Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Jom Kenali Nama Lebuh Raya Di Lembah Klang! Mana Satu Anda Selalu Guna?

4-2-2019 11:17 AM|Oleh: hafiz.ahmad| Komen: 17

Kawan 1: Weh dekat mana tu? Lamanya.

Kawan 2: On the way dah ni, dekat MEX.

Kawan 1: MEX? Dekat mana tu?



 
Pernahkah anda alami situasi di atas? Tahu nama lebuh raya, tapi tidak tahu lokasi dan ke mana arah tujunya. Jangan risau, anda tidak keseorangan. 

Sebenarnya ramai yang masih tidak tahu nama-nama lebuh raya di sekitar Lembah Klang dan lokasi yang dihubungkan oleh lebuh raya tersebut. Jom kenali nama-nama lebuh raya di Lembah Klang seperti dikongsi TheLorry.com!


1. KESAS

 
Sumber Gambar: The Lorry

Lebuhraya Shah Alam, KESAS menghubungkan pusat industri dan pusat penempatan di sekitar Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Cheras, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.


2. LDP

 
Sumber Gambar: The Lorry

Lebuhraya Damansara-Puchong atau nama singkatannya LDP menghubungkan kawasan Damansara dan Puchong. Lebuh raya sepanjang hampir 40 kilometer (km) ini menyediakan kemudahan untuk mengakses lebuh raya lain di Lembah Klang seperti Federal Highway 2, New Pantai Espressway (NPE) dan MRR2.


3. NPE

 
Sumber Gambar: The Lorry

New Pantai Espressway (NPE) atau dalam bahasa Melayu yang bermaksud Lebuh raya Baru Pantai menghubungkan Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Bandar Sunway. Tujuan utama pembinaan lebuh raya ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di Federal Highway.


4. SPRINT

 
Sumber Gambar: The Lorry

Lebuhraya SPRINT terbahagi kepada tiga iaitu Kerinchi Link, Damansara Link dan Penchala Link. Lebuh raya sepanjang 26.5 km ini menghubungkan bandar Kuala Lumpur sehingga ke Petaling Jaya dan Damansara.


 5. MEX

 
Sumber Gambar: The Lorry

Maju Expressway yang dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur-Putrajaya Expressway (KLPE) menghubungkan kawasan Kuala Lumpur ke Putrajaya dan juga KLIA. Mereka yang selalu menaiki penerbangan pasti selalu menggunakan lebuh raya ini.


 6. LATAR

 
Sumber Gambar: The Lorry

LATAR atau Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway mempunyai jalan sepanjang 32 km yang menghubungkan Ijok di Kuala Selangor sehingga ke Templer Park, Rawang. Lebuh raya ini terkenal dengan harga tol yang sangat mahal! Nak buat macam mana kalau dah terpaksa digunakan, kan?


 7. LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

 
Sumber Gambar: The Lorry

Lebuhraya Persekutuan atau Federal Highway menghubungkan bandar Kuala Lumpur dan Klang. Lebuhraya ini bermula dari Seputeh di Kuala Lumpur sehingga ke Klang, Selangor. Ia juga merupakan lebuh raya paling sesak di Lembah Klang.


8. MRR2

 
Sumber Gambar: The Lorry

Siapa saja yang tidak mengenali MRR2? Lebuh raya yang sentiasa sesak tidak kira pagi atau malam. Kuala Lumpur Middle Ring Road 2 (MRR2) mempunyai jalan sepanjang 65 km turut menghubungkan antara beberapa lebuh raya lain.

Jadi, lebuh raya mana yang selalu anda lalu? Lepas dah baca artikel ini jangan sesat lagi pula! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Previous : Symbolics.Com - Antara Domain Tertua Di Internet

Next       : Selepas Marks And Spencer, Giliran Nike Diselar Kerana Corak Mirip Kalimah Allah

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-2-2019 03:54 PM
kucingitam replied at 7-2-2019 12:03 PM
masuk smart tunnel rasa macam keluar dunia lain lepas tu.. lost gila!

