Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Resipi Ikan Rebus Air Asam Paling Sedap, Boleh Buat Diet Anda Hancur!

14-3-2019 12:35 PM|Oleh: M. Manis| Komen: 5

Tak perlu extravaganza sangatlah lauk orang Melayu ni. Cukup dengan ikan rebus cicah air asam sahaja sudah cukup membolehkan impian diet anda untuk hancur!

Bahan-bahan:

*4 ekor ikan kembung (ikan lain pun boleh)
*2 biji bawang besar (potong dadu)
*1 biji tomato (potong dadu)
*1 biji limau kasturi
*4 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
*Semangkuk air asam jawa (lagi pekat lagi kaww rasa kuah)
*Seinci belacan yang sudah dibakar
*Gula dan garam secukup rasa

Foto: Cookpad.com

Cara masak:

1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan rebus sehingga masak bersama sekeping asam keping.

2. Ambil air rebusan ikan mengikut kuantiti kuah yang anda mahukan dan masukkan belacan serta air asam jawa.

3. Masukkan bawang, tomato serta cili, dan gaulkan sebati.

4. Perah limau kasturi, masukkan gula dan garam secukup rasa dan gaul rata kemudian curahkan bancuhan tadi ke atas ikan.

*Kalau tak nak susah-susah potong dadu, boleh sahaja potong panjang. Lebih mudah.

Sumber: FiezaIeda

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Previous : Cara Mudah Pilih Bendi Segar, Yang Baru Nak Belajar Masuk Pasar Sila Baca!

Next       : Sedap Dan Juicy! Resipi Roti Sardin Meleleh, Pasti Anak Suka!

Komen Terbaru

Quote gorjeous 17-3-2019 02:13 PM
Nampak sedapnyee.. mesti cuba.

Lain-lain Komen

Quote chinta89 14-3-2019 12:55 PM
berair mulut walaupun dlm gmbr nmpk x sedap
Quote sapeka 14-3-2019 01:37 PM
wow..sedapnye
ratah2 ngan ulam
Quote Bantalkuning 16-3-2019 10:47 AM
sedapnyaaaaaa
Quote onexox97 16-3-2019 09:13 PM
Waaah sedap sangat
Quote gorjeous 17-3-2019 02:13 PM
Nampak sedapnyee.. mesti cuba.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043376s Gzip On
To Top