Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Hari Keluarga Anda Selalu Bosan? Nah, 8 Idea Game Yang Seronok Gila

11-2-2019 12:59 PM|Oleh: hafiz.ahmad | Komen: 1

Majoriti dari kita mesti pernah bercuti bersama keluarga besar untuk meraikan hari keluarga? Perancangan hari keluarga selalunya akan dibuat setahun awal dan kutipan duit akan dibuat setiap bulan. 

Pada hari tersebut, ahli keluarga akan keluar berjalan-jalan, berehat di hotel dan ada juga yang bermain permainan. Rasanya main permainan di antara ahli keluarga paling best kan? Waktu bila lagi anda boleh bergelak ketawa dan kalahkan sepupu kan?

 

 


Permainan pada hari keluarga yang terkenal seperti cari gula-gula dalam tepung dan bawa bola ping pong atas sudu kadangkala terasa seperti bosan dan hanya sesuai untuk kanak-kanak. Jadi di sini kami senaraikan 8 permainan untuk hari keluarga yang best, enjoyable dan yang paling penting, sesuai untuk pakcik makcik  yang dah tua!


1. Pistol Air

Untuk permainan ini, anda hanya perlukan bola dan pistol air (pastikan pressure air kuat). Rasanya daripada gambar pun korang dah faham kan? Bola siapa sampai dulu dia menang!

 



2. Teka Perkataan


Game ni siapa je yang tak tahu kan sekarang? Kadang-kadang tengah lepak mamak pun boleh main. Untuk game ni, korang kena lakonkan atau bagi hint tentang perkataan di dahi pemain. Antara apps yang ada game ini adalah Heads Up! dan CharadesApp.

 

 

 


3. Lari Dalam Plastik Sampah

Masihkah korang ingat permainan lari dalam guni masa sukaneka dulu? Permainan ini menggunakan konsep yang sama tetapi plastik sampah sebagai sarungnya. Sambil lari tu, jangan lupa tolak orang sebelah!

 



4. Tarik Tali Individu

Permainan ini berbeza dengan permainan tarik tali normal yang memerlukan ramai orang dan tenaga yang banyak. Apa yang anda perlukan adalah tali yang panjang dan bangku kecil. Cara permainannya pula adalah, tarik tali itu sehingga pihak lawan jatuh dari bangku. Tapi tidak semudah itu, tricknya adalah korang boleh lepaskan genggaman tali itu dan buatkan pihak lawan jatuh semasa menarik tali. Hati- hati!




5. Pijak Belon

Untuk permainan ini, ikat belon di pergelangan kaki anda.  Anda hanya perlu letupkan belon pihak lawan dengan memijak dan lindungi belon korang sendiri. Jangan terpijak kaki pula ya!



6. Seimbangkan Baldi

Kerjasama amatlah diperlukan untuk game ni. Caranya adalah dengan mengikat tali di sekeliling baldi dan semua orang memainkan peranan untuk menjatuhkan bola ke dalam tempat yang disediakan.



7. Lumba Lari Berpasangan

Untuk yang ini pula, ikat kaki kanan dan kiri dua orang dan mereka perlu berlari sehingga ke garisan penamat. Siap sedia jika ada yang jatuh!




8. Jatuhkan Botol

Permainan ini agak mudah dan menarik. Anda hanya perlukan bola tenis dan sarung kaki wanita (atau apa-apa yang sama). Ikat sarung kaki itu di kepala dan jatuhkan botol air sebanyak mungkin. Jangan terhantuk kepala pula ya.

 


Tunggu apa lagi? Share di group WhatsApp family sekarang! -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 1
Komen

Previous : Adik-beradik Kahwin Sesama Sendiri Untuk Dapatkan Visa

Next       : 10 Tanda Anda Penagih Telefon Yang Kronik, No 1 Paling Kerap Berlaku...

Komen Terbaru

Quote wanzhm93 11-2-2019 07:49 PM

Info yang menarik

Lain-lain Komen

Quote wanzhm93 11-2-2019 07:49 PM

Info yang menarik

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046698s Gzip On
    To Top