Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

120 CM, 'Gila' Panjang! Kucing Baka Maine Coon Cipta Rekod Dunia

29-1-2019 12:08 PM|Oleh: Archaiv| Komen: 46

Kredit foto: guinessworldrecords 
Barivel, kucing Maine Coon daripada Itali ini berukuran 120cm! Bayangkan berapa buah Iphone Xr atau Samsung Note9 anda boleh susun memanjang. Bayangkan pula kucing ini berdiri di hadapan bonet kereta dan menutup pandangan cermin hadapan kereta, bayangkan pula bila kucing ini merangkak ke atas badan orang yang tak suka kucing, mesti orang tu lari sebab sangkanya anak harimau kumbang! Okaylah, cukup bayangkan ya!

Kucing ini berumur 2 tahun iaitu umur kucing dewasa dan mungkin berumur 24 tahun dalam pengiraan tahun manusia. Menurut kalendar kucing lagi, saiznya mungkin akan bertambah sedikit demi sedikit sehingga mencapai umur 3-5 tahun bergantung kepada tumbesarannya. Ukuran panjangnya diambil oleh Guiness Book of World Record pada 22 Mei 2018.

Kredit Foto: guinessworldrecords 
Barivel tinggal bersama pemiliknya, Cinzia Tinnirello dan Edgar Scandurra  di Vigevano, Pavia. Mereka berdua sentiasa mengetahui kucing mereka istemewa. Mereka menamakannya Barivel kerana dalam bahasa dialek Itali, Barivel bermaksud badut. Barivel sangatlah dimanjakan pemilliknya, diberi makanan ikan, ayam dan biskut. 



Ketika dibawa berjalan-jalan, Barivel akan masuk ke dalam kereta buggy. Memang amat janggal bagi orang yang memandang mereka. Akan tetapi, setelah memerhati Barivel, barulah mereka faham mengapa pemiliknya amat menyayangi kucing tersebut.

"Barivel sangat istemewa untuk kami sebab dia pemalu... Bila orang lihatnya mereka sangat terkejut, tapi untuk kami Barivel adalah anugerah.. anugerah yang besar!" Kata Edgar.

Apa Pendapat anda mengenai Barivel? Mahukah anda memelihara kucing sebesar dan sepanjang ini? Atau adakah anda sedang merancang untuk melatih kucing anda menjadi pencabar kepada Barivel? Asalkan anda tidak menyeludup binatang domestik atau mendomestikan binatang liar, tiada masalah! -CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 46
Komen

Previous : Wajah Sebenar Indonesia - Bila Sister Menyanyi Qasidah

Next       : Rahsia Kenapa Masyarakat India Monopoli Bidang Kedoktoran Dan Guaman

Komen Terbaru

Quote Archaiv 31-1-2019 12:02 PM
bluebellvine replied at 31-1-2019 11:51 AM
alolooo.. comelnya. suka tengok tp tak suka bela, sbb alergik gan bulu kucing.

Terima kasih baca... Uhhh... Saya pun elergik... Tak bela kucing pun,  cuma tengok kucing jiran berkeliaran saja. But,  i admire their cuteness.  

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 29-1-2019 12:10 PM
Mak aiii besarnya dah macam anak rimau
Quote kechikchomel 29-1-2019 12:12 PM
sikit lagi nak sama dengan tinggi iolss
Quote MeghanK 29-1-2019 12:21 PM
comel nya semua maine coon dia bela
maine coon walaupun gergasi tapi dia sangat gentle
Quote Archaiv 29-1-2019 12:25 PM
Artemesiaa replied at 29-1-2019 12:10 PM
Mak aiii besarnya dah macam anak rimau

Terima kasih baca. Tinggal nak ajar mengaum saja lagi, dah boleh jadi harimau.  Hehehe..
Quote Archaiv 29-1-2019 12:26 PM
kechikchomel replied at 29-1-2019 12:12 PM
sikit lagi nak sama dengan tinggi iolss

Terima kasih baca.  Wow! cuba pelihara seekor macam ni,  pasti nampak macam Beastmaster.
Quote Archaiv 29-1-2019 12:28 PM
MeghanK replied at 29-1-2019 12:21 PM
comel nya semua maine coon dia bela
maine coon walaupun gergasi tapi dia sangat gentle

Terima kasih baca. Yap,  setuju.
Quote mongoose_kidz 29-1-2019 12:35 PM
comeinya lahai....
maine coon ni walaupun besar n muka garang tp dlm hati ade tmn...
good with kids n sntiasa tenang
klau budak ade autism atau person ade anxiety disorder mmg digalakkn bela kucing baka ni .
Quote umaidebab 29-1-2019 01:50 PM
alololo..comelnya!
Quote Archaiv 29-1-2019 02:25 PM

Terima kasih baca.
Quote xastor9 29-1-2019 02:57 PM
meowww
Quote Archaiv 29-1-2019 03:30 PM
mongoose_kidz replied at 29-1-2019 12:35 PM
comeinya lahai....
maine coon ni walaupun besar n muka garang tp dlm hati ade tmn...
good with kid ...

Terima kasih baca. Terima kasih juga beri informasi tambahan.
Quote Archaiv 29-1-2019 03:31 PM

Terima kasih baca.
Quote ninjago 29-1-2019 03:34 PM
scary pulak klu kucing panjang sgt camtu.. dpt kat anak2 iols mesti mencicit lari menjerit2.. kucing biasa lalu kt kedai makan tu pun sampai panjat2 kerusi aiyohh..
Quote Archaiv 29-1-2019 03:40 PM
ninjago replied at 29-1-2019 03:34 PM
scary pulak klu kucing panjang sgt camtu.. dpt kat anak2 iols mesti mencicit lari menjerit2.. kucing ...

Terima kasih baca. hahaha... Cuba biasakan dengan anak kucing dulu. Ajar mereka tentang nyawa dalam setiap binatang hidup. Lambat-laun, mereka terima juga tu.
Quote ninjago 29-1-2019 03:42 PM
Archaiv replied at 29-1-2019 02:40 PM
Terima kasih baca. hahaha... Cuba biasakan dengan anak kucing dulu. Ajar mereka tentang nyawa dala ...

aritu bawak pegi petting zoo.. dorg tak takut lak ngan binatang2 kat situ except kambing2 & rusa la yg besar2 tu..pelik ngan kucing dorg takut sgt
Quote kaklong32 29-1-2019 04:24 PM
lebatnya bulu ni mesti mcm karpet
Quote gigahertz 29-1-2019 06:50 PM
Artemesiaa: Mak aiii besarnya dah macam anak rimau

i pun ada. maincoon i selalu curi curi keluar rumah semata mata nak duduk dalam cage. maincoon i dengan tikus rumah its a friend. dia boleh biarkan tikus tu minum air dalam bekas kita tadah utk dia. yang pet i tu pulak gi la tandas minum air atas lantai macam kucing terbuang
Quote nutnet 29-1-2019 07:09 PM
Bape kilo kibbles maine coon ni mkn sebln?
Quote moonbug 29-1-2019 08:00 PM
Maine coon bukan rupa je outstanding, behaviour dengan temperament pun sangat bagus. Friendly, manja, gentle.

Sayangi semua kucing

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048938s Gzip On
    To Top