Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kejam! Lelaki Campak Dua Kucing Peliharaan Dari Tingkat Tiga Pangsapuri

Oleh: Tukang Tulis|10-1-2019 11:04 AM Komen: 21
Gambar Hiasan

Seorang pejalan kaki di sekitar sebuah pangsapuri di Boon Lay, Singapura, terkejut apabila melihat seekor kucing dan anaknya dicampak dari tingkap dapur sebuah rumah di tingkat tiga.

Saksi kejadian, Muhamad Ilham ketika memberi keterangan di mahkamah pada 7 Januari lalu berkata, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika melihat perkara tersebut.

Memetik laporan Yahoo! News, dalam kejadian pada 2 Julai 2017 itu, kucing bernama Quek Quek telah melarikan diri dan tidak ditemukan sehingga kini.

Anak kucing itu pula mengalami kecederaan ringan pada kaki belakang di bahagian kanan dan pihak polis membenarkan seorang penduduk di blok pangsapuri sama untuk membawanya pulang.


Gambar Hiasan


Berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan itu, Krishnasamy Kaliyappan, 50, yang juga pemilik dua kucing berkenaan dikenakan denda sebanyak 16,000 Dolar Singapura (RM48,551) di bawah Akta Haiwan dan Burung oleh mahkamah pada 9 Januari lalu.

Selain dilarang daripada memiliki haiwan peliharaan selama setahun, dia yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan turut berdepan hukuman lapan minggu penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Dalam pembelaannya, Krishnasamy merayu agar hukumannya diringankan dengan memberi alasan perbuatan itu dilakukan ketika dia mabuk.

 

Kredit foto: Yahoo! News


Kesalahan itu bukan yang pertama dilakukannya. Pada 2012, Krishnasamy didenda sebanyak 5,000 (RM15,172) Dolar Singapura kerana melemparkan dua ekor anjing dari tingkap bilik tidurnya.

Menurut laporan, dia menjalani hukuman penjara selama lima minggu setelah gagal membayar denda tersebut.

Adalah lebih baik tidak memelihara haiwan jika tidak mampu menjaga mereka dengan baik. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
20
Terkejut
18
Sedih
12
Lawak
8
Bosan
19
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote None68 18-2-2019 11:45 PM
Bukan kucing dia ler tu ye..

Lain-lain Komen

Quote HujanBatuTiga 10-1-2019 11:08 AM
Dh ada history lempar anjing sblm ni patutnya dilarang terus bela binatang. Setakat setahun kejap sgt!
Quote prettyuglybabe 10-1-2019 11:37 AM
bila la malaysia nak buat law pada penganiaya binatang macam ni..
Quote slyfynx 10-1-2019 11:46 AM
Kejadian 2017 eh?
Cume sebut kes tahun ni kan
Quote DayangKirana 10-1-2019 12:00 PM
First anjing..then kucing..then what? anak orang?

Better denda, penjara AND buat public service skali..
bagi lesson sikit so that it wont happen again.
Quote Artemesiaa 10-1-2019 12:04 PM
Selain hukuman tu elok larang dia terus dari pelihara haiwan takut kejadian sama berulang lagi dimasa depan.
Quote nuryakmal 10-1-2019 12:06 PM
tak payah  bela la.
menyusahkan binatang tu sendiri
Quote Ema.Asmadi 10-1-2019 12:08 PM
Mesti kes berak merata2
Quote wirazam 10-1-2019 12:10 PM
bukan ke kalau perumahan apartment ni tak dibenarkan bela binatang...kalau nak bela jugak sila blk kampung or beli rumah bertanah sendiri
Quote tikusmontok 10-1-2019 12:13 PM
HujanBatuTiga replied at 10-1-2019 11:08 AM
Dh ada history lempar anjing sblm ni patutnya dilarang terus bela binatang. Setakat setahun kejap sg ...

patut hukuman lempar dia pulak. kalau mampos terus untung.
Quote () 10-1-2019 12:14 PM
ni ke kucing pelakon hidong besar rita rudiani yg hilang tu???
Quote EvieWanKenobi 10-1-2019 12:54 PM
apasal sendiri tak terjun aje?
Quote Malaysia.Doom 10-1-2019 02:26 PM
Kalau kes camni kat Malaysia Tok Lobai PAS pon tak lantang.
Quote Malaysia.Doom 10-1-2019 02:26 PM
Kalau kes camni kat Malaysia Tok Lobai PAS pon tak lantang.
Quote chinta89 10-1-2019 02:31 PM
cuba campak dia, tgk ok tak?
Quote highcastle 10-1-2019 02:47 PM
Apsal bila aniaya binatang kucing selalunya mesti melibatkan bangsa ni yek.....?..
Quote moonbug 10-1-2019 02:58 PM
Yang bagusnya Singapore memang take animal cruelty seriously, cepat je kena hukum. Harap Malaysia ikut sama tang enforcement
Quote coughtlava 10-1-2019 03:00 PM
semalam mimpi suruh campak la tu

kalau mimpi buat kuil, terpacak la kuil bawah flat tu

Quote clarizsa 10-1-2019 03:01 PM
Tudiaaa denda
Puas hati la bayar kan
Malaysia ni bunuh anjing ke kucing ke tetap boleh tersenyum bangga

Otak tak betul ke pelaku tu asyik lempar pets dia ke bawah
Quote Rogue98 10-1-2019 06:30 PM
Dah mabuk tu apasal tak jatuhkan hukuman di larang minum arak selama nye.

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.291282s Gzip On
To Top