Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Netizen Marah Kerajaan Batalkan Projek ECRL

Oleh: Safrie Halim|26-1-2019 12:39 PM Komen: 40
Gambar daripada Berita Harian
Pagi ini media melaporkan, Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, mengesahkan  kerajaan telah memutuskan kontrak China Communications Construction Group Ltd (CCCC) sebagai peneraju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditamatkan, yang mana keputusan muktamad telah dibuat dalam mesyuarat kabinet pada hari khamis lepas.

Menurut Azmin Ali lagi, pembatalan ini terpaksa dibuat kerana kerajaan tidak mampu menanggung kadar faedah tahunan daripada projek berkenaan yang menjangkau hampir RM500 juta. Tambahnya lagi, tanggungan faedah pada skala itu didapati tidak selari dengan kedudukan kewangan negara ketika ini, justeru kerajaan terpaksa membatalkan kontrak CCCC walaupun perlu membayar pampasan.

Pada pertengahan 2018, media pembangkang melaporkan Malaysia perlu menanggung pampasan RM22 bilion jika mahu membatalkan projek ECRL tersebut, ini kerana hampir 20% fasa satu projek ECRL ini sudah disiapkan. Pakej pampasan ini termasuk pembayaran kepada pembekal, kos rombakan, prinsipal pinjaman, caj faedah dan komitmen bekalan dan perkhidmatan. 

Namun, sebarang pertikaian mengenai jumlah pampasan ini belum dapat diumumkan dan mungkin akan diselesaikan melalui timbang tara iaitu satu proses yang boleh mengambil masa beberapa tahun.

Bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak pula sebelum ini mendakwa Malaysia mungkin perlu memulangkan RM19.6 bilion jumlah pinjaman yang dibuat daripada EXIM Bank China, yang mana ianya telah pun dibayar kepada CCCC. Menurut Najib lagi, jika projek itu dibatalkan sekarang, EXIM Bank akan membatalkan pinjaman tersebut dan akan menuntut kembali pinjaman yang telah diberikan itu serta-merta.

Rata-rata netizen memberi respon negatif dengan berita pembatalan projek ECRL ini. Mereka menyalahkan kerajaan Malaysia hari ini yang banyak memberi alasan dan gagal menguruskan ekonomi Malaysia dengan baik. Mereka juga risau dengan pembatalan projek ini, bukan sahaja Malaysia perlu menanggung jumlah pampasan yang tinggi, malah hubungan bilateral Malaysia dan China juga mungkin akan terjejas. China adalah rakan dagang terbesar Malaysia, dan pengimport utama minyak sawit Malaysia. 


Tangkap layar dari ruang komen Berita Harian Online.

Menurut netizen lagi, pembatalan projek ini juga akan merugikan generasi masa datang kerana jumlah kereta pasti akan terus meningkat, bukan sahaja menyebabkan kesesakan jalan raya, malah meningkatkan pencemaran alam sekitar.

Projek ECRL adalah idea yang dicetuskan kerajaan Barisan Nasional di bawah perdana menteri Najib Razak. Projek ini telah mula dijalankan pada tahun 2017 dan dijangka siap pada tahun 2024 namun telah dihentikan pada bulan Julai tahun lepas. Kos keseluruhan ECRL ialah RM55 bilion atau RM79.9 juta bagi setiap kilometer. Namun sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, kementerian kewangan mendakwa kos sebenar projek ECRL menjangkau RM81 bilion. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 40
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dess402 15-3-2019 10:21 PM
MMlava replied at 15-3-2019 08:44 PM
apa orang kuat fitnah tapi bacul cam kau cakap, semua tak boleh pakai, orang bodoh je percaya kaki ...


apa la boleh diharap pada akai setitik .

hahaha  ..  kang tetiba jerk sebut income tax  .



Lain-lain Komen

Quote lkick2113 27-1-2019 10:33 AM
Camana 55bil boleh jadi 81bil? Lg 1, LGE kata tak batal, azmin aiskrim kata batal, hahahahahaha, sampai china kata 'your gov, run country like coffee shop'
Quote tobby 27-1-2019 10:42 AM
Itulah akibatnya serahkan negara utk diuruskan kabinet sarkas. PUNAH segala. Tol x mansuh, minyak x murah, ptptn x free...  Beratus2 bilion gst hilang tapi harga barang tetap naik mencanak2 sambil ringgit terjun gaung
Quote tobby 27-1-2019 10:42 AM
lkick2113 replied at 27-1-2019 10:33 AM
Camana 55bil boleh jadi 81bil? Lg 1, LGE kata tak batal, azmin aiskrim kata batal, hahahahahaha, sam ...

