Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Menakjubkan! 'Blue Hole' Pertama Di Malaysia Dijumpai Berdekatan Pulau Sipadan

12-3-2019 05:18 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 21

Teluk Darvel di Lahad Datu, Sabah bakal menjadi satu lagi lokasi pelancongan dunia terutamanya para penyelam berikutan penemuan 'blue hole' berdekatan Pulau Sipadan. Penemuan itu direkodkan pada 14 Februari lalu oleh sepasukan penyelam dari Taman-Taman Sabah (TTS) yang menyertai ekspedisi saintifik mengumpul data marin di kawasan itu.

Kredit foto: Borneo Post
Blue hole ialah bukaan pada permukaan permukaan laut yang terdiri daripada batuan karbonat. Biasanya bukaan ini bersambung dengan sistem gua yang kompleks di dasar lautan.

Sebelum ini, beberapa struktur 'blue hole' yang terkenal di seluruh dunia menjadi tumpuan penyelam termasuklah Dragon Blue Hole (China), Blue Hole Dean (Bahamas) dan The Great Blue Hole of Belize (Central America), kesemuanya mempunyai satu struktur lubang sahaja. 

Uniknya, blue hole yang dijumpai di Sabah ini adalah satu-satunya struktur dengan dua lubang, masing-masing berukuran 15 meter kedalaman dari dasar laut.


Kredit foto: New Straits Times
Memetik kenyataan Nasrulhakim Maidin, penyelidik kanan TTS, mereka menjumpai struktur itu ketika sedang menggunakan peralatan remote sensing untuk mengesan lokasi terumbu karang. 'Kami menjelajah kedua-dua blue hole itu dan mendapati ianya sangat menarik dan seperti bergerak melalui banjaran gunung di dasar laut' katanya lagi. Berikutan lokasinya yang berdekatan dengan Pulau Sipadan di Semporna, blue hole itu sesuai dipromosikan sebagai lokasi pelancongan untuk kaki menyelam.  

Walau bagaimanapun, pengkaji TTS itu berpendapat perlu ada usaha untuk menjadikan kawasan itu rizab pelancongan menandangkan mereka tidak menemui kawanan ikan walaupun terumbu karangnya indah. 

'Sebaliknya kami menemui lebih 10 bubu dan langsung tidak ada ikan' tambahnya lagi.

Kredit foto: Carian Google - Shanghai Daily
Kredit foto: Carian Google -Belize
Kredit foto: Carian Google - Bahamas
Tahun lalu pengkaji UMS mendapati kehadiran penyu di kawasan itu tetapi dalam jumlah yang sedikit.  Salah seorang pengkajinya Prof. Madya Dr Juanita berkata mereka ada mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mengharamkan penggunaan bom ikan yang merosakkan alam sekitar di kawasan itu.

Nampaknya, ini satu lagi tarikan pelancongan untuk pencinta alam, terutamanya buat mereka yang berminat dengan aktiviti menyelam. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 21
Komen

Previous : Mengapa Borneo Highland Antara Tempat Tercantik Di Malaysia? Ini Sebabnya..

Next       : Menang 'Best Airline in Asia' Di ITB Berlin, Comeback Untuk MAS?

Komen Terbaru

Quote Bantalkuning 17-3-2019 12:10 AM
bestnya sabah.. tak dinafikan pulau-pulau dekat sabah mmg cantik

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 12-3-2019 05:31 PM
Wow bakal jadi divers heaven ler tak lama lagi
Quote azwanaliori 12-3-2019 05:34 PM
Tu tmpt kaiju keluar la cuols
Quote Beribear 12-3-2019 05:39 PM
Woww, cantiknya
Quote Sang_Pencinta 12-3-2019 05:43 PM
Teeingin nak ke sini tapi tak ada lesen PADI
Quote rastaf 12-3-2019 06:24 PM

kenapa tiba2 muncul.adakah sebab pergerakan tanah di dasar laut membuatkan blue hole ni terhasil

bahaya ni
Quote LadyCarefree 12-3-2019 07:04 PM
Yakjud makjud kot nk keluar
Quote RatuDunia94 12-3-2019 08:16 PM
Apa selama ni xde org pernah discover ke? Tgok mcm dekat je dgn pulau tu..
Quote Sang_Pencinta 12-3-2019 08:18 PM
Mungkin selama ini tak perasan kot sebab bukan area menyelam

Tapi nelayan2 pasti dah lama tahu

Cuma mereka tak kenal itu blue hole
Quote Babanana 13-3-2019 09:54 AM
Habislah lepas ni ada penuh dengan geng2 backpackers, up post travel blue hole murah RM100 sahaja. {:smile
Quote chacon 13-3-2019 11:26 AM
Sang_Pencinta replied at 12-3-2019 08:18 PM
Mungkin selama ini tak perasan kot sebab bukan area menyelam

Tapi nelayan2 pasti dah lama tahu



blue hole ni baru terjadi kot..macam pergerakkan dasar laut buat gunung atau bukit lama didasar laut timbul. mustahil berpuluh2 tahun tak siapa perasan lagi2 navy yang ada radar canggih



Quote Sang_Pencinta 13-3-2019 11:32 AM
Edited by Sang_Pencinta at 13-3-2019 11:35 AM
chacon replied at 13-3-2019 11:26 AM
blue hole ni baru terjadi kot..macam pergerakkan dasar laut buat gunung atau bukit lama didasa ...


Bluehole rasanya terjadi ke atas batuan karbonat yg terhakis perlahan lahan bukan serta merta spt sinkhole atau mendapan di tanah atau lumpur.

So proses pembentukan bluehole ni dah lama.

So mengambil masa berpuluh atau beratus tahun terbentuk. Lubang tu membesar perlahan lahan 1cm setahum mcm tu.
Quote wnwa05 13-3-2019 11:59 AM
LadyCarefree replied at 12-3-2019 07:04 PM
Yakjud makjud kot nk keluar



dorang tak keluar kat sabah lah.dekat timur tengah sana kot. tak pun rusia


Quote Jorja 13-3-2019 03:42 PM
Kita org luar takut2 nak p daerah lahad datu ni gara2 'drama' culik tapi org ld Tu sendiri rileks aja. Best jgak d ld ni at least Ada la juga tmpat Makan best. Bank pun byak. Not bad la, rasanya diva perasan urban dri Bandar mampu bertahan
Quote DaisyLuna 13-3-2019 09:25 PM
Quote LadyCarefree 14-3-2019 12:26 AM
wnwa05 replied at 13-3-2019 11:59 AM
dorang tak keluar kat sabah lah.dekat timur tengah sana kot. tak pun rusia

Hahahaha perli la. Sebab tu semua dongeng je
Quote farlis 14-3-2019 09:06 AM
Cantiknyaaaa
Teringin nk pergi..
Hrp2 tpt ni terjaga dgn baik...
I risau dgn attitude org kita ni, x menghargai alam sekitar... Mcm kt tioman, makin lama makin sedihhh tgk tpt tu
Quote Sang_Pencinta 14-3-2019 10:50 PM
Seram. Kalau menyelam ada naga ke apa di dalamnya lol
Quote korokure 15-3-2019 08:03 PM
selamat ke kawasan ni?
Quote NmeeraR 16-3-2019 08:03 PM
Menakjubkan.... Cantiknyaaaaaa

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047151s Gzip On
To Top