Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ibu Tergamam Melihat Susuk Menyerupai Mendiang Anaknya Terakam Oleh Kamera CCTV

25-1-2019 04:13 AM|Oleh: CSuy| Komen: 8

Pelik tetapi ianya berlaku! Faktanya begini: Robert Hodge telah meninggal dunia pada November 2016 akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Memetik Mirror, dadah yang dipercayai sebagai pil Xanax tiruan telah meragut nyawa pemuda berusia 23 tahun itu.

Kredit Foto: Kennedy News and Media / Mirror
Disebabkan kematian mengejut Robert yang lebih dikenali dengan panggilan mesranya "Robbie", ibunya Jennifer Hodge telah menubuhkan sebuah NGO yang memberi sokongan kepada usaha pemulihan kepada penagih-penagih dadah, Realty4Rehab.org.


Kredit Foto: Laman sesawang Realty4Rehab.org
Namun terkini, suatu kejadian yang disifatkan sebagai luarbiasa telah mengejutkan Hodge. Hodge, 57 tahun yang bekerja sebagai seorang ejen hartanah dan menetap di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat ketika itu hanya tinggal berdua dengan anak perempuannya Lauren, 21 tahun.

Menurut Mirror lagi, Hodge dilaporkan berkata, "Ini perkara gila. Saya sedang baring di atas katil sambil menonton televisyen bersama-sama Lauren".

"Baru sahaja hendak tertidur, telefon yang berada di antara kami menunjukkan mesej notifikasi bahawa terdapat seseorang di dapur.

"Saya tergamam apabila Laura berkata: Mama, ada seseorang di dapur.. Mama, itu Robbie! Tengok ni!", sambung Hodge.

Mesej notifikasi tersebut datang dari sebuah aplikasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam kediaman beliau.

Ia tertera mesej ini, "Kamera di pintu masuk anda telah melihat seseorang. Cuba lihat".

Kredit Foto: Kennedy News and Media / Mirror
Ia merupakan notifikasi biasa yang akan diterima sekiranya kamera litar tertutup berjaya merakam imej seseorang. Tetapi kali ini, Hodge dan Laura tergamam apabila imej yang terakam menyerupai susuk tubuh mendiang anaknya, Robbie.

Mereka kemudiannya bergegas ke dapur. Namun tiada siapa pun berada di sana dan mereka gagal menemui sebarang tanda pencerobohan. 

Berikut merupakan imej yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup itu.

Kredit Foto: Kennedy News and Media / Mirror
Kejadian ini ternyata membingungkan dua beranak tersebut. Hodge mengakui susuk tubuh yang terakam itu amat menyerupai mendiang anaknya, namun beliau sendiri berasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Sejak kejadian tersebut, kamera litar tertutup yang berfungsi dengan merakam imej secara spontan apabila terdapat pergerakan itu tidak lagi merakam imej yang serupa. Hodge pula memilih untuk memandang kejadian ini dari sudut yang positif dengan menganggap bahawa ini petanda bahawa roh anaknya berada dalam keadaan yang gembira.

Setakat ini, belum ada pihak yang tampil untuk merungkai kesahihan imej yang berjaya dirakam itu. Kalau anda memiliki kepakarannya, apa kata anda cuba selidik. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : Disleksia Punca Anak Lembab Belajar, Ini 10 Tanda Anak Anda Menghidapinya

Next       : Idea Menarik Hiasan Bento Buat Anak Bersekolah, Anda Kena Cuba!

Komen Terbaru

Quote SweetShera 28-1-2019 05:19 PM
betul ke ni

Lain-lain Komen

Quote ninjago 25-1-2019 01:51 PM
qarin anak dia?
Quote bawangkecik 25-1-2019 01:57 PM
lapaq kot...tu yang balik sat
Quote NmeeraR 25-1-2019 06:32 PM
uitttt.... takutnyaaa...
Quote bambimo 25-1-2019 10:05 PM
elok nya muka mendiang...
Quote naina 25-1-2019 10:37 PM
Gilaa. Takut aku.
Maknya plak bole terus jenguk
Quote matbad 25-1-2019 11:24 PM
Rindu masakkan mak dia la tu {:run
Quote kaklong32 28-1-2019 03:34 PM
naina replied at 25-1-2019 10:37 PM
Gilaa. Takut aku.
Maknya plak bole terus jenguk

mungkin naluri mak kuat
Quote SweetShera 28-1-2019 05:19 PM
betul ke ni

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048525s Gzip On
    To Top