Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

10 Tanda Anda Penagih Telefon Yang Kronik, No 1 Paling Kerap Berlaku...

7-2-2019 11:42 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 24

Jika anda di meja makan atau makan malam di sebuah restoran, cuba lihat di sekeliling anda. Berapa ramai yang sedang tekun dengan telefon pintar masing-masing? 

Pasti bilangannya mengejutkan. Menurut laporan terbaru dalam MalayMail, rakyat Malaysia antara penagih telefon pintar tertinggi di dunia.


Kredit foto: Carian Google

Dilaporkan lebih 66 peratus rakyat negara ini tidak dapat berenggang dengan telefon pintar masing-masing seperti Samsung, iPhone, iPads, dan gajet lain. 

Malangnya, ramai yang tidak tidak tahu mereka sebenarnya penagih gajet sehingga menggangu kualiti hidup sekeluarga.


Kredit foto: Carian Google

Menurut laman Psy Guides, berikut adalah 10 Tanda anda mungkin penagih telefon yang kronik.


1. Tiada Sela 15 Minit

Perhatikan sela masa anda berenggang dengan telefon. Adakah anda dapat melupakannya kurang daripada 15 minit? Adakah anda membawa telefon ke mana sahaja anda berada, walaupun di dalam tandas? Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


Kredit foto: Carian Google


2. Pertama dan Terakhir

Apakah benda pertama yang anda cari selepas bangun pagi? Pasti bukannya memberus gigi. Dan apakah benda terakhir yang anda letakkan sebelum tidur? Juga bukan buku seperti dahulu. Jika jawapan anda untuk kedua-dua perkara ini adalah telefon, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


Kredit foto: Carian Google


3. Guna Telefon Walaupun Tidak Sepatutnya

Adakah anda pernah membawa dan memeriksa telefon pintar ketika berada di masjid ataupun gereja? Bagaimana pula ketika menghadiri majlis dan taklimat penting, bolehkah anda menumpukan perhatian dan menyimpannya di dalam beg sehingga majlis selesai? 

Jika anda menggunakan telefon walaupun tidak sepatutnya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


Kredit foto: Carian Google


4. Guna Telefon Walau Ada Risiko

Perkara yang paling berbahaya, menggunakan telefon ketika sedang berada dalam keadaan berisiko seperti memandu atau melintas jalan. 

Lebih menakutkan, bukan sekadar menjawab panggilan malahan ada juga yang sempat menaip jawapan mesej ketika memegang stereng. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


Kredit foto: Carian Google


5. Guna Telefon Untuk Kerja Mudah

Anda terlalu mengandalkan telefon bimbit walaupun untuk kerja-kerja mudah seperti menyemak ejaan atau kiraan 20+19 menggunakan kalkulator. 

Pendek kata, anda tidak suka lagi menggunakan sel otak untuk berfikir atau bekerja walaupun untuk seketika. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


6. Abaikan Masa Bersama Keluarga

Masa yang sepatutnya diluangkan untuk keluarga sebaliknya diisi dengan membelek telefon pintar. Ketika bersama dengan anak atau beriadah, anda pula lebih tertarik dengan status kawan-kawan di Facebook atau Instagram. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


Kredit foto: Carian Google


7. Guna Telefon Ketika Makan

Anda meletakkan telefon bimbit di sebelah pinggan ketika makan. Malah, ada ketikanya anda menyuap makanan sambil fokus dengan perbualan WhatApps di alam maya berbanding dengan perbualan di alam nyata dengan ahli keluarga di meja makan. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


Kredit foto: Carian Google


8. Resah Gelisah Tanpa Telefon

Tertinggal telefon, telefon rosak atau kehabisan bateri adalah mimpi ngeri buat anda. Anda menjadi resah gelisah dan seboleh-bolehnya ingin menggantikan kehilangan telefon atau mencari pengecas secepat mungkin. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


9. Balas Mesej Serta merta 

Walaupun tidak penting, anda tetap membalas mesej rakan-rakan dengan serta merta. Anda juga suka menyampuk perbualan walaupun yang tidak ada kaitan dengan anda. 

Sekiranya telefon anda senyap seketika, anda merasakan pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


10. Lebih Suka Pegang Telefon Daripada Masukkan Dalam Poket / Beg

Anda lebih suka memegang telefon bimbit daripada memasukkannya ke dalam poket atau beg. Anda mahu akses segera kepada telefon bimbit sekiranya ada panggilan atau mesej. 

Anda juga kerap 'on' dan 'off' skrin tanpa sebarang sebab.  Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.


Kredit foto: Carian Google

Sekiranya anda menunjukkan salah satu simptom yang kronik seperti di atas, anda memerkukan bantuan untuk menghilangkan ketagihan terhadap telefon pintar anda.  

