Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tulang Belakang Bengkok, Wanita Cenderung Hidap Skoliosis

19-6-2019 01:25 PM|Oleh: alexis_fyy| Komen: 6

Ramai menganggap skoliosis sebagai penyakit biasa yang tidak begitu kritikal seperti kanser atau sakit jantung.

Namun, tanpa kita sedari, penghidap skoliosis terpaksa bertarung hari demi hari untuk menjalani kehidupan secara normal.

Amat menggusarkan apabila bilangan penghidap skoliosis di negara ini makin meningkat saban tahun, lebih-lebih lagi bagi golongan wanita.

Foto: Helo Sehat

Menurut Pakar Perunding Ortopedik dan Tulang Belakang, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Mohd Hisam Muhamad Ariffin, kira-kira 80 peratus kes skoliosis ini berlaku ke atas remaja perempuan berumur 13,14 dan 15 tahun berbanding lelaki.

Skoliosis lebih dikenali sebagai masalah kecacatan tulang belakang di mana vertebrae seseorang itu membengkok secara berlebihan, pada arah yang salah.

Meskipun skoliosis kini boleh dirawat dengan pembedahan, namun kualiti hidup penghidap penyakit ini sedikit sebanyak akan masih terkesan.

Kredit foto: Hudson Valley Scoliosis

Misalnya, individu yang mengalami skoliosis, sama ada telah dirawat atau tidak akan terbatas dari segi aktiviti fizikal dan pergerakan yang boleh dilakukan. Mereka tidak lagi boleh aktif seperti normal, dan perlu menghindari aktiviti-aktiviti lasak.

Apabila ingin tidur, mereka sering sukar mencari posisi yang selesa untuk baring.

Bahkan, penghidap skoliosis kadang-kadang terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit seumur hidup mereka, kerana tahap kesakitan yang terpaksa ditanggung setiap hari adalah tidak tertanggung lagi.



Punca sebenar skoliosis masih belum dikenal pasti. Oleh itu, buat masa ini, kita sebagai masyarakat yang bertamadun hanya mampu memahami situasi sebenar dan cabaran penghidap skoliosis agar tidak memandang enteng terhadap masalah kesihatan yang mereka hadapi. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 6
Komen

Previous : Bahana Kanta Lekap Berwarna, Anda Pilih Cantik Atau Merana Di Kemudian Hari?

Next       : Menjijikkan, Kajian Mendapati 1 Daripada 5 Mug Di Pejabat Tercemar Najis!

Komen Terbaru

Quote gadis_tulip 22-7-2019 12:44 PM
alexis_fyy replied at 20-7-2019 09:03 PM
korang ada tak sesiapa yang kena scoliosis ni buat pembedahan?

I rasa scoliosis nie genetik la. Sebab dalam family i yang ade scoliosis is my mom, i and my sister. And arwah my grandma pon ade. Cousin i perempuan belah my mom pon ade. So i assume as genetik.
I dapat tahu pon bile buat xray nak masuk uni. I bengkok c belah atas, so sakit kat bahu. Selalu jugok tali bra jatuh sebelah. Nak tido pon tak selesa. I tengok anak perempuan i pon cam akan ikut i sebab lengan baju die asyik jatuh sebelah je. Now my daughter 3 tahun, so masih muda untuk diagnosis.

My sis buat operation kat PPUM masa umo die 24 tahun sebab degree die more than 50. Cost operation murah which is around rm3k. Tapi yang mahal nye screw, which is almost rm20k. Alhamdulillah, now my sister dah 30 tahun and going to be a mother to 2 kids.

My sis kata agak selesa sikit compared before operation. Tak lenguh2. Sebab my sis bentuk S.




Lain-lain Komen

Quote Fatyzana 19-6-2019 01:43 PM
Saya kena juga ni. Dalam umur 22 tahun tak silap. First x-ray nak masuk universiti tulang okay. Tak ada masalah. Kali kedua x-ray masa second year tulang dah senget sikit. Doctor pun kata tak boleh buat apa.
Quote kakakau 19-6-2019 05:33 PM
mmg proven la research this doc by my own condition. time high school kena skoliosis dapat tau time medical checkup untuk masuk uni umur 17. my parents pun terkejut sebab mmg dari kecik takde cacat apa2. tiba2 je ada
Quote alexis_fyy 20-7-2019 09:03 PM
korang ada tak sesiapa yang kena scoliosis ni buat pembedahan?
Quote felinecat 21-7-2019 07:59 AM
sebab breast ke sebab bawa beg sekolah.huhu. aku bukan scoliosis tp tulang ade bengkok sikit, risau pulak
Quote evlinne 21-7-2019 11:33 AM
Sedih pulak sebab aku ada kawan hidap penyakit ni. Time kecik elok tetibe besar ada scoliosis. Orang pandang serong kt dia
Quote gadis_tulip 22-7-2019 12:44 PM
alexis_fyy replied at 20-7-2019 09:03 PM
korang ada tak sesiapa yang kena scoliosis ni buat pembedahan?

I rasa scoliosis nie genetik la. Sebab dalam family i yang ade scoliosis is my mom, i and my sister. And arwah my grandma pon ade. Cousin i perempuan belah my mom pon ade. So i assume as genetik.
I dapat tahu pon bile buat xray nak masuk uni. I bengkok c belah atas, so sakit kat bahu. Selalu jugok tali bra jatuh sebelah. Nak tido pon tak selesa. I tengok anak perempuan i pon cam akan ikut i sebab lengan baju die asyik jatuh sebelah je. Now my daughter 3 tahun, so masih muda untuk diagnosis.

My sis buat operation kat PPUM masa umo die 24 tahun sebab degree die more than 50. Cost operation murah which is around rm3k. Tapi yang mahal nye screw, which is almost rm20k. Alhamdulillah, now my sister dah 30 tahun and going to be a mother to 2 kids.

My sis kata agak selesa sikit compared before operation. Tak lenguh2. Sebab my sis bentuk S.




Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.107981s Gzip On
    To Top