Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Sindrom Nasi Goreng Boleh Buat Anda Terlantar Di ICU

31-1-2019 11:13 AM|Oleh: Archaiv| Komen: 197

Sumber foto: Health Sumo

Asyik makan nasi goreng, pernah tahu apa itu Sindrom Nasi Goreng? Kalau tidak, teruskan membaca dan kalau pernah tahu pun baca juga lagi.

Sindrom Nasi Goreng terjadi apabila bakteria Bacillus cereus yang membiak berganda-ganda dalam makanan seperti nasi yang telah masak, susu dan formula susu bayi terdedah pada suhu bilik dalam jangka panjang. 

Bakteria ini akan menyebabkan Sindrom Nasi Goreng jika anda memakan makanan yang terdedah itu. Kesannya pada tubuh termasuklah cirit-birit, muntah-muntah dan kekejangan pada abdomen. 

Kebiasaannya, sindrom ini boleh dirawat di rumah sahaja dengan meminum banyak air. Namun, jangan pandang enteng kerana isu ini juga tidak boleh dipandang mudah.


Sumber Foto : Next Shark

Pada Julai 2016, seorang wanita berusia 62 tahun, Germaine Mobley telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sindrom ini. 

Dia mendakwa bahawa terkena sindrom ini selepas memakan nasi goreng di sebuah restoran di luar Dallas. Berikutan itu, dia dipantau di unit rawatan rapi (ICU) selama lapan hari. Seorang pakar kulinari, Celeste Rogers menjelaskan bahawa;

"Biasanya selepas memasak nasi, kita akan tinggalkannya dengan suhu bilik untuk menyejukkannya. Dalam tempoh masa itu kita dapat perhatikan bahawa nasi tersebut mengambil masa paling lama adalah enam jam untuk menyejukkannya." katanya dalam temubual bersama Inside Edition.

Celeste Rogers juga menasihatkan kepada sesiapa yang ingin menggoreng nasi dan ingin menyejukkannya dengan cepat, nasi perlu dihamparkan pada permukaan yang rata dan besar. Bila sudah sejuk, ramuan yang lain bolehlah dimasukkan bersama dan dimasak.

Jadual di bawah daripada laman sesawang Food Safety yang telah diterjemahkan ke bahasa Malaysia.



Berjumpa dengan doktor jika keadaan berterusan. Justeru, peringatan kepada anda yang suka makan nasi sejuk dan memasak nasi goreng, pastikan makanan kita selamat dan bersih jika tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana Sindrom Nasi Goreng. - CARI

Sumber Rujukan: Inside Edtion, ncbi, wikipedia, Food SafetyHealth Sumo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 197
Komen

Previous : Awas! Tali Leher Sebenarnya Tidak Baik Untuk Kesihatan

Next       : Nak Kurangkan Berat Badan? Jom Cuba Teh Pudina

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Rela Berhabis Wang Demi Ubah Muka Jadi Michael Jackson!
"Jandamu Buat Hal, Kau Patut Bersyukur Putus Dengan Dia Dulu" - Kerana Emma, IG Zizan Diserang
Padah Berdiri Di Tangga, Pelajar Maut Digilis Bas Sekolah
Maut Dihentam Dengan Cangkul Kerana 'Jasa' Hubungan Sejenis Tak Dibayar
Kongsi Gambar Aidil Zafuan Untuk #10yearschallenge, Rita Rudaini Tak Hormat Bekas Suami?
Kenapa Main Di Situ Dik? Kan Dah Kena...
Sharifah Sakinah Sindir, Michael Ang Maki Emma Maembong?
Lawatan Ke Zoo Jadi Mimpi Ngeri, Budak 2 Tahun Diserang Badak
"Biasalah Dua Lelaki Bergaduh" - Dihentam Caprice, Sajat Ada Modal Nak Balas Ke?
"Suara Nabila Razali Kenapa Macam Bodoh? Gila Kot Boleh Jadi Artis"
Budak 11 Tahun Tulis Surat, Gesa Kerajaan Haramkan Permainan PUBG
Wanita Cabul 5 Kanak-kanak Lelaki Dan Perempuan
Ugut Tumbuk Ibu Kerana Tak Masak Mi Segera, Lelaki Dipenjara 9 Bulan
Siapa Di Sebalik Kostum Doraemon Itu? Anda Mesti Sebak Bila Tahu Siapa Dia Sebenarnya...
Kenapa Buas Sangat Ni Dik...
Serang Polis Dengan Cangkul Kegiatan Jenayah Terbongkar
Menakutkan, Makin Ramai Manusia 'Menelan' Plastik?!
Nak Kurangkan Berat Badan? Jom Cuba Teh Pudina
Dah Mandi Pun Masih Bau Busuk? Fakta Mengenai Bau Badan Yang Perlu Anda Tahu..
Zamani Hidap Skoliosis. Jangan Ambil Mudah, Anda Juga Mungkin Salah Seorang Penghidapnya
"Anak Saya Tak Ambil Vaksin, Okey Je..." - Mengapa Masih Wujud Antivaksin?
Awas! Kucing Juga Boleh Dijangkiti Virus Rabies!

Komen Terbaru

Quote Archaiv 6-2-2019 04:10 PM
None68 replied at 6-2-2019 02:16 PM
Membawang plak acik omputih ni..dah la bukan makanan ruji dia..ntah x reti masak nasi ke apa..kot je ...

Terima kasih baca.

