Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tauke Restoran Berhati Mulia, Tawar Pekerjaan Kepada Pencuri Sosej Di Premisnya

Oleh: Tukang Tulis|10-1-2019 12:00 PM Komen: 11
Seorang pemilik restoran di China menunjukkan sikap yang luar biasa dengan menawarkan pekerjaan kepada individu yang mencuri 15 kilogram sosej dari premisnya.

Tawaran itu dibuat melalui surat terbuka yang disiarkan oleh akhbar Yangtze Evening Post baru-baru ini.

Sosej panjang yang dijual di China (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Global Times pada 9 Januari lalu melaporkan, pemilik restoran, Wu Jun sanggup membayar gaji sebanyak 6,000 yuan sebulan kepada pencuri tersebut.

Dalam kejadian pada 3 Januari lalu, rantaian sosej yang panjang bernilai 500 yuan telah dicuri dari restoran yang terletak di Suzhou, Wilayah Jiangsu pada pukul 3.28 petang.

Tidak dapat dipastikan sama ada Wu benar-benar serius tentang tawaran kerja itu tetapi dalam surat berkenaan, dia mengagumi keberanian dan kepantasan pencuri tersebut selain menambah, suspek pasti sedang berdepan dengan kesulitan hidup.

Wu menawarkan pekerjaan kepada individu yang mencuri sosej dari restorannya (gambar hiasan), Kredit foto: Carian Google
"Mungkin dia mencuri sosej saya disebabkan baunya yang sangat lazat. Sekiranya dia tampil mengaku kesalahannya, saya tidak akan mengambil tindakan terhadapnya," katanya.

Wu secara berseloroh turut mengingatkan orang ramai bahawa pencuri itu masih lagi bebas.

Memang sukar dicari manusia berhati mulia seperti pemilik restoran ini yang sanggup membantu orang yang mencuri di kedainya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
14
Marah
18
Terkejut
14
Sedih
10
Lawak
16
Bosan
15
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote haryatie 6-3-2019 08:53 AM
buat apa nya curi byk2 tu
nak kata tringin nak mkn x kan sebyk tu
maybe utk makan seminggu dua kut
nsib baik tokeh kedai tu baik hati

Lain-lain Komen

Quote chicozinn 10-1-2019 12:04 PM
kalu curi sekilo dua tu pham la sebab teringin nak makan plus pencuri tu xde duit nak beli tapi ni curi sampai 15 kg agak2 pencuri nak jual balik ke acaner tu?
Quote tumpanglalu74 10-1-2019 12:08 PM
Melepaskan anjen tersepit..  Lebih baik kasi tumpang dudok serumah pree teros..  Baru la jadi Boss Of The Year gittew..
Quote chinta89 13-1-2019 11:15 AM
so sape2 nk beli sosej tu tilik2 dulu entah2 sosej kat kedai tu..


pencuri tu mkn je lah sampai habis... kang kalau jual org boleh agak curi dari sini.
Quote onexox97 13-1-2019 11:22 AM
Dh jadi bhn buang dh kot sosej tu

Tapi napa lain macam je sosej tu
Quote Burong_Hantuk 13-1-2019 11:31 AM
tak selera lah,kasik percuma pun x nak
Quote hussaini4675 6-3-2019 08:31 AM
chicozinn replied at 10-1-2019 12:04 PM
kalu curi sekilo dua tu pham la sebab teringin nak makan plus pencuri tu xde duit nak beli tapi ni c ...

dia belanja satu kampung agaknya
Quote hussaini4675 6-3-2019 08:32 AM
tumpanglalu74 replied at 10-1-2019 12:08 PM
Melepaskan anjen tersepit..  Lebih baik kasi tumpang dudok serumah pree teros..  Baru la jadi Boss O ...

nanti ambik bekerja dia curi duit pulak
Quote hussaini4675 6-3-2019 08:32 AM
onexox97 replied at 13-1-2019 11:22 AM
Dh jadi bhn buang dh kot sosej tu

Tapi napa lain macam je sosej tu

sosej kat china memang camni rupanya
Quote rosa_canina 6-3-2019 08:38 AM
kalo 15kg mybe dia jual semula kot  

Quote Bedah.Cun 6-3-2019 08:46 AM
Ok jer jiejie neh jual sosej babi duk kat china gak. Nape die tak merempat kat penang feeling2 duk kat china macam sekoh yang duk penang toh?
Quote haryatie 6-3-2019 08:53 AM
buat apa nya curi byk2 tu
nak kata tringin nak mkn x kan sebyk tu
maybe utk makan seminggu dua kut
nsib baik tokeh kedai tu baik hati

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.288925s Gzip On
To Top