Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Wanita Hadiahkan 365 Pasang Stokin Untuk Teman Lelaki Pemalas

6-2-2019 11:16 AM|Oleh: Nia M| Komen: 14

Kredit foto: Times Gazette

Memilih hadiah hari jadi untuk teman lelaki kadangkala boleh menjadi sesuatu yang rumit kerana bukan senang untuk menepati cita rasa seorang lelaki.

Seorang wanita dari China memilih untuk menghadiahkan 365 pasang stoking untuk teman lelakinya kerana dia tahu, lelaki itu seorang yang malas membasuh pakaiannya.


Kredit foto: Nzherald

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia berpindah masuk ke rumah teman lelakinya yang kini adalah suaminya. Setelah masuk ke rumah itu, dia terkejut apabila mendapati terdapat timbunan stokin kotor yang dipakai oleh suaminya hasil pemberiannya setahun lalu. 

Rupa-rupanya, suaminya langsung tidak membasuh stoking berkenaan, bahkan sentiasa memakai stoking baru setiap hari.

Justeru, wanita berkenaan segera membasuh kesemua 365 pasang stokin yang kotor itu. Menurutnya, dia menghabiskan dua hari untuk proses mencuci dan menjemurnya di keseluruhan balkoni rumah. 


Kredit foto: Nzherald

Dia memuat naik video 365 pasang stokin yang dibasuh dan dijemur itu di Weibo iaitu sebuah mikroblog di China. Akibatnya, video berdurasi 11 saat itu tular dan menjadi buah mulut orang ramai sehingga mendapat 13 juta tontonan



Beberapa pengguna Weibo memuji tindakan wanita itu yang bertolak-ansur dengan sikap suaminya. Namun, ada juga yang mengkritik lelaki terbabit yang tidak tahu mencuci pakaian sendiri sedangkan sudah dewasa. 

Semoga hal sebegini tidak berlaku di Malaysia! Agak-agak wujud tak lelaki begini di negara kita? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
4
Terkejut
2
Sedih
4
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 14
Komen

Previous : 12 Penyanyi Bertopeng Di Rancangan Realiti Televisyen Nyanyian AS?

Next       : Polis Wanita Dicemuh Kerana Muat Naik Swafoto Duckface

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-2-2019 12:51 PM
Ok ler tu boleh pakai sepasang yang baru tiap hari.  Dah pakai terus buang tak perlu nak fikir kena basuh ke hapa dan tak perlu bimbang kena pakai stokin busuk lagi.  Lagi pun kat sana stokin kan murah2 jer.

Lain-lain Komen

Quote robinmosby 6-2-2019 11:22 AM
Geram pulak dengar. Ingat perempuan ni maid korang ke? Tolonglah ada sense of responsibility sikit
Quote LautBiru52 6-2-2019 11:30 AM
Tak ada la isteri tu terkejut sgt sbb memang dari sebelum kawin tau suami jenis pemalas
Quote buapakperut 6-2-2019 12:19 PM
kalau dah sayang ..pemalas pengotor pun dia sanggup hadap. eew
Quote helicornia 6-2-2019 12:26 PM
eh kalau pengotor tak kuasa la aku nk tolong beli stokin baru.aku blah cari jantan lain
Quote jazaa100 6-2-2019 12:51 PM
helicornia replied at 6-2-2019 12:26 PM
eh kalau pengotor tak kuasa la aku nk tolong beli stokin baru.aku blah cari jantan lain

Sekurang kurangnya dia rajin pergi kerja & ada rumah di sediakn utk pompuan tu....dia malas basuh stokin je...

Lelaki bewak melayu, dah lah mendadah, kerja pun malas, mkn pun di tanggung bini yg amalkn konsep asal berlaki....

Quote orgsepang 6-2-2019 01:22 PM
Dah banyak sangat malaslah dia basuh
Itu tak apa dari malas kerja
Quote brego 6-2-2019 02:36 PM
jazaa100 replied at 6-2-2019 12:51 PM
Sekurang kurangnya dia rajin pergi kerja & ada rumah di sediakn utk pompuan tu....dia malas basuh  ...

sapa suruh kawin dengan bewak??
ada yang elok, bewak jugak yang di pilih utk di jadi kan laki.
salahkan diri sendiri yang bongok pilih konsep asalkan berlaki.

Quote glump 6-2-2019 03:02 PM
Ada jantan. Malas nk cuci underwear,terus berenti pakai underwear.
Quote armin 6-2-2019 06:31 PM
Laku kilang stokin kalau ramai lelaki mcm ni
Quote Miming2 6-2-2019 10:01 PM
Errr cant imagine the smell.. Dah lah a year di pile up kan dlm rumah... Kalau malas nak cuci sgt buang sjalah kat tong smpah.. Yew..
Quote onexox97 6-2-2019 10:10 PM
Maksudnya dia pembersih la
Tak ulang stokin
Quote drivethru 6-2-2019 10:49 PM
Bau ikan kering...
Quote eizarz 6-2-2019 11:31 PM
only in china...
Quote Artemesiaa 7-2-2019 12:51 PM
Ok ler tu boleh pakai sepasang yang baru tiap hari.  Dah pakai terus buang tak perlu nak fikir kena basuh ke hapa dan tak perlu bimbang kena pakai stokin busuk lagi.  Lagi pun kat sana stokin kan murah2 jer.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047049s Gzip On
    To Top