Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Dulu Main Kejar-kejar Di Kampung, Kini Dijadikan Sukan Profesional!

1-2-2019 12:14 PM|Oleh: Archaiv| Komen: 11

Sumber imej: iprosport

Asyik tengok sukan mainstream dan tidak puas hati dengan keputusannya? Tengoklah sukan alternatif yang rasanya semua orang mengaku hebat ketika zaman kecil dulu. 

Generasi X, Betul tak? kita semua jaguh dalam permainan kejar-kejar tradisional. Sekarang, cuba pula tengok bila sukan ini dibawa ke tahap profesional.

World Chase Tag ini sebenarnya diinspirasikan daripada permainan tradisional khususnya di asia. Pada tahun 2017, permainan ini telah dijadikan sukan indie di peringkat profesional. Konsep permainannya masih sama iaitu melibatkan dua aksi; yang mengejar dan yang dikejar. 

Namun, untuk menjadikan ianya sukan yang adil,  undang-undangnya mestilah dibentuk. Sukan ini memerlukan kawasan persegi yang tidak terlalu besar. Halangan-halangan juga perlu bagi mempamerkan kelincahan pemain-pemainnya. Kebanyakkan ahli pemainnya merupakan atlet parkour, tricking dan free running.


Sumber imej : Linkhub

Menurut portal World Chase Tag, sukan ini mempunyai beberapa format; Winner-stay-on berpasukan dan individu, Multiplayer, Matchplay, Single Matchplay. Kesemua format permainan menggunakan sistem pungutan mata berdasarkan set pada setiap pusingan dalam set. 

Pusingan pula adalah proses kejar-mengejar dalam masa 20 saat ataupun 40 saat bagi format multiplayer bagi setiap pemain yang keluar masuk setiap pusingan itu. Pemain yang keluar daripada kawasan garisan akan menyebabkan mata diberikan pada pihak lawan.



Setakat ini, sukan indie ini belum ada di Malaysia. Mungkin kerana sukan ini dianggap sukan ekstrem dan mempunyai persamaan dengan Parkour dan sewaktu dengannya dan rakyat Malaysia takut untuk mencubanya sedangkan semua orang tahu berlari, cuma perlu tambah asas dalam Parkour sahaja. Selebihnya, kreativiti dan kelincahan pemain dalam menggunakan halangan sebagai kelebihan.

Kepada sesiapa yang berasa dirinya hebat ketika budak-budak dulu bermain kejar-kejar, polis sentri atau sewaktu dengannya, persilakanlah mencuba dalam bidang profesional ini pula ya! 

Cuba buat dulu di rumah dengan kerusi, sofa, meja makan, tangga dengan ahli keluarg. Tapi, jangan buat kat orang tua pula. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Previous : OK... Apa Maksud Asalnya?

Next       : Hotel Futuristik Terpaksa Pecat Pekerja Robot Kerana Menganggu Pelanggan

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
OK... Apa Maksud Asalnya?
"Biasalah Dua Lelaki Bergaduh" - Dihentam Caprice, Sajat Ada Modal Nak Balas Ke?
Wanita Cabul 5 Kanak-kanak Lelaki Dan Perempuan
Ugut Tumbuk Ibu Kerana Tak Masak Mi Segera, Lelaki Dipenjara 9 Bulan
Siapa Di Sebalik Kostum Doraemon Itu? Anda Mesti Sebak Bila Tahu Siapa Dia Sebenarnya...
Kenapa Buas Sangat Ni Dik...
Larang Kotak TV Android, Siapa Yang Untung?
Alena Kravchenko, Rapunzel Sebenar Di Dunia Nyata
11 Keseronokan Di Sanrio Hello Kitty Town, Buat Kanak-Kanak Dan Penggemar Hello Kitty Naik Gila!
Arianna Grande Jadi Bahan Lawak, Tatu Baru '7 Rings' Jadi 'BBQ Grill'
Serang Polis Dengan Cangkul Kegiatan Jenayah Terbongkar
"Abang Sajat Tak Kecut Telur Ke Tu?" - Netizen Sindir Sajat Acah Bollywood Dikelilingi Salji
Tak Rela Dibedah Siasat, Bapa Larikan Mayat Anak Dari Bilik Mayat
Pelajar Wanita Dipenjara 6 Tahun Rompak Kenalan Tinder
Sekumpulan Lelaki Solat Dalam Komuter Dikecam, Rupa-rupanya...
Haram Juara Lagu AJL33, Tahniah Semua Pemenang!
Nota Misteri Di Rumahnya, Pemuda Sangka 'Stalker' Ceroboh Kediamannya, Rupanya..
Najis Penguin Ini Terlalu PINK Sehingga Boleh Dilihat Dari Angkasa!
'Annabelle Hokkaido', Kisah Patung Berhantu Kekal Misteri Hingga Hari Ini
E-Sports Berpotensi Jadi Sukan Di Masa Hadapan! Apa Kata Anda?
Beijing Nekad Hapuskan Papan Tanda Tak Masuk Akal Menjelang Winter Olympic 2022
Nak Cari Penyakit Walaupun Anda Sihat? Beli Tisu Ini, Terus Dijangkiti Selesema

