Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Pilih Cepat! Lapan Jejaka Kacak LAZADA Yang Anda Boleh 'Bawa Balik' Sempena CNY

15-1-2019 01:04 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 33

Adakah anda dah penat menjawab soalan makcik-makcik bawang kenapa masih single di tahun 2019 ini? 

Portal membeli-belah online terkenal Lazada kini menawarkan satu peluang untuk anda untuk membawa pulang seorang teman lelaki idaman pada cuti Tahun Baru Cina yang bakal tiba tak lama lagi.


Kredit foto: Lazada
Bermula 16 hingga 18 Januari, Lazada akan menganjurkan sebuah sebuah pertandingan membida harga di mana pemenangnya akan membawa balik seorang lelaki kacak sebagai teman pada CNY tahun ini. Lapan orang jejaka kacak yang ditawarkan untuk pertandingan itu ialah Eden See, Joseph Lee, Varhoon Vystra, Nigel Chin, Ilman Hakeem, Dennis Yin, Adery Chin, and Cyrus Yong. 



Kredit foto: Lazada


Inilah barisan jejaka yang anda bakal bawa pulang:



Adery Chia
Tinggi : 176 cm
Hobi: Workout, Anime and Play Dota2 
Favourite Quote: "Surpass yourself right here right now and smile."





Varhoon
Tinggi: 184cm
Hobi: Bersenam, main piano
Favourite Quote: "Work hard in silence and let success make noise."



Cyrus Yong
Tinggi: 175 cm
Hobi: Traveling
Favourite Quote: "Life is short, so enjoy it to the fullest." 



Eden See
Tinggi: 185cm
Hobi: Socialising, gym and fitness
Favourite Quote: "I am whatever you need me to be." 




Muhammad Ilman 
Tinggi: 178cm
Hobi: Travelling
Favourite Quote: "A man will never shake another man's hands shaking down." 





 Joseph Yee
Tinggi: 190cm
Hobi: Brazilian Jiujitsu, bersantai di pantai, menonton The Notebook, menari, memasak
Favourite Quote: "Joseph, when you getting married?" - Chinese New Year aunty



Dennis Yin 
Tinggi: 175cm
Hobi: Menari
Favourite Quote: "The man who moves a mountain begins by carrying away small stones." - Confucius 




 Nigel
Tinggi: 178cm
Hobi: Melakar / Melukis
Favourite Quote: "Smile and the world will smile with you."


Bagaimana caranya? Mudah, anda hanya perlu memuat turun Aplikasi Lazada dan membida turun (bukan membida naik) harga setiap jejaka bermula RM8,888 sehingga RM0. Anda perlu menjadi pembida terendah pada bidaan ke-48 untuk memenangi jejaka tersebut.


Kredit foto: Lazada
Pertandingan yang akan tamat pada 26 Januari ini dinamakan 'Slash It' dan keterangan lanjut boleh didapati dalam aplikasi tersebut.

Selamat mencuba nasib kepada semua gadis-gadis single sekalian! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
7
Terkejut
11
Sedih
8
Lawak
8
Bosan
8
Komen: 33
Komen

Previous : Mahu Jadi Jutawan Dan Memenangi Ganjaran USD3 Juta? Jom Sahut Cabaran Richard Branson!

Next       : Transgender Termuda Berusia Lima Tahun! Salah Siapa?

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 8-3-2019 09:17 PM
Smua ade bf.. Pitamsss. Kah3

Lain-lain Komen

Quote besarkecik 15-1-2019 01:37 PM
Lepas tu apa yg jadi?
Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 01:40 PM
Rasanya ini untuk bawa jalan2 sehari je masa CNY dinner tu

Lepas tu jantan tu balik kampung dialah kot??
Quote rosa_canina 15-1-2019 01:48 PM
kira mcm blind date la ekk
Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 01:50 PM

Atau bodyguard beraya rumah makcik2 bawang masa CNY nanti

Supaya tak kena tanya mana boyfriend? kenapa single? bila nak kawin?
Quote fushimi 15-1-2019 01:50 PM
bawa balik lepas tu tak yah pulangkan ke

Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 01:54 PM
fushimi replied at 15-1-2019 01:50 PM
bawa balik lepas tu tak yah pulangkan ke

Kalau sis menang bidaan paling rendah untuk leng zai tu sis tapau dia sehari je sis

jadi bodyguard
Quote fushimi 15-1-2019 01:56 PM
Sang_Pencinta replied at 15-1-2019 01:54 PM
Kalau sis menang bidaan paling rendah untuk leng zai tu sis tapau dia sehari je sis

jadi bodygu ...

kalau sehari je tak mo lah
tak voleh nak main cak cak pok amai amai
Quote rosa_canina 15-1-2019 02:02 PM
Sang_Pencinta replied at 15-1-2019 01:50 PM
Atau bodyguard beraya rumah makcik2 bawang masa CNY nanti

Supaya tak kena tanya mana boyfriend? ...

ooo ..ala2 teman lelaki upahan  
Quote syadq 15-1-2019 02:16 PM
Sorang tu dah ada boifren.  
Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 02:18 PM
syadq replied at 15-1-2019 02:16 PM
Sorang tu dah ada boifren.

Alamak, dah ada bf ke gf??
Quote syadq 15-1-2019 02:28 PM

Bf tapi kapel low profile katanya tak menunjuk sgt..haha
Quote RatuDunia94 15-1-2019 02:34 PM
Not bad.. sesekali teringin daging mandarin di Pagi CNY.
Quote RatuDunia94 15-1-2019 02:37 PM
syadq: Sorang tu dah ada boifren.  


[Ig]https://www.instagram.com/p/BsS-rXLFAQR/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1vhg5qx45e1zh[/ig]
Quote pia250110 15-1-2019 02:41 PM
nigel plisss..minat kite same
Quote pia250110 15-1-2019 02:41 PM
Edited by pia250110 at 15-1-2019 02:44 PM

nigel gayah ka???ermmmmmmm
Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 02:44 PM
Jatuhlah saham Nigel lepas ni tak ada siapa wanita yg nak bida dia

Quote Artemesiaa 15-1-2019 02:45 PM
Dah macam kar China semuanya boleh disewa
Quote pokaibanktokyo 15-1-2019 02:48 PM
Hadapla amoi kalau tak kisah saiz 2B
Quote annehuda 15-1-2019 02:53 PM
wow bleh tahan tasty gak diorg nih

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044986s Gzip On
    To Top