Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Bukan Calang-calang! Taiping Tempat Ke-3 Bandar Lestari Terbaik Di Dunia

8-3-2019 04:15 PM|Oleh: M. Manis| Komen: 37

Bandar Taiping sekali lagi mencipta sejarah tersenarai dalam Senarai 100 Bandar Lestari Terbaik Dunia dengan memegang kedudukan ketiga.

Tersenarai selepas bandar Ljubljana (Slovenia) dan Vancouver (Kanada), kemenangan itu disampaikan melalui emel kepada Presiden Perbandaran Taiping, Datuk Rahim Md Ariff dan disampaikan pada 7 Mac 2019 semasa Majlis Pusat Pelancongan Bahasa ITB (Internationale Tourismus-Borse) di Berlin.

Kemenangan yang dipilih Yayasan Destinasi Hijau iaitu sebuah badan non-profit untuk pelancongan lestari bulan Disember 2019.

Sebelum ini Malaysia pernah merangkul beberapa anugerah, antaranya Pengurus Destinasi Terbaik 2016, Standard Pelancong Bersih Asean 2017, Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017, dan Anugerah Majlis Pelancongan Malaysia 2018.

Kredit foto: Carian internet

Taiping juga sebelum ini pernah tersenarai sebagai Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia 2018 pada Disember lalu.

Kemenangan ini membuktikan bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya di mata dunia kan?

Maka, berbanggalah kita sebagai warga Taiping dan Malaysia. Hidup Tepen, hidup Malaysia! - CARI

Sumber: Malay Mail

Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
6
Terkejut
7
Sedih
6
Lawak
6
Bosan
8
Komen: 37
Komen

Previous : 10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 2)

Next       : Menakjubkan! 'Blue Hole' Pertama Di Malaysia Dijumpai Berdekatan Pulau Sipadan

Komen Terbaru

Quote mizziaz 29-6-2019 10:40 PM
scorpionkiki replied at 29-6-2019 07:24 PM
Wow cantik...gamnar ni bg i idea pi taiping utk bercuti

Taiping mmg a nice place...especially lake garden tu. Tapi  kalau musim kemarau, tasik tu jadi cetek.

Lain-lain Komen

Quote lee_sakura 8-3-2019 04:16 PM
tahniah penduduk taiping
Quote Mek_bulat 8-3-2019 07:01 PM
Proud to be tepen.. From taiping with love  
Quote prizadane 8-3-2019 07:03 PM
Tepen ni town yang arwah bapak aku sangat suka. Almost every weekend dia akan bawa family kami jalan jalan kat situ.. gigih gak la dari ipoh ke tepen. Tapi zaman tu, plus lengang lagi.. tak jam cam sekarang
Quote awanearisu 8-3-2019 07:12 PM
Kita yang bukan warga Perak pun suka Taiping. Pernah sampai sekali masa melawat zoo Taiping.
Pemandangan kota Taiping di lembah sambil dipayungi awan mendung berarak perlahan memang sukar dilupakan.

Moga ada rezeki untuk ke sana lagi. Tahniah Taiping
Quote farlis 8-3-2019 07:51 PM
{:good{:good{:good{:good
Taiping mmg best.. 5 thn duk sana sangat mendamaikan
Quote diss69 8-3-2019 08:06 PM
Akk n family pon baru skali g bercuti kt taiping.. G zoo n mkn mi udang mak jah n mak teh.. Tahniah warga taiping..
Quote tombolpintu 8-3-2019 10:45 PM
rindu tepen
Quote Guccibamboo 8-3-2019 10:53 PM
Bangga jd org perak
Quote asteruk2 8-3-2019 11:14 PM
farlis replied at 8-3-2019 07:51 PM
{:good{:good{:good{:good
Taiping mmg best.. 5 thn duk sana sangat mendamaikan

Taiping ni sejuk kan? Nak repair kulit muka  sunburn sesuai duduk tempat sejuk mcm taiping kan?
Quote vongolia 9-3-2019 12:06 AM
Taiping tempat yang baik, sesuai untuk bersara
Quote kgkerinchi 9-3-2019 01:02 AM
Lestari....maksudnya x berubah ...jgn expect tinggi sgt bila ke sini....byk yg dikekalkan tanpa gangguan pembangunan...taiping sesuai dilawati oleh pencinta alam sekitar ...klw nk happening ...sini bukan tempatnya....klw nk ke bukit larut...paling sesuai....'hiking'...tiga jam boleh sampai puncak. ..sbb jip ..sgt limited. Sepanjang hiking ke bukit larut ...kita boleh nampak 'kelestarian' Taiping.....trust me...
Quote vee_zara 9-3-2019 08:44 AM
I love taiping. I duduk penang tak jauh pun . Tp kalu stress ke apa ke mmgbakan ke taiping walaupun sekadar satu malam. Boleh la recharge apa yg patut. Tertikir jugak lps pencen nak duduk sini.
Quote vee_zara 9-3-2019 08:45 AM
asteruk2 replied at 8-3-2019 11:14 PM
Taiping ni sejuk kan? Nak repair kulit muka  sunburn sesuai duduk tempat sejuk mcm taiping kan?

Selalu hujan .mmg sejuk je..
Quote farlis 9-3-2019 10:02 AM
asteruk2 replied at 8-3-2019 11:14 PM
Taiping ni sejuk kan? Nak repair kulit muka  sunburn sesuai duduk tempat sejuk mcm taiping kan?

Sejukk.. Tapi repair kulit tu, byk faktor.. Bkn setakat suhu je.. Pemakanan yg penting sbb nak repair kulit dari dlm..
Quote DARSITA 9-3-2019 10:08 AM
kgkerinchi replied at 8-3-2019 09:02 AM
Lestari....maksudnya x berubah ...jgn expect tinggi sgt bila ke sini....byk yg dikekalkan tanpa gang ...

Eh idoklah teman nak mendaki bkt larut baik naik land rover lagi cepat dah ler panas.

You know kolam renang tepi bkt larut tu tempat abang abang aii belajar berenang dulu. Bila we all pergi balik 2017 Ya Rabbi air kolam berlumut!! macamana ler dia orang berenang dlm air gitu.


Quote DARSITA 9-3-2019 10:27 AM
P6170207.JPG

Kolam renang awam ~ hahaha si kodok pun tak sanggup sebab sejuk ya amat.



Quote MMlava 9-3-2019 10:40 AM
DARSITA replied at 9-3-2019 10:08 AM
Eh idoklah teman nak mendaki bkt larut baik naik land rover lagi cepat dah ler panas.

You know  ...

yang kau belajar kasi rasuah, kat mana plakkk wahai ahli neraka??





Quote DARSITA 9-3-2019 10:55 AM
20160618_120612.jpg


Rumah lama kami di Taiping. Kami dok situ zaman bijih timah gilang gemilang. Taiping ni hijau serata rata cuma mall Taiping tak best.



Quote MMlava 9-3-2019 11:00 AM
DARSITA replied at 9-3-2019 10:55 AM
Rumah lama kami di Taiping. Kami dok situ zaman bijih timah gilang gemilang. Taiping ni hijau  ...

ohhh, kat rumah tu la kau di ajar hukum bagi rasuah tak salah tapi terima rasuah salah besar

bodoh punya penghuni neraka






Lihat semua komen(37)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.083753s Gzip On
To Top