Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Nak Cari Penyakit Walaupun Anda Sihat? Beli Tisu Ini, Terus Dijangkiti Selesema

31-1-2019 12:25 PM|Oleh: Archaiv| Komen: 16

Sumber Foto: vaevtissue
VaevTissue; sebuah syarikat dalam talian yang bertapak di Copenhagen, Denmark sedang menjual tisu untuk anda dijangkiti penyakit selesema. Ya, artikel ini tidak salah fakta, tisu ini memang untuk anda yang mahu cari penyakit walaupun anda sihat. Percaya atau tidak, anda bolehlah mengunjungi laman sesawang syarikat selepas membaca artikel ini ya!


Salah satu sebab mereka menjual tisu ini kerana mereka percaya imunisasi manusia dapat 'dilatih' dengan memilih waktu-waktu yang sesuai untuk anda dijangkiti penyakit ini. Oliver Niessen, 34 tahun merupakan pengasas syarikat ini percaya sepenuhnya mengenai fakta tersebut. Cara penggunaannya juga senang, cuma kesatkan pada hidung anda dengan tisu tercemar ini, dan anda akan sakit dengan pilihan anda sendiri. 


Kami percaya dengan menggunakan tisu yang mengandungi bersin manusia lebih selamat berbanding jarum dan pil ubat-ubatan." Oliver Niessen.


Tapi, sebelum anda menaruh hati anda sepenuhnya pada barang ini konon-kononnya mahu dapatkan cuti dari boss kalianlah, apa kata anda teruskan membaca artikel ini. Pendapat Professor Mikrobiologi dan Sains Persekitaran di Universiti Arizona, Charles Gerba tidak bersetuju dengan fakta ataupun sebenarnya cuma pendapat Oliver Niessen. Virus tidak bertindak sedemikian! 


Banyak perkara boleh terjadi, terdapat lebih daripada 200 jenis rhinovirus, oleh itu anda terpaksalah mengelap 200 keping tisu ke dalam hidung anda untuk mendapatkan virus yang berbeza.  Kata Charles Gerba.


Apa yang cuba dijelaskan beliau adalah untuk menghasilkan kesan vaksin bagi menguatkan imunisasi perlukan dua virus yang sama, virus yang menjangkiti pesakit dan virus yang ditugaskan untuk melalikan. Virus haruslah daripada mikroorganisma yang sama.Oleh itu, vaksin perlu dihasilkan daripada virus tersebut. Sama ada vaksin teratenuat iaitu vaksin yang bertujuan membantutkan virus yang menjangkit, ataupun vaksin yang tidak aktif akibat kimia, haba, radiasi, antibiotik. Namun, menurut laman sesawang Vaevtissue, proses penghasilan vaksin dalam tisu ini tidak menepati kaedah perubatan moden. Mereka cumalah mengambil tisu-tisu yang digunakan oleh pesakit selesema sebenar. Ya, tisu-tisu terpakai yang dibungkus semula.


Harga pasaran dijual pada harga $80 iaitu bersamaan Rm300++. Anehnya, produk telah laris dijual setelah sebulan di pasaran, menurut Oliver Niessen. Produk yang terjual juga bukanlah barang tiruan atau palsu. Ada sesiapa berminat?  -CARI

Sumber Foto : vaevtissue
Sumber Rujukan : Foxnews, vaevtissuetime.com

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 16
Komen

Previous : Wajah Sebenar Indonesia - Bila Sister Menyanyi Qasidah

Next       : Pekerjaan Paling Aneh Di Dunia, "Tukang Tidur Dan Cium Bau" Pun Satu Kerjaya?

Komen Terbaru

Quote Archaiv 6-2-2019 04:09 PM
cikkittydiva replied at 6-2-2019 02:16 PM
Selsema la penyAkit yg agak suffer bg aku selepas demam.. air hingus cair tu kalau tgh menyerang sno ...

Terima kasih baca. Huhu..  Setuju.

