Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Wanita Kritikal Toreh, Bakar Diri Dengan Petrol

7-2-2019 03:23 PM Komen: 4
Seorang pesakit mental wanita membakar diri sendiri dalam cubaan bunuh diri kini kritikal di Hospital Pulau Pinang.

Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di kuarters kerajaan negeri di Jalan Air Itam, Georgetown, jam 11.30 pagi, semalam.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian berkata, berdasarkan keterangan abang mangsa, adiknya itu mengalami masalah mental dan sedang menerima rawatan psikiatri di Klinik Jalan Perak selain pernah dimasukkan ke Hospital Jalan Perak.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di muka, badan, tangan dan kaki dengan 40 peratus kesan melecur selain terdapat kesan torehan pada bahagian dada hingga pahanya.

Doktor yang merawat mengesahkan wanita itu mengalami masalah mental berdasarkan ubat sakit mental diberikan abang mangsa.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa baru tiba di kediaman ibunya di kuarters berkenaan apabila abangnya menyedari ada kesan darah pada rambut dan leher adiknya itu.

Apabila ditanya, mangsa berkata dia telah menoreh dadanya dengan pisau pada Ahad lalu sebelum abangnya menghubungi ambulans.

Bagaimanapun, mangsa melarikan diri ke luar rumah ketika menunggu ambulans tiba.

"Ketika itu, abangnya mendapati seluruh tubuh mangsa sudah terbakar. Abangnya bersama dua anggota polis yang baru tiba cuba memadamkan api dengan air," ujar Che Zaimani.

Menurut Che Zaimani, ketika hari kejadian, ibu mangsa ke Kuala Lumpur untuk menghantar adik bongsunya.

"Siasatan mendapati mangsa membakar dirinya menggunakan petrol yang diisi dalam botol.

"Sementara itu, pemeriksaan mendapati rawatan terkahir mangsa pada 30 Januari lalu dan rawatan selanjutnya pada 13 Februari ini," tambahnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Detik Cemas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Terlupa Nama Raja Perlis
#DoneClaim, Betul Ke Pelumba MotoGP Hafizh Syahrin Daftar Hak Cipta Trademark 'Bossku'?
Tular Gambar Sufian Suhaimi 'Tidur' Dengan Wanita, Netizen Tuduh Kerja Keluarga Loy
"Susah Senang Sama-sama! Allah Tengah Duga Kau" - Nasihat Tunku Hanis Buat Fathia Latiff
Netizen Kecam Guna Bayi Buat Persembahan Untuk Dapatkan Duit Lebih
10 Tanda Anda Penagih Telefon Yang Kronik, No 1 Paling Kerap Berlaku...
Ngilunya! Isteri Potong, Masak Kemaluan Suami Kerana Curang
Kemahiran Setiap Lelaki Harus Miliki Dalam Kehidupan
Kes Cerai Channing Tatum, Jenna Dewan Memanas Berebut Hak Penjagaan Anak
Cuba Tahan Dari Gelongsor, Wanita Maut Terperosok Bawah Kereta
"Nak Buat Seks Bebas Tapi Tak Nak Anak? Kondom Bagus RM7 Je"
Gila Hidu Bau Kasut Untuk Tingkatkan Nafsu, Lelaki Curi 70 Pasang Kasut
"Cuti Raya Cina Aku Habis Macam Tu Je Layan Kecaman Netizen" - Padah Aibkan Pelanggan PAS
Untung Jadi Raja Ilya, Bangun-Bangun Suami Dah Sediakan Sarapan Pagi
Polis Wanita Dicemuh Kerana Muat Naik Swafoto Duckface
Lepas Buka Tudung, Emma Maembong Tutup Perniagaan Tudungnya Pula!
"Bukan Bishe Bishe" - Trademark Baru DS Najib Raih Perhatian Netizen
Tergamak Campak Bayi Dalam Lori Sampah!
Kasih Ibu Sampai Mati, Dua Beranak Terjun Jambatan Selepas Diusir Dari Rumah
Bulan Dan Matahari Sama Besar? Makin Pelik, Suhaimi Saad Buat Orang Geleng Kepala Lagi
"Selamatkan Abang Driver Gojek!" - Gara-gara Sebar Video Amoi, Pemandu Berdepan Denda RM1,500
Tersangkut Antara Tiang Telefon Dan Bumbung Pondok Lepas Dirempuh Kereta
Isteri Sarat Hamil Buntu: Suami Kemurungan, Anak Makan Nasi Lauk Garam
Lelaki Belasah, Campak Bayi 13 Bulan Dalam Mesin Pengering
Maut Dipatuk Ular Yang Digunakan Untuk Ugut Wanita Lakukan Seks
Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang: Pemandu Kereta Vios Positif Ganja
Tertekan Kerana Tugasan Keterlaluan, Pembantu Peribadi Meghan Markle Letak Jawatan
Dah Keluar Amaran Pun, Masih Ramai Berani Mandi-manda Dalam Ombak Ganas

Komen Terbaru

Quote chinta89 11-2-2019 11:53 AM
Allahu kesiannya.. jgnmain2 nn org ada mslh sakit mcm ni dia punya tindakan di luar kawalan.

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 7-2-2019 03:29 PM
kasihannya.. tapi mana pulak dia dapat petrol segala?
Quote minguk 7-2-2019 03:30 PM
kesiannya ada mental illness..
Quote misc 7-2-2019 05:16 PM
terseksanya.. kalau betul nak bunuh diri, carilah cara yg boleh mati dlm kadar segera.
Quote chinta89 11-2-2019 11:53 AM
Allahu kesiannya.. jgnmain2 nn org ada mslh sakit mcm ni dia punya tindakan di luar kawalan.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054000s Gzip On
To Top