Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cuba Tahan Dari Gelongsor, Wanita Maut Terperosok Bawah Kereta

7-2-2019 10:23 AM Komen: 26
Seorang wanita maut digilis keretanya selepas cuba menahan Kia Spectra itu daripada menggelongsor.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di Solok Air Manggis, Kampung Rembia, Alor Gajah, jam 1.45 tengah hari, semalam.

Mangsa, Nurfizah Mohd Taufek, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Asisten Superintendan K Mahadevan mengesahkan kejadian berkata, sebelum kejadian, kereta dipandu mangsa itu berhenti di bahu jalan yang berbukit.


Kredit foto: Berita Harian

Difahamkan, kereta itu tiba-tiba bergerak menyebabkan mangsa cuba menahan kereta dari arah belakang daripada terus mengundur. Malangnya, mangsa terjatuh sebelum terperosok di bawah kereta itu.

K Mahadevan meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Kanan Bomba (PBK) II, Asnizam Kamberon, berkata pihaknya mengerahkan sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.52 tengah hari.

Katanya, anggota menggunakan alatan khas bagi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Detik Cemas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Terlupa Nama Raja Perlis
"Eh, Tadi AJL Sebut Apa? Kita Geng!" - Najib Razak
Tular Gambar Sufian Suhaimi 'Tidur' Dengan Wanita, Netizen Tuduh Kerja Keluarga Loy
"Susah Senang Sama-sama! Allah Tengah Duga Kau" - Nasihat Tunku Hanis Buat Fathia Latiff
Netizen Kecam Guna Bayi Buat Persembahan Untuk Dapatkan Duit Lebih
10 Tanda Anda Penagih Telefon Yang Kronik, No 1 Paling Kerap Berlaku...
Ngilunya! Isteri Potong, Masak Kemaluan Suami Kerana Curang
Kemahiran Setiap Lelaki Harus Miliki Dalam Kehidupan
Kes Cerai Channing Tatum, Jenna Dewan Memanas Berebut Hak Penjagaan Anak
Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Goyah?
"Nak Buat Seks Bebas Tapi Tak Nak Anak? Kondom Bagus RM7 Je"
Gila Hidu Bau Kasut Untuk Tingkatkan Nafsu, Lelaki Curi 70 Pasang Kasut
"Cuti Raya Cina Aku Habis Macam Tu Je Layan Kecaman Netizen" - Padah Aibkan Pelanggan PAS
Wanita Kritikal Toreh, Bakar Diri Dengan Petrol
Polis Wanita Dicemuh Kerana Muat Naik Swafoto Duckface
Lepas Buka Tudung, Emma Maembong Tutup Perniagaan Tudungnya Pula!
"Bukan Bishe Bishe" - Trademark Baru DS Najib Raih Perhatian Netizen
Tergamak Campak Bayi Dalam Lori Sampah!
Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah, Sheikh Muszaphar Shukor Dah Jawab!
Imam Tanam Pistol Lepas Bertengkar Dengan Isteri Kerana Pokok Rambutan
Suami Marah Main Facebook, Isteri Kecewa Gantung Diri
Ibu Minta Maaf Jika Terkasar."-Disuruh Mengemas, Anak Gadis Lari Dari Rumah
Cedera Parah, Muka Ditoreh Kekasih Bangladesh
Samsung Galaxy S10 Bakal Keluar Pasaran Pada 21 Februari 2019

Komen Terbaru

Quote chinta89 11-2-2019 05:07 PM
OMG                              

Lain-lain Komen

Quote zulka 7-2-2019 10:43 AM
allahu...berat kot kete tu yg pegi tahan kenapa
Quote tikusmontok 7-2-2019 10:44 AM
innalillah. kesiannya dia.
Quote minguk 7-2-2019 10:46 AM
zulka replied at 7-2-2019 10:43 AM
allahu...berat kot kete tu yg pegi tahan kenapa

agaknya sebelum ni pernah tahan, arwah berjaya kot

Quote moonbug 7-2-2019 11:43 AM
Salam takziah. Sedihnya kena gilis kereta sendiri
Quote leylapple 7-2-2019 11:49 AM
tarik handbreak jer....

berat keta tu mana ada orang blh tahan..esp kalau turun bukit...
Quote insulin 7-2-2019 11:53 AM
Takziah kepada keluarga arwah...
Quote Artemesiaa 7-2-2019 11:56 AM
Takziah buat keluarga beliau.  Sebab bila dalam situasi sebegitu tak perlu gigih nak buat aksi dalam pilem marvel silap langkah nyawa sendiri boleh melayang.
Quote monreyes 7-2-2019 12:02 PM
dia maybe concern juga kalau kete tu langgar sape2 masa gelongsor tu...
Quote fifie_olin 7-2-2019 12:05 PM
patut dibiarkan je ke keta tu
Quote mdhelmi 7-2-2019 12:11 PM
dua org laki pon blom tentu bole tahan kereta yg mengundur sendiri
takziah
Quote cap_ayam 7-2-2019 12:20 PM
Kesiannya.. mungkin tindakan spontan arwah.. takziah buat keluarga.
Quote zorrro_03 7-2-2019 12:45 PM
Artemesiaa replied at 7-2-2019 11:56 AM
Takziah buat keluarga beliau.  Sebab bila dalam situasi sebegitu tak perlu gigih nak buat aksi dalam ...

NI bukan nak ikut marvel ke apa.  ia mungkin reaksi spontan mangsa.  ini dinamakan malang tidak berbau... innalillah
Quote iwansa 7-2-2019 12:49 PM
aku yang bermuatan berat pun tak pernah terfikir nak tahan kereta yang tergelongsor, innalillah
Quote nishikido 7-2-2019 12:53 PM
Mungkin itu tindakan refleks..bukan niat arwah pon nak tahan.kadang2 dalam keadaan spontan kita jadik blurr kan..pape pon,dah tiba ajalnya.nasib kita xtahu lagi..semoga rohnya dicucuri rahmat n tergolong dalam glongan yg soleh.amin..
Quote kambinggila 7-2-2019 01:03 PM
ajalnya dah sampai, itu cuma asbabnya.. innalillah..
Quote Ethernet 7-2-2019 01:23 PM
apa kes sbnrnya? dia tgh tunggu seseorang kat luar kereta ?













Quote ultra78 7-2-2019 01:31 PM
Bukan kemampuan manusia utk hentikan kereta yang sedang menggelongsor turun bukit.
Quote eyansss 7-2-2019 07:18 PM
rasanya lebih kelada panik dan terkejut ni... semoga arwah tenang disana...
Quote suatumasa 7-2-2019 08:56 PM
Innalillah.....

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057204s Gzip On
To Top