Kabinet budak sekolah .. Budak sekolah pun ada grup wassap
Quote lkick2113 27-1-2019 10:45 AM
tobby replied at 27-1-2019 10:42 AM
Kabinet budak sekolah .. Budak sekolah pun ada grup wassap

Paling epic 2 muntri tak tau batal ke tak? Macamana tu? Dan muntri hal ehwal ekonomi ni satu jawatn yg perlu pun....
Quote brego 27-1-2019 10:50 AM
Edited by brego at 27-1-2019 10:57 AM

batal la.. atok nak running projek kereta nasional dia.
kalo ramai2 orang naik train, tak laku la kereta dia nanti.
abih la income gomen dari tax kereta 50%.

syarikat kroni pun tak dapat sauk duit tol.
gomen pun kurang income dari petrol yg selalu naik tak ikut pong harga minyak dunia.
every part gomen ada kepentingan, sapu duit rakyat sana sini.

malaysia ni negara kecik kangkang kera jer.
patut ada train network n public transport, local e-hailing yang mantap.
duduk JB, keje kedah ulang hari2 pun takde masalah.
Quote CharlesDera 27-1-2019 10:57 AM
ada menteri ekonomi pun bowdow...wakakakakkakakaa
Quote dinopower2 27-1-2019 10:58 AM
ni la akibat bg negara kat puak2 sarkas
munafik @dodolgemok sila bg sepatah dua kata
Quote badaksumbu 27-1-2019 11:49 AM
baca betul2. bkn batal projek tp batal kontrak china. azmin dgn mahathir ni kaki kroni, dap pun sama. kita tunggu siapa dpt kontrak baru kalau projek ni jln.

satu lg, alasan interest 500 juta tu bodoh betul. dah pinjam puluh2 bilion, takkan interest ratus2 ribu je. 500 juta tu bkn dibayar dlm tempoh setahun dua yg nak kd beban sgt. lg pun syarat loan china ni takde la teruk mana, interest pun rendah. govt bwh najib mmg mampu bayar dgn glc2 yg blh backup.

bodoh punya kerajaan pakatan harapan. guna alasan nak jimat interest 500 juta tp kena bayar tebus kontrak bilion2

Quote fliphair8 27-1-2019 12:39 PM
Makin kelaut dah PH ni...to be frank aku pengundi PH tahun 2017....2x mengundi sblm ni aku undi BN.....tapi kurang setahun memerintah banyak plak kebodohan demi kebodohan ditunjukkan...5 years will be a long way.....and there ia still no guarantee the next change will be different in terms of corruptions! Poor malaysian....
Quote Malaysia.Doom 27-1-2019 12:43 PM
aku baca dlm group telegram diorg kata yg untung sebenarnya kontraktor...sebab kerajaan akan bayar pampasan pada kontraktor tu.
Quote Malaysia.Doom 27-1-2019 12:45 PM
brego replied at 27-1-2019 10:50 AM
batal la.. atok nak running projek kereta nasional dia.
kalo ramai2 orang naik train, tak laku la k ...

tu la yang aku fikir dia nak rakyat pakai kereta bayar tax bayar saman bayar insuran riban2.

sebab tu pemikiran Mahathir terbalik dr pemikiran Jepun....Jepun sebelum buat bandar dia buat train dahulu.
Quote tobby 27-1-2019 12:46 PM
CharlesDera replied at 27-1-2019 10:57 AM
ada menteri ekonomi pun bowdow...wakakakakkakakaa

Nama pun xda dlm Chartered Accountant data base ... Siapa la yg cipta mitos nobita seorang CA
Quote pulauturtle 27-1-2019 12:56 PM
Jgn terlupa Azmin hanya diperalatkan oleh mahathir.

Mahathir sengaja bagi info yg berbeza antara azmin dan LGE supaya mereka gaduh.

Jgn lupa mahathir guna Azmin utk mengurangkan pengaruhan Anwar.

Semua ni terjadi hanya pasal Mahathir yg bikin wayang disebalik stage
Quote EncikH 27-1-2019 01:49 PM
jadi pemimpin bukan senang....bile buat sesuatu keputusan, mesti ada yang menyokong, ada yang membangkang. X akan dapat puaskan hati semua orang.

netizen yg bercakap ni pon, bukan tahu ambik kira semua benda, main bubuh je fakta. Ikut kepala kita je.

Quote Decaffeinated 27-1-2019 01:52 PM
Aku nampak ECRL ni is like a bigger car a family can't afford so in the mean time terpaksa lah berhimpit2 dalam kancil sampai satu masa nanti kot2 jadi kaya.

hujah nak kaitkan dengan car ownership, jalan jem bagai tu sampah ja...

Quote tobby 27-1-2019 05:31 PM
Edited by tobby at 27-1-2019 05:32 PM

Satu demi satu fitnah terbongkar...satu lagi tukang fitnah si Fuziah. PH kalah di cameron nangis ke Fuziah...fitnah lynas...x akan.dilupa
Quote AbukRokok 27-1-2019 09:28 PM
klu xnk buat sekurang2 extendla LPT tu dari KT ke KB atau expand spine central road tu
Quote CupuCupu 27-1-2019 09:31 PM
pulauturtle replied at 27-1-2019 12:56 PM
Jgn terlupa Azmin hanya diperalatkan oleh mahathir.

Mahathir sengaja bagi info yg berbeza antara  ...

Agak munasabah jgk tu..otak mahathir mmg rare...lg tua lg rare...xblh jwb blh sengih ckp xtau
Quote TuntungReturn 27-1-2019 09:36 PM
gst tu ada. setiap taun hasil gst akan meningkat. bleh cover la. tu sebab najib berani bgk mcm2.mai ph pi mansuh gst, negara ilang dkt 20 biliun(sebut cara anwar). x ke bodo namanya?..

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.094982s Gzip On
To Top