Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tanpa Khidmat Perunding Antarabangsa, Najib Razak Kini Tokoh Politik Tanah Air Paling Popular?

Oleh: lokmanmustafa|7-2-2019 11:58 AM Komen: 35
Sejak membuat penampilan menggunakan slogan "Malu Apa Bossku", bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini muncul selaku pemimpin politik paling popular di Malaysia dengan setiap hantaran beliau di Facebook mendapat puluhan malah ratusan ribu sukaan.

Ketika artikel ini ditulis, hantaran yang menunjukkan beliau sedang menjamah nasi lemak bungkus ketika mengunjungi Pulau Langkawi pada 2 Februari lalu mendapat 110,000 sukaan

Hantaran tersebut turut diiringi kapsyen, "Dah breakfast ke? Hidup ini sebenarnya simple saja. Kalau lapar, makan. Kalau dahaga, minum. Kalau rindu, cakap. Kalau sayang, beritahu. Kenapalah nak complicated sangat?"

Foto: Facebook
Sebelum itu, ramai pemerhati politik berpandangan bahawa kunjungan Najib ke Langkawi ibarat melangkah masuk ke dalam kandang harimau.

Ini kerana Langkawi merupakan kubu kuat Pakatan Harapan di mana kerusi parlimen di situ dimenangi Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Namun sebaik sahaja ahli parlimen Pekan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, pengikut-pengikut Najib tidak putus-putus mengiringi ke setiap destinasi yang dikunjungi beliau.

Malah keadaan hampir menjadi tidak terkawal apabila para pengunjung pasar malam di Kuah mengerumuni Najib untuk bersalam serta berswafoto dengan beliau yang sedang mencari apam balik.

Tergugat dengan kehadiran bekas Perdana Menteri itu, beberapa pihak daripada PPBM Langkawi telah membuat laporan polis berikutan program swafoto bersama Najib yang berlangsung di Dataran Cenang tanpa permit.

Lonjakan populariti Najib Razak hari ini dikatakan bermula dengan slogan Malu Apa Bossku.

Slogan tersebut mula trending apabila Najib memuat naik gambar beliau menunggang motosikal Yamaha Y150 dengan nombor plat 8055KU (BOSSKU) di Facebook.

Dahulu, Najib sering digambarkan sebagai pemimpin dari kelas bangsawan namun kini beliau tampil dengan imej sederhana serta menyantuni golongan belia.

Ketika di Langkawi, beliau memilih untuk menginap di Delta Motel Cenang berbanding di hotel mewah seperti St. Regis Langkawi.

Selain itu, beliau kelihatan selesa duduk di kerusi penumpang hadapan teksi yang dipandu saudara Hazlizan Abu Bakar.

Menariknya, fenomena Malu Apa Bossku ini terhasil tanpa penglibatan perunding antarabangsa yang didakwa sering digaji kerajaaan Barisan Nasional yang dipimpin Najib dari April 2009 hingga Mei 2018.

Menurut portal berita Sarawak Report, antara perunding yang mendapat kontrak kerajaan termasuklah Paul Stadlen yang kini dikehendaki Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan skandal 1MDB.

Selaku peneraju pejabat Apco Worldwide di Malaysia, Stadlen turut didakwa memperoleh jutaan ringgit bagi mengurus operasi media dan perhubungan awam Najib ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, kerajaan menafikan dakwaan bahawa Stadlen dibayar gaji, elaun ataupun upah oleh kerajaan Malaysia.

Melihat kepada hantaran di Facebook yang dilakukan sendiri oleh Najib hari ini, ramai berpendapat bahawa beliau sememangnya tidak perlukan khidmat perunding perhubungan awam antarabangsa untuk melonjakkan populariti. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
5
Sedih
2
Lawak
4
Bosan
4
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote shida81 13-2-2019 08:03 PM
Alahai.. Klu ko pembangkang mmg popularity ko mencanak2 pas ko jd pemerintah ko la yg pling hina.... Kat msia klu nk di sayang jdlah pembangkang... Tetiba smua yg ko buat org tepok tgn wpun dulu di ludah...

Lain-lain Komen

Quote tobby 7-2-2019 12:08 PM
Terpinga2 menteri PH kenapa najib disanjung rakyat selepas 9 bulan manifesto kencing pakatan harapan
Quote harizs 7-2-2019 12:12 PM
Beza page tokdet vs page najib. Page tokdet 48 jam cuma dpt 300 like. Page najib baru 5 minit dah 3k like !!
Quote harizs 7-2-2019 12:15 PM
Fenomena komen2 netizen di page Tun Det skrg ni...
Quote sepiITUindah 7-2-2019 12:28 PM
tanpa khidmat teman sekatil
Quote MadameOnion 7-2-2019 12:28 PM
malu apanya bosskurrrr
Quote CharlesDera 7-2-2019 12:39 PM
harizs replied at 7-2-2019 12:12 PM
Beza page tokdet vs page najib. Page tokdet 48 jam cuma dpt 300 like. Page najib baru 5 minit dah 3k ...

poie caj batteri....bateri ekau nak habih dah tu...wakakakakakakakak
Quote tobby 7-2-2019 12:43 PM
MadameOnion replied at 7-2-2019 12:28 PM
malu apanya bosskurrrr

Makin sendu page mahathir & mukhriz skrg ni
Quote sepiITUindah 7-2-2019 01:01 PM
jadi sape PM la ni??
Quote aHoi83 7-2-2019 01:03 PM
Kak mah tknak buat page fb n IG ke?
Quote kambinggila 7-2-2019 01:07 PM
#maluapabosskur ehehe
Quote tobby 7-2-2019 01:08 PM
Apa fungsi TPM wanita pertama tu selain dari main kipas ?
Quote tobby 7-2-2019 01:08 PM
Apa fungsi TPM wanita pertama tu selain dari main kipas ?
Quote mawar_mustika 7-2-2019 01:18 PM
k.mah mana skrg??? dh lama tak tgk die...rindu plak huhuhu
Quote zorrro_03 7-2-2019 01:32 PM
CharlesDera replied at 7-2-2019 12:39 PM
poie caj batteri....bateri ekau nak habih dah tu...wakakakakakakakak

dan dan suruh caj bateri...  wakakaka




Quote akakmasihvogue 7-2-2019 01:43 PM
Taktik PH buat fitnah jer .sekarang BN dah pandai main strategi

Quote relaxjek 7-2-2019 02:17 PM
go DSN go.. kami mahu fakta.. bukan auta.. biar PH kalah di semenyih..

PH panas hati sebab fakta,
rakyat ditipu dgn auta.

siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap auta lama2 mencuri.
Quote nusaraya 7-2-2019 02:48 PM
Hahaha... bodohnya....perompak dan raja rasuah Malaysia masih tetap jadi idola orang banyak....betol-betol bahlul....
Quote DollahRepek 7-2-2019 02:54 PM
Pembangkang mmg akan menjadi lebih popular dari pemerintah. It's normal bebeh
Quote akusukaq 7-2-2019 03:25 PM
kuasa dan duit ditgn atuk dan skutu lawan lah balik. upah je pakar2 tersohor. lawan balik dgn fakta kalu mampu . takut apa dgn bossku

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.098023s Gzip On
To Top