Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

"Jangan Ingat Lelaki Saja Hobi Kereta" - Wanita Miliki 5 Buah Kereta Mengalahkan Lelaki

30-1-2019 04:20 PM|Oleh: Izansmart90| Komen: 24


Sering kali bila bercakap mengenai kereta, mesti semua akan kaitkan kereta dengan lelaki. Maklumlah, kebanyakan mekanik sekarang kesemuanya lelaki. Dan apabila kereta tu high performance car mesti orang kaitkan dengan lelaki adalah pemiliknya. Tetapi pada kali ini, seorang wanita yang di kenali sebagai Cik Puan Auni yang meminati kereta, sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk makeup keretanya. 

Image from Cik Puan Auni   

Ada yang bertanya? kenapa Cik Puan Auni minat dengan kereta sport dan modified keretanya dengan begitu unik sekali. Menurut Cik Puan Auni di Facebooknya, 

Uools mesti ada hobikan? Ada yang hobi dia kumpul barang makeup, ada yang hobi melancong, ada yang hobi dia suka makan, ada yang hobi pelik jenis suka mengumpat. Tapi hobi Auni ini lain sikit.
Selain makeup muka sendri, Auni suka gila makeup kereta bagi power, bagi cantik bagi unik.

Antara sebab-sebab Auni suka sport car, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak. Yang paling best part bunyi ekzos. Meleleh air liur kalau dengar. Ini antara kereta-kereta yang Auni dah beli tunai dari standart.

Dari rim tak ada yelek, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik. Bila dah tak ada benda nak dimakeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain. Ini lah hobi Auni.

Auni beli kereta tunai, Auni tak suka hutang sebab ada faedah. Biar kecil ke buruk ke janji tak hutang. Kalau tak mampu atau beban Auni tak beli.

Ini antara kereta-kereta yang Auni dapat kumpul, syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Jangan ingat lelaki saja hobi kereta, perempuan pun ada, sayalah orangnya. 

Image from Cik Puan Auni


1. Honda Civic FD 2.0 kereta pertama setelah tiga bulan buat bisnes beli tunai. Kereta ni asal standart hitam rim tak ada. Ini Auni pasang bodykit Mugen RR, buat cat Firered luar dalam, tukar rim 18. Syok tak kira masa, dah tak ada menda nak makeup Auni jual la, beli kereta baru.


Image from Cik Puan Auni 

2. BMW 350i kereta kedua, selepas jual Honda FD ini, sama juga Auni buat cat warna Grey Metal, tukar Full Bodykit M3, rim sama 18. Pakai tak lama, ada orang nak beli jual la, beli kereta nombor 3 pulak.


Image from Cik Puan Auni 


3. Kereta Chevrolet Cruze 1.8, kereta ni asal standart, warna hitam. Auni beli bodykit, beli rim 18 juga. Cat tukar warna kuning sebab minat Transfomer, cantik tak? Kereta ni sedap bawak, syok naik. 


Image from Cik Puan Auni


Pakai enam bulan, boring la tukar warna biru sebab suka pulak warna macam Subaru Empreza. Kereta ni tak jual lagi. Hmm rasa nak jual juga sebab dah beli kereta yang bawah ni.
  

Image from Cik Puan Auni 

4. Ni kereta terkini Auni, Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z, sebab apa minat kereta ni? Sebab nama dia sesuai dengan perempuan. Macam Auni, hehehe Fairlady. Kereta ni beli standart juga. Jadi Auni ubah macam dalam gambar. Kereta ni paling banyak habis duit makeup. dari tayar sampai ke cat sampai ke rim sampai ke ezxos sampai keluar lebih 15k untuk makeup sahaja. Tak jual lagi sebab sayang sangat-sangat tapi kalau nak jual nak upgrade ke GTR. Doa-doa kan la kot merasa join Group GTR.


Image from Cik Puan Auni 


5. Kereta nombor lima, Honda City 1.5 Full Spec, kereta ni beli dan hadiahkan untuk abah tersayang. Tak lupa jasa Ibu dan bah tercinta. Tips murah rezeki jangan kedekut dengan ibu bapa. Doa dan restu mereka sangat penting. Ni lah kereta-kereta Auni dan ni lah hobi Auni.


