Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Wang Itu Bukan Miliknya" - Mufti Kelantan Gesa Peniaga Bundle Serah Duit Kepada Baitulmal

16-1-2019 11:19 AM Komen: 10

Bagai rezeki dari langit, seorang peniaga bundle menemui wang tunai sebanyak 550 000 Yen (RM20 755. 84) ketika membuka guni di kedainya di Bachok, Kelantan.


Kredit foto: NSTP


Pemuda berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata dia amat terkejut apabila menemui duit itu di dalam coat yang ada dalam guni tersebut. 


Katanya lagi, dia membeli guni itu dengan harga RM50 dari sebuah gudang di Wakaf Baru, Kelantan. Kisah penemuan duit yang berjumlah hampir dua puluh ribu ringgit ini menjadi viral selepas Wan Mohamad Adam berkongsi cerita ini di laman Facebook miliknya.


 

Kredit foto: NSTP

Kisahnya ini turut mendapat perhatian Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Menurutnya, wang itu harus diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan orang ramai.


 

Walaubagaimanapun, kata Mufti Kelantan lagi, wang yang ditemui tanpa pemilik sama ada ditemui di tepi jalan atau di mana mana bukanlah hak si penjumpa dan harus diserahkan kepada jabatan agama.


Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan lelaki itu yang memuat naik cerita tentang wang itu dan tindakan jabatan agama yang mahu mengambil duit tersebut. Jadi apa komen korang? Patut ke duit tu diserahkan ke jabatan agama? 


Betul ke tindakan lelaki itu menghebohkan wang yang dijumpainya? Komen pendapat anda di bawah! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote None68 8-2-2019 05:11 PM
Dapat duit tu diam2 je la yg riuh tu x pasal2 mufti pun nak bahagian dia..

Lain-lain Komen

Quote fushimi 16-1-2019 11:21 AM
kalau ko serah nampak sangat bendul

nasib ko bang tunjuk bodo kat socmed hujung hujung orang nak claim duit ko jumpa

kalau ko jumpa satu hinggit mesti takde orang claim
Quote RatuDunia94 16-1-2019 11:22 AM
Haha.. iols dah agak.  Mesti akan ada pihak yg bg sepatah dua kata.. len kali bro kalo ko rasa nk amik duit tu.. diam2 je dah la.. ni la padahnya bila monyet dapat bunga.
Quote tikusmontok 16-1-2019 11:23 AM
berapa banyak thread nak bukak? dah berpage2 org bincang.
Quote shark 16-1-2019 11:25 AM
fushimi replied at 16-1-2019 11:21 AM
kalau ko serah nampak sangat bendul

nasib ko bang tunjuk bodo kat socmed hujung hujung orang nak  ...



kenapa bendul pulak. memang bukan hak dia. hukum dia haram












Quote baghal_bortuqal 16-1-2019 11:29 AM
Penulis Cari.com ke ni?

Apa bangang bebenang dah berpuluh page LAGI NAK BUKA bebenang baru?


Jesus. Farking. Christ. Adab Kat punqok
Quote kaklong32 16-1-2019 12:29 PM
hahahaha sape suruh viralkan
Quote amukgemuk 16-1-2019 02:21 PM
Jom tengok sisi lain pulak.
Kau ada duit RM20K.
Siapa pun kau tak bagitahu.
Tinggal dlm beg compartment rahasia kt bhgn bawah tu. Nak simpan bank la nanti.
Sekali kau kena langgar lori, koma 4 bulan.
Org ingat kau dah nak mampus, so ntah sedara binawe mana ntah jual barang2 kau, beg, kasut, sepender,
sekarang barang kau dah sampai Eswatini.
Kau jaga je, beg kau pun dah takder. Lepas lekuk sedara binawe kau tu, kau pun redha je.
Semoga duit kau digunakan oleh orang baik2 je la.
Semoga ia tidak digunakan oleh mamat Afro Eswatini utk enjoy dengan betina2 kat situ.
Quote ChildrenOfBodom 16-1-2019 03:05 PM
ntah2 jumpak 3 billion yen,  dia habaq la jumpa 500 000 yen saja kt press, 500k yen ni modai utk jd viral
Quote giyomi 16-1-2019 05:28 PM
klu akak, akak simpan jer. Rezeki jgn ditolak kaedahnya
Quote None68 8-2-2019 05:11 PM
Dapat duit tu diam2 je la yg riuh tu x pasal2 mufti pun nak bahagian dia..

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057169s Gzip On
To Top