CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Propose Article Lihat artikel

Nak kurus? Jom cuba teh pudina

7-2-2019 02:08 PM| Diterbitkan: Leeanne88| Dilihat: 129| Komen: 0

Description: Umum mengetahui akan pelbagai kegunaan daun pudina dalam kehidupan seharian. Daun pudina tidak hanya digunakan dalam masakan tetapi juga digunakan secara meluas dalam penghasilan ubat-ubatan dan produ ...
Umum mengetahui akan pelbagai kegunaan daun pudina dalam kehidupan seharian. Daun pudina tidak hanya digunakan dalam masakan tetapi juga digunakan secara meluas dalam penghasilan ubat-ubatan dan produk komersial.


Daun pudina adalah sejenis herba yang berasal dari keluarga Laminacece dan tergolong dalam spesis Mentha. Terdapat pelbagai jenis daun pudina di seluruh dunia antaranya peppermint, spearmint, orange mint, horsemint dan pelbagai lagi.

Walaupun daunnya sedikit kecil, namun daun pudina mempunyai banyak vitamin yang diperlukan oleh badan seperti vitamin A, C dan B2 serta mineral seperti besi, kalsium, kalium dan mangan. Daun pudina mempunyai tahap kalori yang rendah dan kaya dengan serat.

Daun pudina banyak digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya membantu mengurangkan masalah pencernaan, mengurangkan tahap kolestrol, menghilangkan lenguh otot, membantu masalah pernafasan dan menghilangkan bau mulut.

Selain itu, daun pudina juga mampu membantu untuk menurunkan berat badan. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan menggunakan daun pudina ini.

Teh pudina
Ambil beberapa helai daun pudina dan masukkan ke dalam air yang telah dididihkan. Biarkan sejuk sebentar sebelum ditapis dan diminum. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, teh pudina ini bolehlah diminum dua hingga tiga cawan setiap hari.

Jus pudina
Ambil segelas daun pudina dan sedikit daun ketumbar. Kisarkan dengan secawan air dan setengah cawan buah lemon. Minum segelas setiap hari.

Namun begitu, jika anda mahu mendapatkan berat badan yang lebih ideal, senaman dan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat tidak harus dilupakan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053102 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top