Lain-lain Komen

Quote sinalegna 31-1-2019 11:18 AM
Go away la mat saleh.. take that damn white culture back with you

First u reject palm oil & now this? Too much already
Quote Archaiv 31-1-2019 11:26 AM
sinalegna replied at 31-1-2019 11:18 AM
Go away la mat saleh.. take that damn white culture back with you

First u reject palm oil & now t ...

Terima kasih baca.
Quote akakdendeng 31-1-2019 11:33 AM
kt makan nasi goreng seminggu 2,3 kali kot...insyaallah tak ada apa2...
Quote seri_mawr 31-1-2019 11:36 AM
makan nasi goreng ada telur lalat mmg boleh sakit perut...

hahahhaha
Quote Archaiv 31-1-2019 11:42 AM
seri_mawr replied at 31-1-2019 11:36 AM
makan nasi goreng ada telur lalat mmg boleh sakit perut...

hahahhaha

Terima kasih baca. Hahaha...  Memanglah.  
Quote Archaiv 31-1-2019 11:43 AM
akakdendeng replied at 31-1-2019 11:33 AM
kt makan nasi goreng seminggu 2,3 kali kot...insyaallah tak ada apa2...

Terima kasih baca.  InshaaAllah tak apa2. Jaga kesihataan ya!
Quote misc 31-1-2019 11:46 AM
seri_mawr replied at 31-1-2019 11:36 AM
makan nasi goreng ada telur lalat mmg boleh sakit perut...

hahahhaha

geli aaaaa
Quote bulan_gerhana 31-1-2019 11:50 AM
iiols x bole telan dan nasi goreng.. x tau nape... mcm dah tahap boring gilller

kalo iols buat anak2 je yg mkn.. iols rela makan nasi putih dgn telur goreng cincai hehehhe fuh best gille kot
Quote PristineOne 31-1-2019 11:51 AM
Pokchik idup dari kechik sampai.dah nak pencen....hantam nasik goreng pagi petang....hidup pulak....sihat jugak

Kawen dua lagik

Quote Archaiv 31-1-2019 11:56 AM
bulan_gerhana replied at 31-1-2019 11:50 AM
iiols x bole telan dan nasi goreng.. x tau nape... mcm dah tahap boring gilller

kalo iols buat a ...

Terima kasih baca.  Interesting... Memang dari dulu macam ni ka?
Quote Archaiv 31-1-2019 11:58 AM
PristineOne replied at 31-1-2019 11:51 AM
Pokchik idup dari kechik sampai.dah nak pencen....hantam nasik goreng pagi petang....hidup pulak.... ...

Terima kasih baca.  Wahhh... Nak contohi pakcik la.. Hehehe
Quote dua_chzy 31-1-2019 12:01 PM
Edited by dua_chzy at 31-1-2019 02:45 PM
sinalegna replied at 31-1-2019 11:18 AM
Go away la mat saleh.. take that damn white culture back with you

First u reject palm oil & now t ...


Khen? Sebab kebabian depa la, wujudnya terma CHINESE RESTAURANT SYNDROME hanya karna sekor kokesen jatuh sakit after makan kat restoren Cina dan tudoh MSG dalam makanan penyebab heshe sakit hingga satu dunia pircaya dan mengangkat ia menjadik satu penyakit siap masuk dalam buku teks Sains lokal dedolu padehal TAKDA DIBUKTIKAN PON BETUL KA MAKANAN CINA TU YANG BUAT KOKESEN BODO TU SAKIT dan karna depa juga la AJINOMOTO DIPANDANG KEJI hingga ke hari ini!

https://www.google.com/amp/s/amp ... -unfairly-demonised

Quote shamsadis 31-1-2019 12:13 PM
maybe the restaurant use old days rice , and then they blame nasi goreng
Quote mizruncing 31-1-2019 12:19 PM
seram plak baca. dh la selalu buat nasi goreng
Quote Archaiv 31-1-2019 12:20 PM
shamsadis replied at 31-1-2019 12:13 PM
maybe the restaurant use old days rice  , and then they blame nasi goreng

Terima kasih baca. Berkemungkinan. Sebabnya doktor pun sahkan puncanya daripada nasi goreng yang dimakannya di restoran tersebut. Bakteria B. Cereus memang terdapat dalam usus pesakit. Cuma restoran nafikan perkara tersebut. Cuma kes ini ada masalah sikit,  mereka tidak tahu mengapa bakteria ini menyebabkan masalah kritikal sedangkan tempoh sakitnya sepatutnya cuma 24 jam.  
Quote haryatie 31-1-2019 12:25 PM
makan apa pun kalau x jaga kebersihan dpt penyakit
Quote Archaiv 31-1-2019 12:26 PM
mizruncing replied at 31-1-2019 12:19 PM
seram plak baca. dh la selalu buat nasi goreng

Terima kasih baca. Jangan risau sangat ya.  Asalkan kita masak dan makan cara betul, tak apa. Lagipun,  kes kritikal macam ni amatlah jarang berlaku.
Quote Archaiv 31-1-2019 12:30 PM
haryatie replied at 31-1-2019 12:25 PM
makan apa pun kalau x jaga kebersihan dpt penyakit

Terima kasih baca.  Yap,  sangat betul.
Quote jfq 31-1-2019 12:32 PM
Adoi zaman mak aku ada dulu dia masak lauk sekali belah pagi utk cover lunch and dinner
Between the 2 meals  lauk simpan dlm periuk atas dapo
Tu tak lagi ikan goreng simpan dlm gobok pak awang sambung mkn belah malam
Berpuluh tahun buat camni
Xda pulak sindron nasi goreng ni

Lihat semua komen(197)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046374s Gzip On
    To Top