Menurut pakar psikologi, anda perlu melakukannya secara perlahan-lahan seperti meninggalkan telefon sekali-sekala, mengehadkan pembelian data internat, keluar daripada kumpulan WhatApps yang tidak bermanfaat dan dapatkan hobi baru yang menarik dan tidak melibatkan telefon. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
8
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
6
Komen: 24
Komen

Previous : Burung Merpati Dengan Vest Berhias Dipertemukan Dengan Tuannya Selepas Hilang Seminggu

Next       : 'Awak Ni Makcik Bawang Ke?'- Ini 7 Tanda Anda Mungkin Kaki Gosip Yang Kronik

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Apa Istimewanya Brunei Darussalam? 7 Perkara Menarik Yang Anda Boleh Buat Di Negara Kecil Ini
Kurus Kering Macam Mayat Hidup, Apa Dah Jadi Dengan Celine Dion ?
Patutlah Datuk Lee Chong Wei Power Sampai Sekarang, Latihan Datuk Misbun Macam 'Nak Mati'
"Eh, Tadi AJL Sebut Apa? Kita Geng!" - Najib Razak
Tanpa Khidmat Perunding Antarabangsa, Najib Razak Kini Tokoh Politik Tanah Air Paling Popular?
Tular Gambar Sufian Suhaimi 'Tidur' Dengan Wanita, Netizen Tuduh Kerja Keluarga Loy
"Susah Senang Sama-sama! Allah Tengah Duga Kau" - Nasihat Tunku Hanis Buat Fathia Latiff
Netizen Kecam Guna Bayi Buat Persembahan Untuk Dapatkan Duit Lebih
Ngilunya! Isteri Potong, Masak Kemaluan Suami Kerana Curang
Kes Cerai Channing Tatum, Jenna Dewan Memanas Berebut Hak Penjagaan Anak
Cuba Tahan Dari Gelongsor, Wanita Maut Terperosok Bawah Kereta
"Nak Buat Seks Bebas Tapi Tak Nak Anak? Kondom Bagus RM7 Je"
Gila Hidu Bau Kasut Untuk Tingkatkan Nafsu, Lelaki Curi 70 Pasang Kasut
"Cuti Raya Cina Aku Habis Macam Tu Je Layan Kecaman Netizen" - Padah Aibkan Pelanggan PAS
Wanita Kritikal Toreh, Bakar Diri Dengan Petrol
"Jumpa Di Kelab Malam, Sekarang Insaf Di Kelas Mengaji"
Foto Terkini, Adik Ainul Mardhiah Semakin Comel
Ziarah Kubur Bukan Muslim, Beza Agama Tak Halang Kasih Terhadap Ibu Yang Dah Tiada
5 Perkahwinan Diraja Termahal Dalam Sejarah Dunia
Gara-Gara Smule, Tukang Cuci Temu Jodoh Dengan Gadis Austria
Tukar Tiket Dengan Sampah

Komen Terbaru

Quote GigaMom 12-2-2019 02:58 AM
8/10
Ai kena berubah nampaknya

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 7-2-2019 11:52 AM
Saya 7/10

Dah tahap kronik kot
Quote kaoru44 7-2-2019 12:41 PM
Xkronik..sbb jrg pgg phone..buka baca2 brita je..
Whtaps pun kdg xsempat bls..
Quote Artemesiaa 7-2-2019 12:44 PM
Kalau perhatikan masyarakat sekeliling nampak benar apa yang diperkatakan syukur masih boleh control diri dan tak masuk dalam golongan sebegitu.
Quote moonbug 7-2-2019 12:44 PM
Rindu 10 tahun lepas lepak dengan kawan-kawan kat mamak berborak 3-4 jam sampai lebam. Sekarang no eye contact, phone masing-masing berjahit kat tangan. Bukan kawan je, family and spouse pun ramai macam ni
Quote Sang_Pencinta 7-2-2019 12:47 PM
moonbug replied at 7-2-2019 12:44 PM
Rindu 10 tahun lepas lepak dengan kawan-kawan kat mamak berborak 3-4 jam sampai lebam. Sekarang no e ...

Sama lah

Kami baru2 ni family day

Semua orang tak nak ikut aktiviti, busy dengan handphone

Malam2 nak berbual ramai2 tapi semua masuk billik awal dgn handphone
Quote armin 7-2-2019 01:33 PM
Iols sebelum wujud hp buku mesti berjahit kt tgn. Now baca dr hp je. Tak kisahla apa2 asalkan kena membaca. Skrg byk baca forum pulak haha..
Quote lee_sakura 7-2-2019 01:49 PM
aku pon jenis ketagih telepon gak tp tgh usaha utk kurangkan....antara caranya xamik data plan, tak download apa2 game, med soc hanya ig & facebook, nk dgr radio just bukak fizikal radio, nk tgk movie  just download kt pc & play kt tv, silent phone time dok kt rumah...pastu penuhkan masa dgn pelbagai aktiviti mcm kemas rumah, pi hiking (dlm hutan xde line) & apa2 aktiviti yg xblh pegang hp... alhamdulillah, ade la skit perubahan kalo tak dulu sampai sakit kepala tenung telefon, mak ngan kucen aku pon terabai
Quote mis_j_alexanda 7-2-2019 02:39 PM
aku rasa aku ni di tahap semi kronik kot. 6/10. kena kurang2kn jgk penggunaan...
Quote rosasen 7-2-2019 03:17 PM
6 per 10 jugak...
Quote belilies 7-2-2019 04:08 PM
Iols xdpt buat ujian camni. Sbb sll kes tlupa bawa hp bila ke pasar. And iols mampu harung 30mins without phone.
Quote salmon-suki 7-2-2019 05:23 PM
Phewwwwww....nsb baik x kronik lg..{:smile

Kdg2 lau kuar ngn kengkwn,masing2 duk ngadap fon,kita pn tpkse laa kuarkn fon..apa gne nk lepak sama tp duk ngadap fon...bila kte xnk kua,dikatanya lupe kwn etc....smh!
Quote aderaderker 7-2-2019 05:26 PM
4/10...sihat lagi la kut.

