Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Menang 'Best Airline in Asia' Di ITB Berlin, Comeback Untuk MAS?

14-3-2019 11:19 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 27

Suatu ketika dahulu, Malaysia Airlines (MAS) adalah antara syarikat penerbangan paling terkenal di seluruh dunia kerana makanan dan layanan kru kabinnya. Mereka menerima pelbagai penghargaan dan sanjungan atas kualiti perkhidmatan yang memberangsangkan. 


Bagaimanapun, prestasi itu semakin malap susulan pelbagai insiden malang yang menimpa mereka.


Kredit foto: NST


Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda MAS kini semakin  pulih daripada zaman kejatuhan. Terbaru, syarikat itu berjaya memenangi anugerah 'Best Airline in Asia' pada Pacific Area Travel Writers Association  (PATWA) International Travel Awards di ITB Berlin.


PATWA International Awards ialah antara anugerah paling berprestij dalam dunia penerbangan dan dimulakan 18 tahun lalu. Penjurian anugerah ini dilakukan berdasarkan beberapa kriteria dan diaudit berdasarkan piawaian yang ketat. Anugerah itu diterima oleh Ahmad Lukman Mohd Azmi, Group CEO bagi pihak MAS.


Kredit foto: NST


Menurut kenyataan Izhar Ismail, CEO MAS, penganugerahan itu berikutan beberapa perkembangan positif dalam syarikat tersebut dalam dua tahun kebelakangan ini termasuklah pembelian kapal terbang baru dan inovasi produk dan digital. 


'Ini satu bukti bahawa kami komited terhadap memberikan pengalaman penerbangan yang terbaik buat penumpang' katanya.


Kredit foto: Carian Google


'Kami bangga dengan anugerah ini dan mendedikasikannya kepada kakitangan MAS yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik' tambahnya lagi.  


Sebagai tanda terima kasih atas kemenangan ini, MAS kini menawarkan potongan harga 25% ke atas beberapa destinasi mereka seperti Hong Kong dan Sydney. Tawaran berakhir malam ini 12 Mac untuk penerbangan sehingga 31 Mei 2019.


Tahniah diucapkan kepada MAS dan semoga ini adalah comeback yang ditunggu-tunggu. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 27
Komen

Previous : 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 2)

Next       : Sambut Hari Jadi Barbie, Menara KL Berwarna Merah Jambu Hingga 31 Mac

Komen Terbaru

Quote giyomi 18-3-2019 07:40 PM
rasanya tuk memulihkan semula, amik lar pendekatan yg simple, kurangkan kos, klu bole bg 2 pakej, 1 dgn food 1 without food. I am sure ramai yg pilih without food klu harga murah. tak perlu lar byk pramugari pramugara dlm satu flight, tak mendatangkan pedah pong. cut cost and fly high

Lain-lain Komen

Quote lkick2113 14-3-2019 11:25 AM
dengarnya kerajaan pakatan nak jual MAS ni
Quote Orgkgdukobesi 14-3-2019 11:30 AM
Tahniah Malaysia Airlines!
Quote chinta89 14-3-2019 11:31 AM
hrp2 ubah la menu... meols masih tbayang2 nasi lemak dogol dan kacang masin tuh... do something utk mknan.
Quote wadiunong 14-3-2019 11:34 AM
chinta89 replied at 14-3-2019 11:31 AM
hrp2 ubah la menu... meols masih tbayang2 nasi lemak dogol dan kacang masin tuh... do something utk  ...

tak sedap langsing nasik lemak itew
Quote ira_229 14-3-2019 12:01 PM
chinta89 replied at 14-3-2019 11:31 AM
hrp2 ubah la menu... meols masih tbayang2 nasi lemak dogol dan kacang masin tuh... do something utk  ...

betul hilang selera nak sarapan...ingat sedap...
kru boleh tahan layanan dia...cuma masa tu yg duduk kat depan i rasa mcm india dari negara asal...layanan so so sebab sekejap2 mintak beer...kiasu betul..! iol pun tak sedap nk tidur sbb takut dia mabuk...
Quote chinta89 14-3-2019 12:24 PM
wadiunong replied at 14-3-2019 11:34 AM
tak sedap langsing nasik lemak itew

ak yg x pandai masak ni pun rasanya lagi sedap buat nasi lemak dari yg MAS hidangkan
Quote chinta89 14-3-2019 12:25 PM
ira_229 replied at 14-3-2019 12:01 PM
betul hilang selera nak sarapan...ingat sedap...
kru boleh tahan layanan dia...cuma masa tu yg du ...

layanan mmg tip top tapi bab menu mmg
Quote ira_229 14-3-2019 12:35 PM
chinta89 replied at 14-3-2019 12:25 PM
layanan mmg tip top tapi bab menu mmg

betul...kru dia bagus bagi i..diaorang rajin walaupun sibuk..
Quote nishikido 14-3-2019 12:56 PM
Kalau i bnyak duit memang mas jadi pilihan i...sebagai tanda sokong barangan tempatan,gitcheww..tapi malangnya i naik kapal terbang pon xpernah.wuwuwu..
Quote totokreturn. 14-3-2019 01:11 PM
berapa byk yg bayar kat company tu pun tak tau la
Quote Simunggu 14-3-2019 04:48 PM
lkick2113 replied at 14-3-2019 11:25 AM
dengarnya kerajaan pakatan nak jual MAS ni

ini semua salah BN & DSN...
Quote prettyuglybabe 14-3-2019 05:44 PM
mas tetap terbaik dalam hati i..
semoga mas terus bangkit and maju..
Quote slavehunter 14-3-2019 05:53 PM
Best cabin crew service pun gaji tetap tak setanding airlines lain.
Quote Decaffeinated 14-3-2019 07:11 PM
Menang award dgn making money are 2 different things ya achik2...

X payah excited sgt nanti tetap kena jual...
Quote cmf_premierleag 14-3-2019 07:13 PM
kalo fly dgn MAS dr obersi, bila touch down je KLIA,ada ucapan "kpd warganegara msia,selamat kembali ke tanahair"...rasa touchingggggg sgt part ni
Quote baghal_bortuqal 14-3-2019 07:45 PM
slavehunter replied at 14-3-2019 05:53 PM
Best cabin crew service pun gaji tetap tak setanding airlines lain.

Baghal terkejut cabin crew mas masih amalkan berlutut atas lantai Dan tolong bukakan kasut baghal in this day and age.

Mmg selayaknya werl class
Quote Nenolen 14-3-2019 08:01 PM
Tahniah MAS
I suka naik MAS
Quote slavehunter 14-3-2019 08:04 PM
baghal_bortuqal replied at 14-3-2019 07:45 PM
Baghal terkejut cabin crew mas masih amalkan berlutut atas lantai Dan tolong bukakan kasut baghal  ...

Bukakan kasut kenapa?
Quote baghal_bortuqal 14-3-2019 09:19 PM
slavehunter replied at 14-3-2019 08:04 PM
Bukakan kasut kenapa?

Biasa la flight 2-3 jam ke atas bukak kasut. Selesa sikit.

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048025s Gzip On
To Top