMontana 12-3-2019 06:07 PM
sultan ni pun nak buat tag line dalam parlimen juga ke....

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050352s Gzip On
To Top