Lain-lain Komen

Quote SuriNate 31-1-2019 12:41 PM
Benda ni berguna untuk yang suka apply MC{:give
Quote Archaiv 31-1-2019 12:42 PM
SuriNate replied at 31-1-2019 12:41 PM
Benda ni berguna untuk yang suka apply MC{:give

Terima kasih baca.. Hahaha... Jangan, kita buat kerja ikhlas ya.  
Quote SuriNate 31-1-2019 12:44 PM
Hehe interesting tak tahu ada kewujudan tisu macam ni
Quote Archaiv 31-1-2019 12:52 PM
SuriNate replied at 31-1-2019 12:44 PM
Hehe interesting tak tahu ada kewujudan tisu macam ni

Hehe...  Manusia kalau berusaha memang buat macam2. Tapi adakalanya usaha mereka pelik.
Quote matchstick 31-1-2019 01:07 PM
Geli weh.. Katanya tisu bekas bersin org lain. Xde bau masam2 ke
Quote Archaiv 31-1-2019 01:14 PM
matchstick replied at 31-1-2019 01:07 PM
Geli weh.. Katanya tisu bekas bersin org lain. Xde bau masam2 ke

Terima kasih baca.  Kalau dah orang nak sangat cuti atau nak sangat percaya teori pengasasnya,  semuanya tak kisah.  Hehehe
Quote missinpiece 31-1-2019 01:39 PM
Macam2 hal  
Quote Archaiv 31-1-2019 01:41 PM
missinpiece replied at 31-1-2019 01:39 PM
Macam2 hal

Terima kasih baca.
Quote zuuu 31-1-2019 02:21 PM
Cite ni wat aq tringt kt jimmy neutron pulak,de episode yg jimmy ni invent sick patch untuk dpt mc xnk g sekolah,bila lekat kt kulit akn jatuh sakit,bila cabut patch tu sihat cam biasa,bila kwan2 dye tahu dyorg pon nk jugak sick patch ni,tp malangnya after a while patch tu absorbed into their skin n hilang,nk sembuhkn balik semua org tpksalah jimmy n sheen shrink themselves n masuk dlm badan carl untuk cari microorganisms n cipta antivirus... hihi motif aq ingt lg kartun ni...
Quote Archaiv 31-1-2019 02:24 PM
zuuu replied at 31-1-2019 02:21 PM
Cite ni wat aq tringt kt jimmy neutron pulak,de episode yg jimmy ni invent sick patch untuk dpt mc x ...

Terima kasih baca.  Haha...  Saya tak layan Jimmy Neutron,  saya layan Kamen rider series.
Quote Artemesiaa 31-1-2019 02:30 PM
Kalau boleh pulih semula dalam sehari satu hal juga buatnya makan minggu baru mendapat jadinya
Quote Archaiv 31-1-2019 02:34 PM
Artemesiaa replied at 31-1-2019 02:30 PM
Kalau boleh pulih semula dalam sehari satu hal juga buatnya makan minggu baru mendapat jadinya

Terima kasih baca. Betul tu.  Kalau mahu sakit dekat saja dengan orang sakit atau buat benda yang boleh mendatangkan sakit. Tapi, nak sembuh tu yang susah nak jangka berapa lama.
Quote mieymiey 31-1-2019 03:35 PM
Kami percaya dengan menggunakan tisu yang mengandungi bersin manusia


Tak sanggup aku nak apply tisu yang ada bersin orang lain semata-mata nak paksa diri sakit
Quote Archaiv 31-1-2019 03:48 PM
mieymiey replied at 31-1-2019 03:35 PM
Tak sanggup aku nak apply tisu yang ada bersin orang lain semata-mata nak paksa diri sakit

Terima kasih baca.  Huhu...  Jaga kesihatan ya.
Quote cikkittydiva 6-2-2019 02:16 PM
Selsema la penyAkit yg agak suffer bg aku selepas demam.. air hingus cair tu kalau tgh menyerang snoneng kepala berat je..lg2 tgh sujud..
Quote Archaiv 6-2-2019 04:09 PM
cikkittydiva replied at 6-2-2019 02:16 PM
Selsema la penyAkit yg agak suffer bg aku selepas demam.. air hingus cair tu kalau tgh menyerang sno ...

Terima kasih baca. Huhu..  Setuju.

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.180424s Gzip On
    To Top