Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

11 Keseronokan Di Sanrio Hello Kitty Town, Buat Kanak-Kanak Dan Penggemar Hello Kitty Naik Gila!

1-2-2019 12:29 PM|Oleh: nameera| Komen: 7

Sanrio Hello Kitty Town adalah sesuatu yang perlu dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana ia adalah bandar Hello Kitty pertama di luar dari Jepun. 

Ia merupakan bawah pengurusan Theme Attraction iaitu syarikat yang turut menguruskan KidZania Kuala Lumpur. 

Kredit foto:Google
Lokasinya juga hanya lebih kurang 10 minit sahaja dari Taman Tema Legoland Malaysia.
 
Sanrio Hello Kitty Maps

 Kredit foto: www.puteriharbour.com
Untuk itu, ini 10 fakta menarik mengenai Sanrio Hello Kitty Town.

1. Seperti berada di dunia Hello Kitty

Kredit Foto : Google
Di sini, "si penggemar Hello Kitty"  boleh rasakan sendiri bagaimana berada di dunia Hello Kitty. Anda berpeluang menjelajahi rumah Hello Kitty dan rasakan keseronokannya di Hello Kitty House. Bahkan, ada aktiviti menarik seperti mencari petunjuk yang tersembunyi sebagai tugas yang perlu diselesaikan.

Kredit Foto : Google

2. Sanrio Hello Kitty Town dibuka setiap hari kecuali hari Selasa

Kredit foto: Google
Tiada yang perlu dirisaukan mengenai hari sesuai untuk berkunjung ke sini. SHT di buka pada setiap hari dari jam  10 pagi hingga 6 petang (kecuali Hari Selasa di TUTUP). Namun begitu,  bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina ini, SHT akan beroperasi pada hari Selasa.

3. Menonton meet and greet, mini show, dan perarakan bersama Hello Kitty dan watak Sanrio yang lain

Kredit foto: Google
Meet and greet ini diadakan setiap hari kecuali hari Selasa di kawasan Dream Photo Garden. Jadualnya  bergilir-gilir di antara Hello Kitty, My Melody, dan Bad Badtz-Maru bermula dari pukul 11.00 pagi  hingga pukul 4.00 petang.

Selain itu, pameran mini juga diadakan di kawasan Purrfect Stage setiap hari pada jam 1 petang (hari kerja) atau pukul 2 petang (hujung minggu dan cuti sekolah.

4. Pengembaraan bersama Hello Kitty di Hello Kitty OZ

Kredit foto: Google
Pernah anda menonton filem The Wizard of OZ? Filem yang dikeluarkan pada tahun 1939 (sudah tentu kita semua belum dilahirkan) adalah salah satu filem terbaik abad ke-20 dan telah diulang beberapa kali.


Di Sanrio Hello Kitty, anda akan dijemput untuk bercuti dengan Dorothy penyihir besar OZ dan rakan-rakannya dengan latar belakang beberapa tahun selepas mereka berjaya mengalahkan Witch Wicked Barat dan perlu berjuang melindungi negaranya dari pemusnah.

Untuk itu,  peserta perlu mendapatkan peranti dan mesti digunakan apabila memulakan cabaran untuk menyelesaikan empat cabaran dalam lima belas minit untuk dapat kembali Tanah Oz dan juga membawa cenderahati rumah. Menarik bukan?

5. Melakukan pelbagai aktiviti "feminin" di Wishful Studio

Kredit foto: Google
Di Wishful Studio,  Anda dapat melakukan beberapa aktiviti seperti Jewellery Making, Costume Dress Up sambil mengambil gambar dengankostum Hello Kitty dan watak Sanrio yang telah disediakan.

Kredit foto: Google
Kemudian di Cookie Studio, anda boleh menghias cookies  berbentuk kepala Hello Kitty sesuai mengikut keinginan anda dan setelah itu boleh memakannya.


