Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Mengapa Borneo Highland Antara Tempat Tercantik Di Malaysia? Ini Sebabnya..

13-3-2019 11:39 AM|Oleh: Black Rose| Komen: 5

Di Malaysia, terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh kita kunjungi. Malah banyak taman tema yang disediakan untuk mengisi masa percutian. Jika ingin pergi ke tempat yang mendamaikan dan jauh dari kesesakan, jadi inilah tempat yang sesuai dikunjungi. Sesiapa yang pencinta alam sekitar, berkunjunglah ke Borneo Highland Resort.


Foto Youtube


Di Sarawak pula, Borneo Highland adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilawati.  Ianya terletak di Jalan Puncak Borneo di Kuching Sarawak. Kira-kira 70km dari Bandar Kuching. Keadaan muka bumi yang berbukit-bukau dan tanah tinggi amat sesuai dijadikan tempat pelancongan yang popular. 


Ditambah pula dengan alam semulajadi yang jauh dari Bandar dan mendamaikan jiwa.


Tempat ini kira-kira 1000 meter dari aras laut. Kawasan ini diliputi oleh hutan hujan antara yang tertua dan kedua besar di dunia. Flora dan faunanya masih kekal dan tidak terusik oleh pencemaran dan pembalakan. Terdapat spesis hidupan liar di situ jarang ditemui di tempat lain dan mempunyai keunikan yang tersendiri.


Foto: sarawak.attractionsinmalaysia.com


Di situ terdapat sebuah resort yang cantik iaitu Borneo Highland Resort. Resort ini mempunyai pemandangan yang menarik dan boleh menghirup udara yang segar.

Pelbagai kemudahan yang terdapat di sini. Antaranya:

1. Golf - The Hornbill Golf Course yang dipanggil 'Golfing in the clouds' yang mempunyai 18-hole (par 72)

2. Spa - Jungle Spa bagi yang meminati kecantikan dan menenangkan tubuh badan.

3. Berkelah - Terdapat sebuah sungai yang jernih mengalir dan disediakan tempat beriadah.

4. Jungle Track - Bagi yang suka suasana di dalam hutan.


 


Sesiapa yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi dan mempelajarinya, datanglah ke tempat ini. Pengunjung yang datang ke sini dihadkan untuk menjamin keselesaan dan privasi para pengunjung yang menginginkan ketenangan.


Resort ini hanya mempunyai 30 bilik di Clubhouse dan 10 bilik Chalet yang berada di hutan.


Foto: Sarawak Tourism


Jika ada kesempatan atau ingin percutian yang privasi, datanglah ke tempat ini. Jauh dari kesesakan, boleh menghilangkan beban perasaan, beban pekerjaan dan sebagainya. Pasti anda akan berpuas hati jika berada di tempat seperti syurga dunia ini.


Seperti Slogannya... BACK TO NATURE, BACK TO BASICS. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Previous : Rahsia Yang Agensi Pelancongan Tak Bagitahu Kita Tentang Pakej Yang Ditawarkan

Next       : Nak Ke Luar Negara? Jom Semak 7 Money Changer Yang Tawarkan Kadar Rendah Di Kl & Selangor!

Komen Terbaru

Quote Sazida 16-3-2019 01:25 PM
Iols penahh sampaii sini. Bestt lah. Selalunya org naik sebab nk pergi puncak dia yg bersempadan dengan kalimantan. Mmg sejukk. Pukul 1 tghri pun still sejuk. Rate bilik boleh thn gak.

Lain-lain Komen

Quote cikbawang237 14-3-2019 04:51 PM
wish to be here
Quote WandaMi 15-3-2019 02:49 PM
mcm best je sbb ada jungle trekking
Quote korokure 15-3-2019 08:01 PM
best ni, sejuk ja bila tengok gamba
Quote Bantalkuning 15-3-2019 11:24 PM
bestnya ada jungle spa
Quote Sazida 16-3-2019 01:25 PM
Iols penahh sampaii sini. Bestt lah. Selalunya org naik sebab nk pergi puncak dia yg bersempadan dengan kalimantan. Mmg sejukk. Pukul 1 tghri pun still sejuk. Rate bilik boleh thn gak.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042042s Gzip On
To Top