Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

YouTuber Terkenal Ditahan Ceroboh Kawasan Terbiar Untuk Video Paranormal

23-1-2019 11:18 AM|Oleh: Kai| Komen: 6

Kredit foto: Hollywood Life

YouTube merupakan platform video yang memang tidak asing bagi penonton yang mahukan hiburan terutamanya remaja sekarang.

Saluran YouTube Sam and Colby merupakan saluran yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman Sam Golbach dan Colby Brock dengan aktiviti lasak dan vlog (video blog) menghiburkan untuk pengikut mereka.

Selain itu, mereka juga selalu berkongsi pengalaman melancong bersama rakan-rakan baik mereka dan video eksplorasi ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu dan terbiar atau dalam bahasa inggeris "Haunted abandoned place".

Ini pautan saluran YouTube mereka jika anda berminat untuk menontonnya.

Saluran ini boleh dikatakan yang tersohor dalam kalangan vlogger dan mempunyai 2.26 juta pengikut. Sam dan Colby merupakan "Instafamous" hasil daripada koleksi video mereka itu.


Kredit foto: Dexerto

Namun, beberapa hari lepas, tular berita tentang mereka ditahan polis kerana menceroboh kawasan sekolah yang telah ditutup kerana dalam tempoh pembinaan.

Seperti biasa, mereka ingin membuat video tentang kawasan sekolah yang terbiar seperti video mereka yan terdahulu. Malangnya, nasib tidak menyebelahi mereka.

Sam Golbach dikenakan dua tuduhan, manakala Colby Brock berdepan tiga pertuduhan atas aktiviti yang mereka lakukan itu. Peminat setia mereka bagaimanapun sentiasa mengemas kini di Instagram dengan hashtag #freesamandcolby.

Beberapa hari kemudian, Sam mengikat jamin dirinya dengan bayaran ASD2,000 (RM8,270), manakala Colby dibebaskan selepas Sam dengan ikat jamin ASD6,000 (RM24,800) atas tiga pertuduhan. Ini merupakan kali pertama mereka ditahan polis.

Adakah mereka akan membuat aktiviti macam biasa selepas apa yang berlaku? Adakah mereka akan berehat atau mengubah pengisisan video mereka? Atau mungkin juga mereka serik selepas ditahan polis, tiada siapa yang tahu.



Untuk maklumat yang lebih lanjut, ikuti mereka di Instagram:


- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
4
Terkejut
5
Sedih
10
Lawak
4
Bosan
2
Komen: 6
Komen

Previous : Proton X70 Memang Bikin Menggiurkan, Ini Dia Ciri-ciri Power Yang Anda Mungkin Tak Sangka

Next       : Chef Wan Bukan Sebarangan Tukang Masak, Kisah Jaguh Dunia Yang Ramai Tak Tahu

Komen Terbaru

Quote SiNopal 21-3-2019 07:24 AM
Ni sejenis main terjah je

Lain-lain Komen

Quote biozipstar 23-1-2019 12:24 PM
lainkali kena riki2 dulu tempat tu kalau ceroboh, kena denda ke tidak... ini main terjah aje weyy... tak abes study lagi ni...
Quote Kurex 23-1-2019 01:03 PM
Handsome yg blonde tu
Quote chinta89 23-1-2019 02:28 PM

utamakan keselamatan. tempat2 dilarang masuk ni kebiasaannya x selamat dan jgk sebab2 tertentu.
Quote batmana 23-1-2019 06:02 PM
pi ajala kubur, tido satu mlm
mcm2 bunyi muncul nnti
tu pun tarak tau ka?
Quote Juju89 4-3-2019 03:59 PM
membuat sesuatu perkara ada batasnya jangan sampai memakan diri anda sendiri.
Quote SiNopal 21-3-2019 07:24 AM
Ni sejenis main terjah je

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044923s Gzip On
    To Top