Jarang dilanda kontroversi, Que Haidar dan isterinya tenang-tenang sahaja membesarkan anak-anak mereka.
Kalau tengok di Instagram, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra semakin meningkat dewasa dan memang cantik-cantik belaka.
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Ibu pandai menari pastinya anak-anak pun menunjukkan minat yang sama.
Video yang dimuat naik oleh Que baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai.
Ramai yang teruja bila kedua-duanya menari dan dalam kapsyennya Que menulis, "Balik-balik rumah ada video untuk daddy."
Bagaimanapun ada juga netizen yang kurang senang dengan rakaman tersebut.
Antara komen, "Awas empunya video, Pedophilia is watching."
Ramai yang bimbang memandangkan anak-anaknya dalam video tersebut menari dengan memakai pakaian yang agak terdedah.
Betul juga apa yang dikatakan. Apa pun tak salah nak tunjuk bakat anak-anak, cuma perlu lebih berhati-hati. -CARI
|