Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Sanggupkah Anda Makan Roti Cengkerik? Boleh Cuba Jika Melancong Ke Finland

25-1-2019 04:48 PM|Oleh: Tukang Tulis| Komen: 10

Cengkerik kering yang diimport dari Belanda akan dikisar halus untuk dijadikan tepung roti. Kredit foto: Food Insider


Kebiasaannya, bahan-bahan seperti kismis, pisang atau coklat diadun bersama roti untuk menambah lagi perisa dan kelazatannya.

Namun, sebuah kedai roti di Finland, Fazer Bakery mengambil pendekatan berbeza dengan menggunakan tepung khas yang dihasilkan daripada cengkerik kering yang dikisar halus.

Fazer Bakery mendakwa roti yang diperbuat daripada tepung cengkerik mempunyai rasa yang lazat. Kredit foto: Food Insider


Menurut laporan Food Insider pada 17 Januari lalu, sebanyak 70 ekor cengkerik diperlukan bagi menghasilkan sebuku roti.

Tepung cengkerik yang diimport dari Belanda itu menjadikan roti yang dihasilkan Fazer Bakery mengandungi lebih banyak protein berbanding roti biasa.

Siapa sangka roti yang dijual oleh Frazer Bakery ini diperbuat daripada tepung cengkerik? Kredit foto: Food Insider

Kedai roti tersebut berpeluang mengimport tepung cengkerik dalam kuantiti yang besar setelah Finland menarik balik larangan penjualan serangga untuk digunakan dalam makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Fazer Bakery, Markus Hellstrom berkata, roti yang diperbuat daripada tepung cengkerik itu mempunyai rasa yang lazat.

"Kami mahu menjadi peneraju dalam revolusi makanan. Kami mahu melonjakkan pertumbuhan dalam kategori roti dengan roti artisan buatan tangan, juga pada masa hadapan.

"Di Fazer Bakery, kami menghasilkan dan menguji pelbagai jenis roti baharu. Roti Kriket Fazer yang pertama dihasilkan di dunia merupakan salah satu contoh," jelasnya.



Food Insider turut menyatakan lebih dua bilion orang di seluruh dunia memakan serangga yang dikatakan kaya dengan asid lemak, kalsium, besi dan vitamin B12.

Harap-harap tiada kedai roti yang tampil mencipta kelainan dengan membuat roti yang menggunakan tepung lipas pula. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Previous : Anda Tertanya-Tanya Bagaimana Rasa Makanan Di Negara Lain? Ikuti Lelaki Ini Di Youtube

Next       : Dipanggang Pun Sedap! Lemak Manis Rasanya, Kisah Si Ulat Sagu

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 30-1-2019 05:22 PM
dikisar halus sampai jadi powder
xdela jijik sgt nk makan

Lain-lain Komen

Quote moonbug 25-1-2019 04:53 PM
Cengkerik ni bukan ke biasa kat Sabah Sarawak digoreng makan rangup-rangup macam tu? Tak pernah jumpa tapi ada kawan bagitau
Quote Kurex 25-1-2019 05:23 PM
Sedapnya kalau belalang digoreng rangup
Quote Artemesiaa 25-1-2019 05:32 PM
Pasti rasanya sedikit pelik dari biasa sebab cengkerik ada bauan yang tersendiri
Quote sapeka 25-1-2019 11:06 PM
huh
setelah jadi roti nmpk menyelerakan kalau tak diberitahu
.
Quote komotthecat 25-1-2019 11:44 PM
kalau dh jadi tepung xde hal kot. ingatkn masih dlm bentuk asal

Quote LautBiru52 26-1-2019 06:38 PM
Mesti lemak berkrim kan {:teatime
Quote safriehalim 28-1-2019 12:05 AM
Mungkin boleh diperluaskan ke Malaysia.
Quote VirginLady 28-1-2019 12:06 PM
mesti sedap ni..aku suka grasshoper siam...masin rangup, quite additive
Quote puanbintang 30-1-2019 02:38 PM
amungkin sedap kotnye..kalau tak dibagitau tu roti cengkerik, mau laju jugak makannya
Quote mdhelmi 30-1-2019 05:22 PM
dikisar halus sampai jadi powder
xdela jijik sgt nk makan

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044227s Gzip On
To Top