Still baca buku sebelum tidur.
Time makan sorang je belek handphone.

Tapi kalau handphone dah low battery mmg gelabah nak mamps
Quote Jorja 8-2-2019 06:06 AM
Kt tempat makan, masalanya bila semua pegang hp..ko sendiri diam nak buat apa? Klu I haruslah terus teringat muka nenek cina yg pernah viral dulu Tu entah sapa sapa la yg snap gambar muka nenek tu yg boredom & confused gara gara anak cucu & menantu dia semua fokus kt smartphone... nak tak nak I pun main hp gakla
Quote netto_ 10-2-2019 09:50 AM
Aku mlm td dr kul 8mlm smpai 11mlm duk ngadap phone. Letih btul la da mcm ape je. Asal blk ke rutin hidup je ngadap phone je keje aku. Kalau holiday ok pulak xhadap phone sgt
Quote Sang_Pencinta 10-2-2019 09:23 PM
netto_ replied at 10-2-2019 09:50 AM
Aku mlm td dr kul 8mlm smpai 11mlm duk ngadap phone. Letih btul la da mcm ape je. Asal blk ke rutin  ...

Amboi 3 jam straight ke pegang phone?
Quote netto_ 10-2-2019 10:15 PM
Sang_Pencinta replied at 10-2-2019 09:23 PM
Amboi 3 jam straight ke pegang phone?

Aah. Main game je keje aku ni. Pastu merambu kt porom ni la.
Quote rifaa 11-2-2019 10:03 AM
aku pon rasa cam dah tahap kronik ni
Quote Eva_yy_Ellin 11-2-2019 12:12 PM
Edited by Eva_yy_Ellin at 11-2-2019 12:13 PM

1. Tiada Sela 15 Minit - Tidak. 5 kali 15 minit pun boleh. Pergi tandas untuk no.2 saja yang bawa phone, masa lain tak.
2. Pertama dan Terakhir - Ya. Sebelum tidur baca online fiction dan ig, sebab itu je masa saya on ig, masa lain tak on langsung. Bangun tidur tengok news kejap di fb
3. Guna Telefon Walaupun Tidak Sepatutnya - Ya dan tidak. Bergantung pada majlis. Kalau majlis ilmu, buka phone bila call atau mesej masuk, sebab kadang ada benda penting yang perlu respons segera. Majlis perhimpunan bos-bos besar, buka phone bila ucapan buat kita
4. Guna Telefon Walau Ada Risiko - Tidak. Tunggu lampu merah baru tengok phone. Atau dah sampai destinasi atau berhenti mana-mana baru tengok.
5. Guna Telefon Untuk Kerja Mudah - Ya. Untuk ejaan/maksud yang betul dan kiraan yang tepat. Guna sel otak pun lepas tu nak semak juga guna phone, untuk kepastian. Kalau tengah menghadap pc, semak dekat pc la, buat apa guna phone.
6. Abaikan Masa Bersama Keluarga - Tidak. Selalu orang yang buat macam ni kat kita. Kita nak borak, diorang pegang phone. Sudahnya apa yang kita cakap dengar tak dengar je, ataupun kena marah sebab ganggu diorang tengah mengadap phone
7. Guna Telefon Ketika Makan - Tidak. Saya pembaca komik yang setia ketika makan. Hahaha. Kalau makan di rumah, baca komik. Kalau makan di luar, buka la juga phone. Tapi hanya ketika makan seorang diri. Kalau ada teman makan, tidak la buka komik atau phone.
8. Resah Gelisah Tanpa Telefon - Ya. Sebab kadang ada benda penting orang cari dan perlukan kita. Misalnya kita kat luar, tengah joging pun ada mesej minta belikan cili kering nak goreng mee
9. Balas Mesej Serta merta - Tidak. Hanya mesej penting saja dibalas segera. Tak penting, nanti-nantilah...
10. Lebih Suka Pegang Telefon Daripada Masukkan Dalam Poket / Beg - Ya. Sebab tak dengar kalau letak dalam beg. Tak tahu kenapa phone ni jarang bunyi. Misalnya ada satu whatsapp masuk dan saya belum baca, whatsapp yang kemudiannya masuk tak bunyi notification. Seperti biasa, takut ada benda penting.

4.5/10. Yeay, belum tahap kronik lagi
Quote sofiazara 11-2-2019 02:26 PM
unifi kat rumah offline sbb tak bayar. hahaha semua umat dalam rumah tak online dah seminggu

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.101868s Gzip On
To Top