Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Sedap Dibuat Ulam, Jering Boleh Mengakibatkan Kegagalan Buah Pinggang?

14-1-2019 11:42 AM|Oleh: monolog| Komen: 16

Masyarakat melayu khususnya suka memakan ulam. Jering adalah salah satu daripadanya. Namun, sebenarnya tidak semua orang boleh memakan jering.


Kredit foto: Google

Pernahkah anda mendengar, memakan jering yang tidak direbus terlebih dahulu atau mentah dalam kuantiti banyak sangat berbahaya dan boleh membawa maut?

Memetik Mingguan Wanita, istilah perubatannya disebut sebagai Jering Nephropathy yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang. Orang tua-tua mengenal pasti penyakit ini sebagai terkepit jering.

Menurut sebuah sorotan kajian oleh Bunawan et al (2014), daripada 96 kes Jering Nephropathy yang dilaporkan dalam jurnal perubatan, ada empat kes di mana pesakit meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.

Gejala awal, pesakit akan merasa senak perut atau sakit perut yang amat sangat dan tidak boleh kencing walaupun ingin kencing.

Buah jering mengandungi sejenis bahan yang  dinamakan asid djenkolic yang merupakan toksid pada buah pinggang manusia. Fungsi buah pinggang boleh merosot sekiranya tidak dirawat segera.


Kredit foto : Google

Rawatan awal yang boleh dibuat adalah dengan rawatan hidrasi melalui drip intravena, namun ada beberapa kes yang memerlukan pembedahan. 

Sebuah laporan kes oleh Wong JS et al (2007) di Hospital Umum Sarawak, prosedur stenting terpaksa dilakukan kepada kedua-dua buah pinggang pesakit. Hanya setelah stent dimasukkan, barulah pesakit boleh membuang air kecil dan fungsi buah pinggang beransur pulih.


Berikut adalah saranan yang dinyatakan kepada penggemar jering.

1. Kepekatan asid djenkolic yang tinggi dalam buah jering tua. Jadi, elakkan memakan jering yang telah tua.

2. Jering mentah memang sedap dimakan sebagai ulam. Namun, harus dielakkan kerana tidak elok untuk buah pinggang manusia.

3. Walaupun anda biasa memakan jering, namun bersederhanalah dalam pengambilannya. Jangan memakan jering terlalu banyak.

4. Sekiranya anda sememangnya menghidapi penyakit buah pinggang kronik, anda dilarang sama sekali daripada memakan jering!

5. Banyakkan minum air setelah memakan jering.

6. Sekiranya berasa sakit perut dan kecing berdarah, segeralah mendapatkan rawatan di hospital.


Mungkinkah anda pernah mengalami gejala ini? Kesimpulannya, bersederhanalah dalam mengambil apa-apa pemakanan. Makan terlalu banyak memang boleh membawa kesan buruk pada tubuh badan, kan? Jadi, ambillah ilmu ini sebagai pedoman bersama. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 16
Komen

Previous : Minuman Yang Melegakan Harian Anda!

Next       : Hentikanlah 'Membawang', Lagi Elok Kalau Kita Lebihkan Makan Bawang Pula

Komen Terbaru

Quote clarizsa 19-1-2019 10:31 PM
I x suka jering
Buat lidah rasa semacam
Kerdas/keduak kalau sikit ok tp bila byk dh rasa semacam gak

Petai je yg ok

Lain-lain Komen

Quote chinta89 14-1-2019 11:58 AM
i pernah bc artikel ade makcik ni org2 tua kampung lah orangnya. dia buat rebus jering cicah kelapa parut. n ade yg rare tu (rare atau aku yg xtahu..) dia tanam/kambus dulu jering tu dalam tanah. x silap aku 3 hari. yg ni bukan sebarangan tanam je. kena ada cara ye guys! dia mcm kambus2 gtu. tp kena elakkan terkena air. than lps cukup 3 hari tu, dia ambik balik. lupa lps tu boleh terus makan atau kena buat mcmne, yg ingat part kambus2 tu..
Quote Artemesiaa 14-1-2019 12:17 PM
Nasib tak suka makan sebab baunya
Quote gerbera.memopad 14-1-2019 12:34 PM
Ada eh org makan jering mentah2 gitu? Sedap ke gitu?

Aku ingat org rebus dulu baru makan dgn parut kelapa.
Quote haryatie 14-1-2019 12:44 PM
x pernah mkn jering ni
bau busuk sgt
Quote insulin 14-1-2019 02:03 PM
Apa la yang sedap sangat jering? Ianya cuma berasa pahit dan kelat je...
Quote buragazz 14-1-2019 02:56 PM
Mak long aku suka buat kari jering ni dia rebus pastu tumbuk samai leper pastu buat kari.. anak dia yang baya aku tu suka naw2 makan dah ler buah pinggang dia tu satu rosak dari kecik..
Quote dekmieDandy 14-1-2019 03:34 PM
lagi power sikit dr jering ni buah kerdas

bau di piau habis, kalah bau jering ni
Quote DollahRepek 14-1-2019 03:36 PM
Jering muda sedap..cicah pulak dengan sambal tempoyak
Quote EvieWanKenobi 14-1-2019 05:30 PM
wahh.. selama ni ingat jering
bagus untuk cuci kencing..
Quote munchkin 14-1-2019 05:56 PM
So i was told almost 15 years ago. Not to consume especially with coconut water
Quote RatuDunia94 15-1-2019 07:35 AM
chinta89: i pernah bc artikel ade makcik ni org2 tua kampung lah orangnya. dia buat rebus jering cicah kelapa parut. n ade yg rare tu (rare atau aku yg xtahu..) ...


Jering cambah ke sis? Sheila Rusly suka masak jering cambah ni..
Quote tikusmontok 15-1-2019 09:43 AM
RatuDunia94 replied at 15-1-2019 07:35 AM
Jering cambah ke sis? Sheila Rusly suka masak jering cambah ni..

jering cambah sedap goreng cili api dengan ikan bilis. kena hiris nipis2 dan goreng garing.
Quote paz 15-1-2019 04:20 PM
Tidak berapa gemar, nasib baik.
Quote cmf_jeangrey 16-1-2019 06:44 AM
Petai pun aku xleh lepas tekak inikan pulak jering..tp bila tgk org makan nmpk cam sedap sgt cuma diri ni jenis x tahan bau yg kuat tu
Quote kuchenta_81 16-1-2019 11:34 AM
chinta89 replied at 14-1-2019 11:58 AM
i pernah bc artikel ade makcik ni org2 tua kampung lah orangnya. dia buat rebus jering cicah kelapa  ...

Atuk ai dulu suka buat camni, bubuh dalam pasu kat tepi dapo
2-3 hari nanti jering jadi hijau ada urat2 kot
bila makan krup krap bunyinya

dulu ai suka je makan jering muda buat ulam
skang susah nak jumpa then bila baca info ni kena elakkan laaa
Quote clarizsa 19-1-2019 10:31 PM
I x suka jering
Buat lidah rasa semacam
Kerdas/keduak kalau sikit ok tp bila byk dh rasa semacam gak

Petai je yg ok

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044638s Gzip On
    To Top