Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Jijiknya! Panggung Wayang Kotor, Penonton Trauma Diserang Tikus

18-1-2019 10:50 AM Komen: 21
Seorang netizen berkongsi pengalaman mengerikan apabila beliau diserang oleh seekor tikus beberapa kali ketika menonton wayang di sebuah panggung yang terkenal di Kota Kinabalu.



Kredit foto: Facebook

Menurut beliau yang menggunakan nama samaran Hyin A Ny, pengalaman itu turut dialami oleh oleh beberapa orang penonton lain. Lebih mengerikan lagi, sepanjang dua jam di dalam panggung, tikus-tikus itu tidak takut dihalau malahan cuba datang menyerang makanannya beberapa kali. 'Tikus itu langsung tidak berganjak walaupun saya cuba memukulnya dengan dengan selipar' kata beliau.



Kredit foto: Facebook


Beliau juga cuba berganjak tempat duduk tetapi tikus itu turut mengekorinya. 'Mungkin tikus-tikus itu sudah menjadikan panggung wayang sebagai rumah kerana mereka tidak takut manusia, lagipun panggung sangat berbau, kalau tikus sesat, biasanya akan lari lintang pukang bila jumpa manusia' tambahnya.


" data-width="480">Loading FB Video...

Menurutnya beberapa orang penonton lain juga kendengaran menjerit ketakutan dan percaya bukan beliau sahaja yang menjadi mangsa serangan tikus. 'Saya harap pihak pengurusan memantau kebersihan panggung wayang' katanya dalam satu status yang kini menjadi viral.



Kredit foto: Facebook


Selain beberapa keping gambar, beliau juga memuatkan sebuah video sebagai bukti. Beberapa orang netizen yang membacanya turut berkongsi gambar dan pengalaman mengerikan yang sama di panggung tersebut.



Kredit Foto: Facebook


Dipercayai pihak pengurusan panggung telah diberitahu akan masalah ini dan sedang melakukan pembersihan besar-besaran. Mereka turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas insiden tersebut.


Sebenarnya masalah ini ditambah lagi dengan sikap penonton yang tidak memberikan kerjasama untuk tidak meninggalkan sisa makanan mereka di dalam panggung. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
4
Lawak
6
Bosan
2
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Supersirap 22-1-2019 08:39 AM
Kesihatan perlu diutamakan , syabas kepada sesiapa yang dapat melaporkan sebarang kejijikan di dalam panggung wayang

Lain-lain Komen

Quote mirandanicky1 18-1-2019 11:02 AM
Scary gila ni aku memang geli gila tikus ni. Berani gila korang pukul tikus tu.
Quote Sang_Pencinta 18-1-2019 11:05 AM
Eww....

Trauma kalau kena serang
Quote miszclassique 18-1-2019 11:16 AM
Ya ampunn ada lagi ke org pergi growball ni. Tengok pun dah scary. Nak tiket murah haruslah service pun sebegitu dekkk
Quote wanzhm93 18-1-2019 11:41 AM

Entahlah cerita pasal tikus ni... Tikus paling besar sy pernah tengok kat kawasan setinggan bukit malut Langkawi..

Time tu lewat malam...
Bapok besar tikus tu macam arnab... Habis periuk di terbalikkan nya
Quote Artemesiaa 18-1-2019 11:48 AM
Euwww kalau dah teruk sebegitu elok hall tu ditutup dan buat pest treatment sebelum membahayakan orang ramai
Quote kaklong32 18-1-2019 11:53 AM
eeeewwwwwwwwwwww
Quote fushimi 18-1-2019 11:59 AM
kerusi pun dah berkulat

tak ngan orang yang masih hadap lagi ngan pawagan yang sah sah kotor
Quote buragazz 18-1-2019 12:08 PM
Dulu masa tahun 98 ke 99 masa tu Movie Godzilla release so dapat le tgk kat panggung di JB tak silap Rex kot kat area Komtar tu masa tu memang hauk la panggung tu.. masa tgh2 nonton tu terasa kaki2 kecil melintas jejari kaki ku.. Cik Ti buat window shopping kat bawah seat...
Quote tri-max 18-1-2019 12:13 PM
ni bukan tgk filem ngeri
trus rasa pengalaman ngeri
kalau aku lah, da lama blah dr wayang, tak payah tgu 2 jam tu
report pengurusan, balik umah beli cd pirate
Quote Sang_Pencinta 18-1-2019 12:45 PM
miszclassique replied at 18-1-2019 11:16 AM
Ya ampunn ada lagi ke org pergi growball ni. Tengok pun dah scary. Nak tiket murah haruslah service  ...

Growball ni murah kan? Rm7/8 sahaja
Quote miszclassique 18-1-2019 01:57 PM
Sang_Pencinta replied at 18-1-2019 12:45 PM
Growball ni murah kan? Rm7/8 sahaja

Aah tu tarikan dia and dia ada arcade sekali...masa iols ke KK ada survey nak tgk wayang kat mane tu yg tau tu. Dulu2 cinema ni pernah capai zaman kegemilangannya tapi sekarang dah tak terjaga. Tengok luaran je dah scary ape lagi kat dalam
Quote akudracula 18-1-2019 04:45 PM
melaka ade satu....
tempat letak panggung tu punye parking mcm tempat lepak org isap dadah menakutkan..
dlm panggung pong boleh tahan ngeri, dh mcm dlm citer hantu(rumah tinggal) dh tempat tu...
Quote dua_chzy 18-1-2019 04:48 PM
miszclassique replied at 18-1-2019 11:16 AM
Ya ampunn ada lagi ke org pergi growball ni. Tengok pun dah scary. Nak tiket murah haruslah service  ...

Ntahnya. 99% pilak ja biasanya yang gi situ.
Quote miszclassique 18-1-2019 07:54 PM
dua_chzy replied at 18-1-2019 04:48 PM
Ntahnya. 99% pilak ja biasanya yang gi situ.

Dataran KK tu dah mcm tempat melepak diorang ya malam2...dengan sampah sana sini
Quote arm_band 18-1-2019 08:23 PM
dah bawak bekalan makanan satu plastik sorang, mana lah tikus tak membiak
Quote Sang_Pencinta 19-1-2019 04:49 PM
Kena buat peraturan selepas habis wayang tolong pungut sampah sendiri

Lepastu kuatkuasa tak boleh bawa makanan luar

Quote cikkilata 20-1-2019 11:01 PM
Wow... x sangka cinema ni boleh jd scary cmni.. dulu masa blaja kat kk 14thn yg lalu, tmpt tu ok je... pakai student card, tgk wyg rm5 je...
Quote giyomi 21-1-2019 02:05 PM
Akak tak tgk citer kat panggung dah berbelas tahun...tak tau camne keadaan dlm pawagan camne...bila tgk kerusi diatas, euwww berdaki. Lagi2 bila fendatang dtg tgk, ntah apa2 ntah diaorg wat, mesti kaki letak atas kerusi....uwekkk
Quote star_karat 21-1-2019 05:05 PM
jangan main2 kena kencing tikus nanti...

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.066045s Gzip On
To Top