Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Cara Buat Kentang Putar Rasa Macam KFC

11-3-2019 03:59 PM|Oleh: M. Manis| Komen: 5

Anak-anak kalau pergi KFC mesti order mashed potato kan? Kadang-kadang harga add-on side dish pun dah cecah RM5. Cuba bayangkan mereka order add-on sampai 3 bekas, mau lari juga bajet kita kan? 

Kalau macam tu, apa kata mak-mak practice resipi bawah ini. Tak perlu dah beli dekat KFC kalau anak-anak mengidam nak makan mashed potato KFC.

Bahan-bahan kentang:

*5 biji kentang
*Secawan susu penuh krim
*1 sudu makan mentega
*1 sudu teh garam
*Sedikit serbuk lada hitam

Cara masak:

1. Rebuskan kentang sehingga empuk, tos dan lenyek sehingga hancur.

2. Panaskan susu penuh krim dan mentega, kemudian masukkan kentang. Kacau rata, jika mahu lebih lembut lebihkan susu dan mentega.

3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.



Bahan-bahan kuah lada hitam:
*6 sudu makan mentega
*1 bawang holland
*4 sudu makan tepung gandum
*2 kiub pati ayam
*4 cawan air
*Sedikit serbuk lada hitam
*sedikit bancuhan tepung jagung
*Sedikit kicap pekat (beri warna pada kuah)

Cara masak:

1. Panaskan mentega dan masukkan bawang holland yang sudah dipotong dadu.

2. Selepas bawang berwarna keperangan sedikit, masukkan tepung gandum (berkala).

3. Masukkan kiub pati ayam, air, lada hitam dan air bancuhan tepung jagung untuk kepekatan kuah.

4. Masukkan kicap (cukup sekadar warna) dan biarkan kuah mendidih. Tutup api dan sejukkan kuah sebelum dikisar sehingga halus.

Kredit foto: Recipe 4 Living

**Kalau nak sejuk boleh simpan sekejap dalam peti sejuk, kalau nak makan suam-suam panaskan sekejap sebelum hidang.

Senang sahaja kan? Lepas ini kalau anak-anak request, masak sahaja. Lebih jimat. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 5
Komen

Previous : Resipi Ikan Rebus Air Asam Paling Sedap, Boleh Buat Diet Anda Hancur!

Next       : "Cheese" Sudah Ketinggalan Zaman, Fenomena "Salted Eggs" Mulai Menapak Di Malaysia!

Komen Terbaru

Quote onexox97 16-3-2019 11:03 PM
Nanti try buat

Lain-lain Komen

Quote epis 11-3-2019 06:20 PM
Suka sgt kentang putar ni tapi harga makin mahal...
Quote Bilissey 11-3-2019 08:53 PM
Saya pernah try buat. Memang rasa dia sebiji kentang putar kfc {:run
Quote belilies 11-3-2019 09:06 PM
Kentang putar kepsi tak sesedap kentang putar sugarbun
Quote chinta89 12-3-2019 10:24 AM
adik ai pandai buat mmg sedap gila lbh sedap dari kfc.
Quote onexox97 16-3-2019 11:03 PM
Nanti try buat

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042183s Gzip On
To Top