Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pasangan Instagram Popular Yang Jatuh Gaung Ketika Selfie Rupanya Mabuk

Oleh: Sang_Pencinta|15-3-2019 11:42 AM Komen: 9
Laporan bedah siasat pasangan Instagam popular yang jatuh di gaung Yosemite pada bulan Oktober lalu menunjukkan bahawa mereka dalam keadaan mabuk.


Kredit foto: Wesport News


Mayat mendiang Meenakshi "Minaxi" Moorthy, 30, dan Vishnu Viswanath, 29, dijumpai 800 kaki di bawah Taft Point pada 26 Oktober oleh sepasukan pakar penyelamat. Pasangan ini adalah pemilih Instagam popular @holidaysandhappilyeverafters dengan 25,000 pengikut dan menampilkan pengembaraan mereka seluruh dunia.



Kredit foto: DNA India


Laporan bedah siasat dari Jabatan Koroner Stanislaus mendedahkan kedua-dua pelancong itu meminum alkohol seperti bir, wain dan arak lainnya sejurus sebelum kematian. Dipercayai ini adalah punca utama pasangan itu hilang pertimbangan ketika mengambil selfie. Bagaimanapun, tiada bahan terlarang dadah dijumpai dalam sistem badan mereka.

Walaupun penyiasatan rasmi belum selesai, abang kepada Viswanath memberitahu pasangan itu terjatuh ke dalam gaung ketika mengambil selfie dengan tripod. 



Kredit Foto: hcn.org


Ironiknya, dalam posting beberapa bulan sebelum mereka dipecayai jatuh, Moorthy sendiri pernah memberikan amaran kepada pengikut Instagramnya untuk berhati-hati ketika mengambil selfie. 'Ramai antara kita sanggup bertindak bodoh membahayakan diri demi untuk mengambil gambar, ini berbahaya dan boleh mengakibakan tragedi' kata status lama mendiang.




Kredit Foto: NY Times


Kedua pasangan yang berasal dari India itu bertemu ketika menuntut di universiti dalam bidang kejuruteraan sebelum berpindah ke San Jose kerana Viswanath mendapat kerja dengan Cisco.

Kakitangan Taman Negara Yosemite bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen pada ketika ini. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote biozipstar 18-3-2019 01:28 PM
sekali tengok macam kawan aku tadi.. cisss...

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 15-3-2019 11:51 AM
Panjat gunung pun sempat mabuk mabuk ke?
Quote farlis 15-3-2019 12:24 PM
Too bad.. Kesian.. Moral of the story, berhati2 lah.. Silap sikit ja nyawa melayang {:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote HannahMontana 15-3-2019 12:28 PM
sebab tu Islam haram terus arak ,ibu segala maksiat.
Quote faraway1 15-3-2019 09:52 PM
mabuk jatuh kemudian menyusahkan orang nak pergi ambil..
Quote diss69 17-3-2019 10:13 AM
No 3,the yearner.. {:run
Quote mey12 17-3-2019 10:49 AM
menyusahkan orang pulak nak kena cari dia dalam gaung
Quote nishikido 17-3-2019 11:40 AM
Sorry but the girl xtengok cermin ke masa dye rambut..
Quote Artemesiaa 18-3-2019 12:54 PM
Orang tengah mabuk ni kadang suka buat benda yang membahayakan macam dalam kes mereka ni
Quote biozipstar 18-3-2019 01:28 PM
sekali tengok macam kawan aku tadi.. cisss...

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.093305s Gzip On
To Top