Itu belum masuk vokuru tunnel mahu koma sebulan

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 4-2-2019 12:26 PM
semua pernah guna..
termasuk NKVE, DUKE, PLUS, LKSA, AKLEH, grandsaga, besraya, smart..
banyak no berjalan..
Quote cahaya_almas 4-2-2019 12:32 PM
Semua i guna...kdg2 bkn nk guna pn tp sbb sesat...haha.....salah masuk susur...huhu...tp latat hway tu mmg sunyi kan...kalau i drive jrg lalu mlm2..somi drive tkpe....jln baru yg ikut rawang tu i belum lalu..yg tinggi tuuu...
Quote CiliPadiSedap 4-2-2019 12:33 PM
kenapa tak masuk smart tunnel? itu pun highway paling canggih bawah tanah keluar2 nampak klcc
Quote mdhelmi 4-2-2019 12:59 PM
aku hari2 lalu SILK
Quote NmeeraR 4-2-2019 02:57 PM
boleh dikatakan semua lebuhraya iuols guna. hahah.. cuma nak ke sepang /klia jarang guna
Quote chinta89 4-2-2019 04:30 PM
naik grab je senang sb ak susah nk kenal jln kalau drive sorang2
Quote moonbug 4-2-2019 06:28 PM
NKVE, DUKE, AKLEH, SILK, LKSA, BESRAYA, SUKE (coming soon)
Quote musafir_665 5-2-2019 11:48 AM
sbgai non KL, aku nak tnya mana MRR1? klu ada MRR2 mana yang no 1??
Quote mziskandar 5-2-2019 12:17 PM
LATAR best.
Reload x pernah tutup.
Adik2 yg jaga tol baik2, kemas n rapi, comel2 n hansem2.
Scenery cantik.
Quote orgsepang 5-2-2019 01:49 PM
Semua dah lalu tapi tak suka smart tunnel sebab rasa sempit dan rendah. Kawan akak pernah sangkut dalam tu lebih satu jam sebab ada kemalangan sampai akak kena mesyuarat sendirian. Sejak tu akak boikot smart tunnel sebab pernah menyusahkan akak. Tengok berapa banyak sebabnya
Quote LoveSungmin 5-2-2019 03:13 PM
musafir_665: sbgai non KL, aku nak tnya mana MRR1? klu ada MRR2 mana yang no 1??

ada je MRR1.. jalan tun razak, jalan istana tu termasuk dalam MRR1 la..
Quote carisha 5-2-2019 05:09 PM
Selalu guna PLUS & DUKE. Sometimes pakai je semua highway ni, ikut keadaan traffic.
Quote vanilacup 6-2-2019 08:39 AM
Duke lorr ...Kalau nak ke Shah Alam baru guna Latar...
Quote Iris. 6-2-2019 11:07 AM
Duke sebelah rumah i je
Keluar rumah je kena bayar tol
Quote matchstick 6-2-2019 08:02 PM
Umah aku di apit besraya n plus..mex, kesas, mrr2, silk dan highway bkt jalil semua dlm 5km radius drpd umah. Tp aku gi keja x perlu lalu tol
Quote kucingitam 7-2-2019 12:03 PM
CiliPadiSedap replied at 4-2-2019 12:33 PM
kenapa tak masuk smart tunnel? itu pun highway paling canggih bawah tanah keluar2 nampak klcc

masuk smart tunnel rasa macam keluar dunia lain lepas tu.. lost gila!

Quote CiliPadiSedap 7-2-2019 03:54 PM
kucingitam replied at 7-2-2019 12:03 PM
masuk smart tunnel rasa macam keluar dunia lain lepas tu.. lost gila!

Itu belum masuk vokuru tunnel mahu koma sebulan

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043839s Gzip On
    To Top