Komen Terbaru

Quote Archaiv 7-2-2019 11:55 AM
leylapple replied at 7-2-2019 11:29 AM
masa kecik2 main kejar2 nie paling aku suka... paling lawak main kejar2 pegun... kalau dipegang mest ...

Terima kasih baca.  Hahaha..  Tempat kami pula kena angkat tangan dan ckp 'cop'.. Pastu tunggu kawan tag selamat kita.

Lain-lain Komen

Quote AyaqMeloSuam 1-2-2019 02:14 PM
Indon x mo claimed kah sukan nih dia plopornya? Mostly apa yg kluar jer dr bhgian Asia ni.. dorg nk claimed even dorg tau kita semua SERUMPUN.. {:nose
Quote Archaiv 1-2-2019 02:30 PM
AyaqMeloSuam replied at 1-2-2019 02:14 PM
Indon x mo claimed kah sukan nih dia plopornya? Mostly apa yg kluar jer dr bhgian Asia ni.. dorg nk  ...

Terima kasih baca.
Quote Artemesiaa 1-2-2019 03:53 PM
Kecik2 rak puas main polis and thief macam ni ler jadinya terbawak2 sampai ke besar
Quote Archaiv 1-2-2019 04:04 PM
Artemesiaa replied at 1-2-2019 03:53 PM
Kecik2 rak puas main polis and thief macam ni ler jadinya terbawak2 sampai ke besar

Terima kasih baca. Ya, tapi best juga tengok video youtube dorang ni main kejar2. Hehehe..
Quote RatuDunia94 2-2-2019 12:20 AM
Tempat iols dulu panggil permainan ni.. Ram Rem Pus..
Quote Archaiv 2-2-2019 12:22 AM
RatuDunia94 replied at 2-2-2019 12:20 AM
Tempat iols dulu panggil permainan ni.. Ram Rem Pus..

Terima kasih baca.  
Quote None68 5-2-2019 07:27 AM
AyaqMeloSuam replied at 1-2-2019 02:14 PM
Indon x mo claimed kah sukan nih dia plopornya? Mostly apa yg kluar jer dr bhgian Asia ni.. dorg nk  ...

Btol tu mmg Indon punya
Quote zamzuri12 7-2-2019 09:53 AM
dulu ni kami panggey aci ligan...
Quote Archaiv 7-2-2019 10:42 AM
zamzuri12 replied at 7-2-2019 09:53 AM
dulu ni kami panggey aci ligan...

Terima kasih baca. Hahaha..  Memang permainan tradisional ni banyak nama pun.
Quote leylapple 7-2-2019 11:29 AM
masa kecik2 main kejar2 nie paling aku suka... paling lawak main kejar2 pegun... kalau dipegang mesti freeze position.time nie la pihak pengejar nak buat lawak...

Quote Archaiv 7-2-2019 11:55 AM
leylapple replied at 7-2-2019 11:29 AM
masa kecik2 main kejar2 nie paling aku suka... paling lawak main kejar2 pegun... kalau dipegang mest ...

Terima kasih baca.  Hahaha..  Tempat kami pula kena angkat tangan dan ckp 'cop'.. Pastu tunggu kawan tag selamat kita.

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043533s Gzip On
    To Top