Hah! ingat orang lelaki je yang boleh minat kereta? Orang lelaki je boleh pakai kereta sport, boleh pelumba kereta yang terkenal? Perempuan pun boleh tau. Satu hari nanti, orang perempuan pun boleh jadi mekanik kereta. - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 24
Komen

Previous : Gadis Ini Berenang Bersama Jerung Gergasi. Amboi Beraninya!

Next       : Wanita Bersin Keluar Cincin Yang Hilang 12 Tahun Dulu

Komen Terbaru

Quote glump 6-2-2019 02:59 PM
Kereta adalah kenderaan yg memudahkan gerak Dr Point A ke point B. Rasanya ramai wanita  ada lbh 2 kereta,. Aku pun ada lbh 2 bertayar 4,dan selebihnya bertayar 10

Lain-lain Komen

Quote mdhelmi 30-1-2019 04:28 PM
selalu org tayang2 kereta ni nk ajak masuk biz MLM
Quote Rajawali 30-1-2019 04:43 PM
mdhelmi replied at 30-1-2019 04:28 PM
selalu org tayang2 kereta ni nk ajak masuk biz MLM

maka dari itu berhati hatilah kalian dari perangkap MLM
Quote Themilo 30-1-2019 04:53 PM
mdhelmi replied at 30-1-2019 08:28 AM
selalu org tayang2 kereta ni nk ajak masuk biz MLM

kan? i pun rasa macam tu gak.. tengah usha downline lettewww..
Quote kaklong32 30-1-2019 04:58 PM
huntong lerrr
Quote matchstick 30-1-2019 05:22 PM
Org kelantan kah sheols..
Quote fliphair8 30-1-2019 05:28 PM
Aku suka kereta tapi aku lagi suka mrt! Can do my catwalk to and from the station. Listening to my playlist while reading my book.
Quote sharlenetexas 30-1-2019 05:31 PM
Siapa dia ni?
Quote VirginLady 30-1-2019 05:38 PM
DIA BUKAN ADA 5 KETE SKALIGUSLAH..DIA PAKAI JUAL PAKAI JUAL
Quote minahsenget 30-1-2019 06:38 PM
Yg color gold tu p balik p balik jumpa.. Ehh agak lama x nampak. Pindah ka
Quote minahsenget 30-1-2019 06:40 PM
Dok loq staq ja.
Quote Sham143 30-1-2019 07:12 PM
Wow..Hebat..
Quote pearl.silver 30-1-2019 07:47 PM
Ni mesti founder kosmetik timbang kilo
3 bulan biz dah boleh bli kereta cash
Biasa fonder2 ni mesti up kisah kejayaan bli umh, kereta mhl..klu viral, sekali produk timbang kilo dia viral
Quote pearl.silver 30-1-2019 07:47 PM
Ni mesti founder kosmetik timbang kilo
3 bulan biz dah boleh bli kereta cash
Biasa fonder2 ni mesti up kisah kejayaan bli umh, kereta mhl..klu viral, sekali produk timbang kilo dia viral
Quote wallame 30-1-2019 07:58 PM
I suka keta gakkkksss
Quote mawar_mustika 31-1-2019 10:40 AM
byk benor duit die blh bli kete mcm baju...aku yg seketul ni pun menanggung 9thn
Quote Idgaf 31-1-2019 11:17 AM
kete2 yang bunyi vrum2 macam xde hari esok tu annoying ya.

kalau bawak awek jenjalan x rimas ke awek tu duk dalam kete tu.

pprt naw
Quote paz 31-1-2019 11:33 AM
Wow hobi menarik.
Quote Asdan 31-1-2019 12:03 PM

fungsi kereta serupa macam basikal sebagai alat pengangkutan
Quote matseh 31-1-2019 12:58 PM
Saluttt..
Brand kete yg ada tak de unik sangat.
Tapi tahniah, lawa plk Cruize bila di make up.

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047118s Gzip On
    To Top