Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Takut Kedatangan Ibu Bapa, Pelajar Lapor Bom Palsu Hingga Penerbangan Ditunda

Oleh: Sang_Pencinta|7-2-2019 04:31 PM Komen: 11
Sebuah penerbangan EasyJet yang berlepas dari Perancis terpaksa mendarat semula di lapangan terbang asal selepas menerima ancaman bom palsu.


Kredit foto: Mirror


Penerbangan EZY4319 yang berlepas pada minggu lalu dari Lyon ke Rennes baru sahaja memulakan perjalanan selama beberapa minit apabila pihak berkuasa menerima sebuah panggilan tidak dikenali mengatakan kemungkinan terdapat bom dalam kapal terbang tersebut.


Kredit foto: Mirror


Juruterbang kemudian terpaksa membuat pendaratan semula ke lapangan terbang Lyon, dan mendarat dengan barisan bomba dan paramedik sedia menunggu sebarang kemungkinan buruk. Bagaimanapun selepas pemeriksaan lanjut, didapati bahawa kapal terbang itu selamat dan tidak ada bom dijumpai.

Pihak berkuasa yang menyiasat panggilan itu kemudiannya mendapati panggilan itu dibuat oleh seorang pelajar berusia 23 tahun yang menuntut di Rennes. Pelajar itu memberi alasan takut akan kedatangan ibu bapanya yang merancang untuk melawatnya, lapor suratkhabar Mirror.


Kredit foto: AirNav


Polis kemudiannya menahan suspek dan mendakwanya dengan tuduhan menyebarkan berita palsu yang membahayakan keselamatan penerbangan. Beliau dijangka akan dibicarakan di mahkamah pada 21 Mei depan.

Sekiranya didapati bersalah, beliau akan menerima hukuman sehingga 5 tahun penjara dan denda hampir ASD85,000 (RM350,000). Mengulas lanjut, jurucakap EasyJet berkata keselamatan penumpang dan kru adalah keutamaan penting mereka. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote onexox97 11-2-2019 01:17 PM
Fail ke tak lulus dikk

Lain-lain Komen

Quote Catpaw 7-2-2019 04:44 PM
ingatkan budak2 tak berapa nak budak rupanya
Quote Kurex 7-2-2019 04:44 PM
Apa salahnya mak bapak datang melawat
Quote lumie 7-2-2019 04:51 PM
Nonsense. Mendapatlah kauuu
Quote Sang_Pencinta 7-2-2019 04:56 PM
Takut sangat parents

Mesti ada melakukan apa2 ni
Quote minguk 7-2-2019 04:58 PM
kenapa nak takut parents nak atang melawat? ada buat salah lettew
Quote Artemesiaa 7-2-2019 05:07 PM
Rasa boleh terlepas dari satu masaalah tapi dia lupa tindakannya tu bakal tambah masaalah baru yang lebih besar sebab tu jangan bohong buat tambah pening je
Quote Sang_Pencinta 7-2-2019 05:22 PM
Mesti result exam fail lol
Quote aleesyasofia 7-2-2019 08:09 PM
tak ada penyakit cari penyakit.. tak pasal2 kena denda masuk penjara nnt..
Quote armin 7-2-2019 10:11 PM
Ke sbb kau dah drop out senyap2 takut kantoi
Quote chinta89 11-2-2019 12:38 PM
lagi berganda menyusahkan parent!
Quote onexox97 11-2-2019 01:17 PM
Fail ke tak lulus dikk

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102074s Gzip On
To Top