Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Hentikanlah 'Membawang', Lagi Elok Kalau Kita Lebihkan Makan Bawang Pula

15-1-2019 01:20 PM|Oleh: Monolog| Komen: 12

Kebiasaannya  bawang dijadikan salah satu bahan  pelengkap masakan untuk menambah rasa dalam masakan. Tahukah anda bawang juga sebenarnya bagus dimakan mentah?


Bawang merah mentah sebenarnya mempunyai bahan anti kanser.


Foto: Google

Menurut Dr Suri Roowi  yang merupakan saintis MARDI dibawah dinyatakan jenis bawang dan cara terbaik bawang digunakan untuk hidangan kita.


Jadi, kita boleh pilih jenis bawang yang betul untuk dimakan mentah. Contohnya dimasukkan ke dalam salad atau sandwich.


Kredit foto: Mingguan wanita

Berikut 7 khasiat Bawang Mentah yang kita perlu tahu :

1.Bawang merah mengadungi khasiat seperti organosulfur dan flavonoid.

2.Bawang merah juga bersifat antiplatelet iaitu bahan untuk mencegah pengumpulan darah dan antikanser khususnya usus,perut dan kerongkong.

3.Memakan bawang merah mentah juga bagus bagi  menghindari kita dari terkena sakit jantung dan stoke.

4. Sekiranya bawang merah dimasak, bahan antiplatelet ini akan mudah hilang. Malah dikatakan selepasa 10 minit dimasak, bawang sebaliknya akan merangsang aktiviti platelet menjadikan darah mudah bergumpal.

5. Pengumpalan darah boleh dicegah dengan hanya memakan bawang merah secara mentah.

6. Bawang merah juga tinggi  antioksidan dan vitamin C.

7.Bawang kuning pula mempunyai tinggi mineral ( fosforus, potassium,magnesium dan zat besi ).


Foto: Google

Satu petua yang dikongsikan untuk mengelakkan mata pedih semasa memotong bawang ialah menyimpannya dalam freezer selama 5 minit . Cara ini juga dikatakan meninggikan khasiat bawang di mana bahan antioksidan quercetin akan terhasil lebih banyak.

 

Sehubungan itu, marilah kita amalkan pemakanan bawang mengikut cara yang disyorkan  demi menjaga kesihatan tubuh kita. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
4
Bosan
2
Komen: 12
Komen

Previous : Cacing Pita Masih Hidup Berukuran 10 Sentimeter Dikeluarkan Dari Otak Lelaki Ini

Next       : Pelik! Wanita Ini Jadi Pekak Bila Dengar Suara Lelaki Saja

Komen Terbaru

Quote monolog 12-4-2019 11:22 AM
bazarayamy replied at 11-4-2019 04:31 PM
ingat lagi masa student dulu selalu tumis bawang, bawang putih  dengan cili kering satu pinggan penu ...

sama lah kita...mkn dengan nasi panas-panas..sedap

Lain-lain Komen

Quote allysumc 15-1-2019 01:35 PM
Iolls klu masak mmg suka taruh bawang merah byk2
Quote intan_smsb 15-1-2019 02:47 PM
meols setiap kali gi beli brg wajib borong bawang walaupun kt rmh banyak lagik
Quote Artemesiaa 15-1-2019 02:50 PM
Tapi kalau dah makan terlalu banyak boleh buat badan berbau bawang
Quote chinta89 15-1-2019 02:57 PM
allysumc replied at 15-1-2019 01:35 PM
Iolls klu masak mmg suka taruh bawang merah byk2

adik i pun mcm tu. dia kata msln akan jd lbh sedap. mmg pun. utk sesetengah mskn jd sesuai bila lbh bawang.
Quote jengkoil 15-1-2019 05:02 PM
orang kata..makan bawang akan memekatkan..... betul ke?
Quote pinklepie 17-1-2019 08:16 PM
Kucing tak boleh makan bawang kerana pengambilan bawang yg byk boleh menyebabkan anemia pada kucing dan seterusnya membawa kematian pada kucing. Kalau nk bagi kucing makan makanan lebihan kita asingkan dulu bawangnya(kalau makanan tu ada bawang ler) . Info tambahan.
Quote monolog 17-1-2019 10:18 PM
pinklepie replied at 17-1-2019 08:16 PM
Kucing tak boleh makan bawang kerana pengambilan bawang yg byk boleh menyebabkan anemia pada kucing  ...

Info tambahan yang bagus
Quote pinklepie 17-1-2019 11:19 PM
monolog replied at 17-1-2019 02:18 PM
Info tambahan yang bagus

TQ
Quote anaktoyol 18-1-2019 11:16 AM
lelaki klu mkn  bawang mentah...biasa klu mkn sate/laksa....sperm mesti bebau lain mcm...
Quote duffyduck 20-1-2019 01:36 PM
tapi mkn bwg banyak ni deodorant pon kena byk ya. mandi kena rajin. nnt bau office hahaha.
Quote bazarayamy 11-4-2019 04:31 PM
ingat lagi masa student dulu selalu tumis bawang, bawang putih  dengan cili kering satu pinggan penuh jadi sayur... makan ramai2 dgan kawan satu rumah dengan telur goreng ngan kicap.
Quote monolog 12-4-2019 11:22 AM
bazarayamy replied at 11-4-2019 04:31 PM
ingat lagi masa student dulu selalu tumis bawang, bawang putih  dengan cili kering satu pinggan penu ...

sama lah kita...mkn dengan nasi panas-panas..sedap

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047767s Gzip On
    To Top