Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Annabelle Hokkaido', Kisah Patung Berhantu Kekal Misteri Hingga Hari Ini

31-1-2019 11:00 AM|Oleh: The Queen| Komen: 4

Setiap ceruk di dunia ini pasti ada kisah misteri setempat yang diceritakan dari satu generasi ke satu generasi. Begitu juga di Jepun, sebuah negara yang dikatakan penuh dengan kejadian aneh dan misteri yang masih tidak dipastikan kesahihannya.

Kisah misteri patung berhantu ala Annabelle ini menjadi salah satu kisah mistik dan misteri bagi penduduk di Hokkaido, Jepun.
Patung yang diberi nama Okiku ini seakan hidup kerana rambutnya dikatakan tumbuh dari masa ke semasa seperti rambut manusia! Dan sehingga kini dikatakan rambutnya sudah mencecah lutut! Seramnya!


kredit foto : freemalaysiatoday.com

Kisah "the haunted doll of Hokkaido" ini bermula pada 1918 apabila seorang remaja lelaki bernama Eikichi Suzuki membeli patung mainan tersebut untuk diberikan kepada adik perempuannya, Kikuko yang ketika itu berusia 3 tahun. 

Kikuko sangat suka pada patung itu dan sentiasa membawanya ke mana-mana dia pergi dan tidur dengannya setiap malam sehinggalah Kikuko meninggal dunia akibat serangan selesema akut. 

Pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula melanda keluarga tersebut sehinggalah mereka memutuskan untuk menyimpan patung itu di sebuah kuil kecil.

Mereka mula berdoa pada patung tersebut kerana menganggap patung itu mempunyai semangat Kikuko yang telah meninggalkan mereka.

Rambut anak patung itu tumbuh seperti rambut manusia dan menjadi semakin panjang, namun para sami sentiasa memotongnya dan kini rambutnya berada pada paras lutut. 

Dikatakan, salah seorang sami pernah bermimpi Okiku sendiri yang menyuruh rambutnya dipotong.


kredit foto : freemalaysiatoday.com

Sesetengah sumber mengatakan, pemeriksaan saintifik mendapati rambut patung itu sememangnya rambut manusia sebenar! Dan jika diperhatikan secara dekat, mulut patung itu sedikit terbuka dan mempunyai gigi seperti manusia! Tambah menyeramkan bukan?

Betul atau tidak kisah Okiku ini masih kekal misteri hingga ke hari ini. Pelancong yang berkunjung ke Pulau Hokkaido tidak akan melepaskan peluang untuk melihat sendiri patung di kuil tersebut. Namun, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 4
Komen

Previous : Wajah Sebenar Indonesia - Bila Sister Menyanyi Qasidah

Next       : Jom Kenali Nama Lebuh Raya Di Lembah Klang! Mana Satu Anda Selalu Guna?

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Rela Berhabis Wang Demi Ubah Muka Jadi Michael Jackson!
Topeng Kecantikan Versi Kim Jong Un Dikritik Hebat
"Jandamu Buat Hal, Kau Patut Bersyukur Putus Dengan Dia Dulu" - Kerana Emma, IG Zizan Diserang
Padah Berdiri Di Tangga, Pelajar Maut Digilis Bas Sekolah
Maut Dihentam Dengan Cangkul Kerana 'Jasa' Hubungan Sejenis Tak Dibayar
Kenapa Main Di Situ Dik? Kan Dah Kena...
Sharifah Sakinah Sindir, Michael Ang Maki Emma Maembong?
Lawatan Ke Zoo Jadi Mimpi Ngeri, Budak 2 Tahun Diserang Badak
"Biasalah Dua Lelaki Bergaduh" - Dihentam Caprice, Sajat Ada Modal Nak Balas Ke?
"Suara Nabila Razali Kenapa Macam Bodoh? Gila Kot Boleh Jadi Artis"
Budak 11 Tahun Tulis Surat, Gesa Kerajaan Haramkan Permainan PUBG
Wanita Cabul 5 Kanak-kanak Lelaki Dan Perempuan
Ugut Tumbuk Ibu Kerana Tak Masak Mi Segera, Lelaki Dipenjara 9 Bulan
Siapa Di Sebalik Kostum Doraemon Itu? Anda Mesti Sebak Bila Tahu Siapa Dia Sebenarnya...
Kenapa Buas Sangat Ni Dik...
Serang Polis Dengan Cangkul Kegiatan Jenayah Terbongkar
Pekerja Restoran Sushi Terkenal Kutip Ikan Mentah Dari Tong Sampah Untuk Buat Sushi!
5 Resume Builder Percuma Yang Anda Boleh Guna! Resume Mantap, Senang Cari Kerja!
Hati-Hati, Jangan Main Tanam Je Di Rumah. Kenali Bunga Dan Tumbuhan Beracun Ini Dulu
6 Media Sosial Paling 'Meletup' Suatu Ketika Dulu. Ingat Lagi Tak?
Stres Monyet Asyik Datang Rumah! Nah Tips Untuk Halaunya Jauh-Jauh
Maybank2u Tawar Duit Percuma Dengan Hanya Bermain Game! Baca Langkah Berikut..

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 1-2-2019 12:26 AM
Menakutkn tgk patung ni..tgk byk kali pn tetap scary.....tgk patung lain ok je...

Lain-lain Komen

Quote kaklong32 31-1-2019 11:36 AM
aku mmg x suka patung sbb selalu pikir nnt mlm2 dia hidup
Quote mizruncing 31-1-2019 12:20 PM
tak koser la nk simpan patung cm ni. slalu klu patung ckup sifat ni mmg senang nk menjelma. org kate laa
Quote mdhelmi 31-1-2019 01:32 PM
Macam sama je cerita ni
Quote salmon-suki 1-2-2019 12:26 AM
Menakutkn tgk patung ni..tgk byk kali pn tetap scary.....tgk patung lain ok je...

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043331s Gzip On
    To Top