Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Topeng Kecantikan Versi Kim Jong Un Dikritik Hebat

31-1-2019 10:49 AM|Oleh: Nia M| Komen: 5

Korea Selatan sememangnya terkenal dengan budayanya yang mementingkan kecantikan. Sesiapa yang tidak menjaga kecantikan diri, seolah-olah tersisih dari masyarakat mereka.


Kredit foto: FashionLady

Sejak tahun lalu, satu edisi topeng kecantikan muka atau face mask yang dikeluarkan sebuah syarikat kosmetik di negara itu dikhabarkan terjual lebih dari 25,000 unit sejak Jun lalu.

Unification Moisture Nuclear Mask atau Topeng Nuklear untuk kelembapan muka itu menggunakan wajah Presiden Korea Utara iaitu Kim Jong Un pada luar sampul topeng berkenaan.


Kredit foto: bbc

Umum mengetahui ketegangan hubungan antara Korea Selatan dengan Korea Utara. Namun, produk berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Korea Selatan sehingga mendapat perhatian sesetengah pihak yang mengkritik penjualan produk tersebut.

Menurut pakar produk kecantikan Korea Selatan, Irene Kim, dia tidak suka apabila ada produk dijual berunsurkan politik. Kim Jong Un dilihat sebagai seorang diktator yang membawa pengaruh serta kesan buruk terhadap Korea Selatan. Justeru, adalah tidak wajar untuk wajahnya dikaitkan dengan produk popular itu.


Kredit foto: Google

Ribuan rakyat Korea memuat naik foto mereka memakai topeng berkenaan di media sosial. Topeng itu boleh dibeli dengan harga 4,000 won iaitu bersamaan RM15.


Kredit foto: Instagram

Produk ini dikeluarkan oleh 5149, iaitu sebuah syarikat kosmetik Korea Selatan. Ia dikatakan mengandungi air mineral dari Gunung Paektu. 

Dalam mitos masyarakat Korea, gunung berapi aktif itu adalah tempat kelahiran Dangun, pengasas kerajaan Korea lebih 4,000 tahun lalu. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kedai yang telah menarik balik penjualan topeng kecantikan itu. 

Di Korea Selatan, ia adalah salah dari segi undang-undang sekiranya menyebelahi kerajaan Korea Utara dalam percakapan. Maka, penjualan topeng muka menggunakan Kim Jong Un untuk meraih populariti juga dianggap tidak relevan. 

Kalau ada topeng pelembap dengan wajah mana-mana pemimpin Malaysia, ada yang nak menggunakannya tak? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 5
Komen

Previous : Gadis Ini Berenang Bersama Jerung Gergasi. Amboi Beraninya!

Next       : Wanita Bersin Keluar Cincin Yang Hilang 12 Tahun Dulu

Komen Terbaru

Quote pai.kacang 5-2-2019 11:57 PM
boleh laa buat mask muka bossku ~:>

Lain-lain Komen

Quote matchstick 31-1-2019 01:28 PM
Aku ingt motif letak muka Jong un kt packaging tujuan nya nk bgtau yg mask tu size xl muka besar pinggan mcm Jong un pun boleh muat
Quote mieymiey 31-1-2019 03:38 PM
Dah pakai takder rupa Jong Un pun.
Quote arm_band 31-1-2019 04:29 PM
hahaha comel pulak jadinya
Quote pai.kacang 5-2-2019 11:56 PM
boleh laa buat dekat malaysia.. muka pm.. muka lge.. muka bossku..
Quote pai.kacang 5-2-2019 11:57 PM
boleh laa buat mask muka bossku ~:>

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044838s Gzip On
    To Top