Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Soal Dosa Pahala Biar Saya Dengan Tuhan,"- Emma Maembong Sah Buka Tudung

6-2-2019 08:28 PM|Oleh: Saiful| Komen: 106

Emma Maembong sah tidak lagi bertudung sejak tiga hari lepas. Pengakuan tersebut dibuat secara eksklusif kepada BH Online.

Menurutnya tindakan tersebut bukanlah contoh yang baik sekaligus memohon maaf dan mengakui khilafnya.


Bagaimanapun ia tiada kaitan dengan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, mengakui imannya masih belum kukuh.


"Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

"Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Buka tudung bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

"Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka."

Kredit foto: Berita Harian
Tambahnya, "Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung.

"Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain.

"Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah kantoi, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna."



Sementara itu Emma turut menafikan dakwaan dia mengenakan hijab sebelim ini kerana mengusahakan perniagaan tudung.

"Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan."


Mengulas mengenai reaksi ahli keluarganya Emma menjawab, mereka akur dengan keputusannya.

Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan sakit saya menjadi anak seni.

"Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah." -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
5
Komen: 106
Komen

Previous : Angah Raja Lawak Teruja Bakal Jadi Ayah Kali Kedua

Next       : Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Goyah?

Komen Terbaru

Quote shania88 8-2-2019 05:57 PM
susah si fatimah rohani ni nak terus istiqamah bertudung
tengok la dia kawan dgn siapa
dia kawan pon dgn si mikel ang
tgok adik2 kaka dia camna
mak dia camna
life environment dia camna
dari dulu ms kecik pon bukan dibesarkan dgn environmnt yg islamic

nak terus istiqamah memula skali kena carik kawan yg helok sikit..kawan yang keagamaan
bukan kawan dgn mikel ang(maybe baik sebb nak dpt job)

iols juz hrp dia jumpa dgn org2 yg bawak dia ke arah agama balik

Lain-lain Komen

Quote Nham22 6-2-2019 08:29 PM
Meluat arrh dengan statement mcm nih.....
Quote Victorioussss 6-2-2019 08:34 PM
Dye rmbut balik kerr
Dh xnk rmbut nmpk sama mcm dlm gmbr celah kangkang lettew

Fill in the blanks
Once a _____ , forever _____

Inb4 harap keturunan claim molia ni bole accept la dpt menantu y freehair
Sbb kan bajet nk y soci soci je jd menantu
Quote lee_sakura 6-2-2019 08:34 PM
okeh lps ni antara retis yg akan bukak tudung :

fatiya latiff
liyana jasmay
hanes suraya
Quote nazzse 6-2-2019 08:35 PM
Get lost je lah kembong..yet ko takda sumbangan pun untuk industri, kontroversi dgn jantan dari dulu sampai skrg
Quote annadonna 6-2-2019 08:36 PM
Hahaha kena declare ke sah buka tudung?  Mana makcik makcik bawang yang tudung ke hulu ke hilir?  Malu apa bossskurrrrrrrrrrrrr???????
Quote umbut 6-2-2019 08:37 PM
Takpa emma... x lama lagi netizen lupa.. emma cantik free hair.. x yah hidup dlm hipokrit.. go emma
Quote Zeatyisaac 6-2-2019 08:38 PM
Semoga istiqamah....
Quote Orix 6-2-2019 08:42 PM
Sbb tu org lain jgan sibuk psal aurat org. N jgan sibuk fikir apa org ckap
Quote aireen24 6-2-2019 08:47 PM
Dah upload pun kt instagram...
Quote alinone78 6-2-2019 08:48 PM
suka hati ko lah dek non'
wat ever
Quote zehra2 6-2-2019 08:52 PM
Mmg nenutup aurat tu wajib tp kalau berpura2..lbh baik jgn pakai.
Tak semestinya bertudung tu org baik2.. ramai je pompuan yg tak bertudung ni baik2 org nya
Quote sok_suci 6-2-2019 09:01 PM
Birahnyee...petanda dh cpt nk kiamat
Quote besi_kelabu 6-2-2019 09:03 PM
Takpe la...buka tudung dulu slow2..lepas ni baju makin singkat, skirt atas paha pula..

Meh Pakat berlumba2 masuk api..

Quote umbut 6-2-2019 09:08 PM
Edited by umbut at 6-2-2019 09:17 PM
besi_kelabu replied at 6-2-2019 09:03 PM
Takpe la...buka tudung dulu slow2..lepas ni baju makin singkat, skirt atas paha pula..

Meh Pakat  ...


Kauler sorang yg masuk api..

Aku ke neraka.. Ko yg panas
Quote r_innalif 6-2-2019 09:21 PM
Thank you..next
Quote Jorja 6-2-2019 09:23 PM
Pakai tak pakai tetap gorgeous
Quote babydoll 6-2-2019 09:26 PM
201838w7e30f3knv37e7q6.png

thread pasal ni dh ada. so i nak komen warna rambut dia je.

@iloveyou , tgk ni. cantik gak warna ni. kalau pegi salon, nk ckp warna apa?

Quote Suchi 6-2-2019 09:30 PM
Victorioussss replied at 6-2-2019 08:34 PM
Dye rmbut balik kerr
Dh xnk rmbut nmpk sama mcm dlm gmbr celah kangkang lettew


Apa cite family tu?  Memandangkan famili yg baik2 apasal sikit pun tak marah mahupun perambat anak jantan suh g bertanggungjawab nikah ngn anak dara org yg ko dah bawak kepit kehulu ke hilir.

Tau- tau kang tetiba kawen ngn seripoh lain yg sopan ayu tutup litup tapak kaki meroh.
Quote MsKathryn 6-2-2019 10:03 PM
Br 2 jam dia post gambar kat ig dh hampir 25k komen.. fuhh
tp emma ni mmg cantik kalo free hair

Lihat semua komen(106)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.139800s Gzip On
To Top