6. Mengingati nostalgia zaman kecil dengan menaiki Tea Cup Rides

Kredit foto: Google
Mengenang masa kecil sambil duduk riang di dalam cawan teh bergambar Hello Kitty yang berjalan dan berputar-putar. 

7.  Singgah sebentar di The Cinnamoroll Caf dan Red Bow Cafe yang penuh gaya watak Sanrio dan Hello Kitty

Kredit foto: Google
Nikmati makanan enak bertemakan Cinnamoroll dan Hello Kitty di dua cafe ini. Antara menu yang menarik  adalah nasi lemak Hello Kitty, Nasi Goreng Hello Kitty, Waffle Hello Kitty dan banyak lagi.

Kredit foto: Google

8. Jangan lupa membeli belah di Official Hello Kitty Marchandise Store

Kredit foto: Google
Di sini anda boleh membeli semua jenis barangan Hello Kitty seperti anak patung, botol air, baju t-shirt, baju sejuk, cawan, beg, set alat makan, kotak makan tengah hari, kotan pensil, dan sebagainya.

9. Masih tak boleh 'move on? dengan Hello Kitty?
 Apa kata anda menginap di Jen Hotel dan menempah bilik bertemakan Hello Kitty

Kredit foto: Google
Jen Hotel sebuah hotel mempunyai satu kompleks dengan dengan Sanrio Hello Kitty Town. Jika anda mempunyai bajet lebih, apa kata anda cuba menginap di bilik hotel bertemakan Hello Kitty yang berada di sini. Terdapat pelbagai jenis saiz bilik yang pasti menepati citarasa anda.

Kredit foto: Google

10. Nikmati keseronokan di Thomas Town Activities Park

Kredit foto: Google
Bawa anak-anak dinikmati keseronokan dengan bermain permainan seperti Bertie The Bus, Sodor Windmill Ride, Colin Crine Drop Ride dan banyak lagi.

Kredit foto: Google
Anda juga boleh membeli cenderamata bertemakan Thomas dan menjamu selera di McBunn Caf yang diinspirasikan dari  TV Siri Thomas & Friends di Crosby sebuah bandar kecil di Pulau Sodor.

10. Bermain bersama Barney, Angelina Ballerina, Bon Builder, Pingu

Kredit foto: www.puteriharbour.com
Dah ada yang pernah berkunjung ke sini ke? Bagi yang belum, apa tunggu lagi.. Harga serendah RM85 dan mengikut pakej yang anda inginkan. Untuk makluman lanjut boleh layari: Sanrio Hello Kitty Town  -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Previous : Misteri Hutan Aokigahara Yang Menyeramkan. Pemandangan Cantik Tapi..

Next       : Apa Istimewanya Brunei Darussalam? 7 Perkara Menarik Yang Anda Boleh Buat Di Negara Kecil Ini

Komen Terbaru

Quote yayangmama 14-2-2019 11:51 AM
pegi dah 2x, sekali pergi 2.2 park, kali ke 2 pergi tpt thomas je

better masuk time dia buka, balik smpai lah kul 5 hehe, berbaloi

Lain-lain Komen

Quote moonbug 1-2-2019 12:30 PM
Little girls' haven
Quote Nana_Man 1-2-2019 03:29 PM
Dah pegi... best sgt... budak2 suka. Mak dia pun suka...
Quote Artemesiaa 1-2-2019 03:57 PM
Cuti CNY ni mesti ramai bawak anak2 mereka kesana
Quote Iris. 3-2-2019 12:02 PM

Dah pernah pergi and i love the cookies.. Sedap kat tekak i
Quote korokure 4-2-2019 09:42 AM
Alamak, ni memang favourite anak-anakku..silap2 tak mau balik bila pegi sini. hihi
Quote jpbstarlife 12-2-2019 10:11 AM
bestnyaaa kalau dpt pegi....
Quote yayangmama 14-2-2019 11:51 AM
pegi dah 2x, sekali pergi 2.2 park, kali ke 2 pergi tpt thomas je

better masuk time dia buka, balik smpai lah kul 5 hehe, berbaloi

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043251s Gzip On
To Top