Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Pandai Berinteraksi Dengan Sotong, Lelaki Ini Digelar 'Pembisik Sotong'

30-1-2019 04:47 PM|Oleh: Archaiv| Komen: 19

Sumber foto: borneobulletin

Lupakan pembisik kucing Jackson Galaxy dan pembisik anjing Ceasar Millan dan berkenalan pula dengan Wilson Menashi, si pembisik sotong. Warga emas berumur 84 tahun ini telah diangkat sebagai pembisik sotong.

Selepas bersara lebih 25 tahun lalu daripada kejuruteraan kimia, beliau bekerja secara sukarelawan di New England Aquarium, Boston.  Selama bekerja 7800 jam di tempat tersebut, dia mendapati dirinya senang untuk berinteraksi dengan sotong-sotong di muzium tersebut.

"Sejak dari awal lagi, saya boleh berinteraksi dengan mereka (sotong). Saya tak tahu kenapa. Saya tak dapat jelaskan, tapi saya boleh berhubung dengan mereka." Wilson Menashi berkata.

"Saya balik rumah dengan kesan-kesan bulatan kemerahan pada tangan dan leher saya," dia berkata lagi.

Nasiblah isterinya amat memahami beliau dengan pekerjaannya bersama sotong-sotong tersebut. Kalau tak, sudah pasti berterbangan pinggan mangkuk. Pekerjaan Wilson Menashi termasuklah mereka cipta kotak-kotak Puzzle untuk sotong tersebut, menggosok belakang badan sotong, bergusti lengan dengan sotong, kesemuanya untuk memastikan binatang pintar ini mendapat rangsangan untuk hidup dan kekal sihat.

Kehadiran Wilson Menashi telah merubah kehidupan sotong-sotong dalam aquarium tersebut dan kehidupan beliau sendiri. Wilson mendapati bahawa setiap sotong mempunyai personaliti berbeza. Bakatnya amatlah diakui oleh pekerja-pekerja senior di tempat kerjanya. Malahan, para pengunjung aquarium turut merasa terkejut dengan kebolehan beliau. 


Hah, sementara kita dihiburkan dengan pembisik-pembisik binatang ini, anda yang lelaki bolehlah cuba dengan serangga dulu. Belum ada lagi pembisik serangga. Pasti kaum wanita tergila-gila dengan lelaki yang pembisik serangga, jujur pasti akan jadi gila, lari macam orang gila jauh dari anda! Mana wanita yang suka serangga itu yang baik untuk anda pula. Gurau saja ya! - CARI


Sumber rujukan : huffingtonpost

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
5
Terkejut
2
Sedih
5
Lawak
6
Bosan
2
Komen: 19
Komen

Previous : Rela Berhabis Wang Demi Ubah Muka Jadi Michael Jackson!

Next       : Kerana Terdesak, Lelaki Ini Menjaja Resume Beliau Di Tepi Jalan!

Komen Terbaru

Quote Juju89 4-3-2019 03:52 PM
menarik ni can communicate with squid.

Lain-lain Komen

Quote mdhelmi 30-1-2019 05:06 PM
ini baru la betul suamiku encik sotong
Quote Archaiv 30-1-2019 05:20 PM
mdhelmi replied at 30-1-2019 05:06 PM
ini baru la betul suamiku encik sotong

Terima kasih baca.
Quote ninja boy 30-1-2019 05:25 PM
Teringat sotong sangat bijak kartun apa eh finding dory wakakaka
Quote Archaiv 30-1-2019 06:15 PM
ninja boy replied at 30-1-2019 05:25 PM
Teringat sotong sangat bijak kartun apa eh finding dory wakakaka

Terima kasih baca. Yap,  3 jantung dan 9 otak.  Haiwan yang paling aneh. Tapi amat pintar.  Masih ada saintis yang percaya sotong bukan makhluk bumi.
Quote DeeHanania 30-1-2019 11:19 PM
teringat pada Squidward Q kawan menjengkelkan c Spongebob tu
kihkihkih
Quote Archaiv 30-1-2019 11:57 PM
DeeHanania replied at 30-1-2019 11:19 PM
teringat pada Squidward Q kawan menjengkelkan c Spongebob tu
kihkihkih

Terima kasih baca...  Uhhh.. No way! spongebob is more annoying than Squidward but in a good way.
Quote si_wawa 31-1-2019 09:33 AM
Untitled.jpg
Quote orgsepang 31-1-2019 09:34 AM
Akak selalu bercakap dengan kucing2, mereka faham apalagi bab makan jadi akak ni boleh digelar pembisek kucing kan
Quote Archaiv 31-1-2019 10:53 AM
si_wawa replied at 31-1-2019 09:33 AM

Terima kasih baca... Emmm...  
(...)
Quote Archaiv 31-1-2019 11:01 AM
orgsepang replied at 31-1-2019 09:34 AM
Akak selalu bercakap dengan kucing2, mereka faham apalagi bab makan jadi akak ni boleh digelar pembi ...

Terima kasih baca. Mungkin... Hehe.. Akak cuba pula bawa kucing baru jalan-jalan kat taman,  tengok kalau kucing tu bermain lari atau dekat-dekat dengan akak. Kalau kucing dengar cakap akak, mungkin akak ada bakat. Hehehe...  
Quote Artemesiaa 31-1-2019 12:20 PM
Bila dah lama dekat dengan manusia selalunya haiwan ni akan faham apa yang dikatakan tuannya.
Quote Archaiv 31-1-2019 12:29 PM
Artemesiaa replied at 31-1-2019 12:20 PM
Bila dah lama dekat dengan manusia selalunya haiwan ni akan faham apa yang dikatakan tuannya.

Terima kasih baca. Betul juga tu.  Apa-apa haiwan pun kalau sudah lama dengan manusia dan tidak menganggapnya ancaman,  binatang akan cuba berkomunikasi dengan caranya.
Quote DeeHanania 1-2-2019 11:01 AM
Archaiv replied at 30-1-2019 11:57 PM
Terima kasih baca...  Uhhh.. No way! spongebob is more annoying than Squidward but in a good way.

hihihi,Archaiv
semua watak dlm Spongebob tu kekadang annoying,
tp itulah besfren Spongebob,
Sandy tu ok
Quote Archaiv 1-2-2019 11:37 AM
DeeHanania replied at 1-2-2019 11:01 AM
hihihi,Archaiv
semua watak dlm Spongebob tu kekadang annoying,
tp itulah besfren Spongebob,

Hehehe... I wish i have a friends like them in real life..  Uhhh...
Quote runiadreamer 18-2-2019 11:48 AM
wauu menariknyaa
Quote Archaiv 18-2-2019 12:20 PM
runiadreamer replied at 18-2-2019 11:48 AM
wauu menariknyaa

Terima kasih baca.
Quote justchu 18-2-2019 11:18 PM
orgsepang replied at 31-1-2019 09:34 AM
Akak selalu bercakap dengan kucing2, mereka faham apalagi bab makan jadi akak ni boleh digelar pembi ...

Hahahahaha aduhai sakit perut gelak
Quote intan_smsb 19-2-2019 04:01 PM

lawak uols
Quote Juju89 4-3-2019 03:52 PM
menarik ni can communicate with squid.

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045062s Gzip On
    To Top