Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Nota Misteri Di Rumahnya, Pemuda Sangka 'Stalker' Ceroboh Kediamannya, Rupanya..

10-1-2019 05:02 PM|Oleh: CSuy| Komen: 34

Seorang pengguna laman sesawang RedditRedditor RBradbury1920 telah berkongsi sebuah kisah misteri menerusi saluran r/legaladvice. Untuk pengetahuan pembaca, saluran tersebut membolehkan seorang Redditor mendapatkan nasihat-nasihat dari segi perundangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kredit Foto: Reddit

Pada mulanya, pemuda ini dikejutkan dengan beberapa nota Post-It bertulisan tangan yang muncul secara misteri dalam pangsapuri sewaannya. Kerana tulisan tangan di nota-nota tersebut tidak menyerupai gaya penulisannya, beliau mengesyaki bahawa kediamannya telah dicerobohi oleh seseorang. Nota Post-It yang pertama mengandungi pesanan untuk melaksanakan beberapa tugas dan merahsiakannya dari semua orang. Manakala nota kedua pula menggesanya agar menyimpan kesemua dokumen.

Sekadar gambar hiasan. Kredit Foto: Pixabay

Beliau cuba merungkaikan misteri ini dengan memasang sebuah kamera web yang menghadap meja komputernya dengan harapan untuk merakam sebarang pergerakan penceroboh tersebut. Selepas 2 minggu, sekeping nota Post-It muncul lagi. Nota tersebut berbunyi, "Pemilik rumah ini tak benarkan saya untuk bercakap denganmu, namun ia penting untuk kita bertemu".

Berasa bimbang, beliau cuba mendapatkan video rakaman dari kamera web yang dipasang. Peliknya, tiada langsung fail berkaitan video rakaman tersimpan di dalam komputer peribadinya!

Kredit Foto: Pixabay

3 hari kemudian, beliau menemui sekeping lagi nota Post-It yang kosong. Kali ini, ia ditampal di luar pintu kediamannya. Malah pintu-pintu kediaman jirannya turut ditampal dengan nota Post-It yang berlainan warna.

Pemuda ini merasakan bahawa barangkali semua kejadian misteri ini berpunca dari dirinya yang mengalami gangguan tidur berjalan. Ini kerana kesemua nota tersebut merupakan bahan alat tulis miliknya. Selain itu, beliau juga mengesyaki pemilik kediamannya sendiri yang mungkin menceroboh kediamannya menggunakan kunci pendua.

Kisah pemuda ini menarik perhatian para Redditor. Dalam banyak-banyak komen yang diterima, seorang Redditor telah menyuarakan saranan yang tak disangka-sangka: Beliau menggesa pemuda ini untuk memantau kadar gas Karbon Monoksida (CO) dalam kediamannya dengan memasang sebuah alat pengesan gas.

Kredit Foto: The Spruce

Pelik bukan? Namun saranan ini berdasarkan keadaan kediamannya yang digambarkan sebagai memiliki bilik tidur tidak bertingkap, ruang yang sempit dan pengudaraan yang kurang baik.

Pemuda ini menurut saranan tersebut. Ternyata telahan Redditor tersebut tepat: Alat pengesan gas menunjukkan bacaan gas CO di kediamannya mencecah 100 ppm!

Kisah ini telah menggemparkan dan membuka mata ramai pengguna Reddit berkenaan kesan gas CO. Mereka tidak menyangka bahawa keracunan gas CO boleh menyebabkan kejadian seumpama ini. Ada juga yang menuduh pemuda ini sengaja mengada-adakan cerita untuk meraih perhatian.

Berbalik kepada pemuda tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada saranan yang telah merungkai misteri yang menghantuinya, sekaligus menyelamatkan nyawanya. Beliau kini telah pulih setelah mendapatkan rawatan di hospital dan telah pun berpindah ke kediaman yang baru.

Kredit Foto: Reddit

Keracunan gas CO merupakan situasi yang biasa berlaku di Amerika Syarikat, terutama di bangunan pangsapuri. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) melaporkan bahawa setiap tahun, kira-kira 400 kematian dicatatkan di Amerika Syarikat akibat pendedahan kepada gas CO. Antara dalang penyumbang gas CO adalah pemanas air dan tempat pendiangan.

Kredit Foto: Portal CDC

Berdasarkan penyelidikan penulis dan menurut beberapa komen Redditor lain, simptom halusinasi ini digelar Amnestic Disorder. Keracunan gas CO pada tahap akut boleh melahirkan beberapa simptom. Simptom utama adalah sakit kepala.  Menurut Wikipedia,  ia juga boleh diiringi oleh simptom-simptom lain contohnya peningkatan kadar denyutan jantung, penurunan kadar tekanan darah, kecelaruan, halusinasi, sawan dan juga kematian.

Kredit Foto: Laman sesawang DoveMed

Berlainan pula di negara ini, kebanyakan kes kematian akibat pendedahan kepada gas CO berlaku di dalam kenderaan. Gas CO bertindak secara senyap. Justeru, belilah alat pengesan gas CO sekiranya anda kerap berada di dalam kenderaan dalam tempoh masa yang lama. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 34
Komen

Previous : Rambut Bermasalah? Cuba 10 Petua Rawatan Tradisional Ini (Bahagian 1)

Next       : Venue Olimpik Rio 2016 Kini Terbengkalai, Lihatlah Gambar Berikut!

Komen Terbaru

Quote bottombikini 22-1-2019 06:32 PM
mr_cool5885 replied at 22-1-2019 02:21 AM
Update plsss.....seram gila weh

update kat thread kat orang tak memasal kang credit iols kena cantas acane

btw @lwyl gigih iols membelek iye memang benar novel fixi




Lain-lain Komen

Quote groundfloor 10-1-2019 05:40 PM
Good info........
Quote runiadreamer 10-1-2019 05:54 PM
jp x faham.. so siapa yg letak nota2 tu sbnanya?
Quote besarkecik 10-1-2019 06:28 PM
Siapa yg letak nota tu? Apa kena mengena dengan pengesan gas?
Quote epis 10-1-2019 08:04 PM
Sama.. sapa yg letak nota tu? Adakah dia sendiri hasil halusinasi?
Quote RatuDunia94 10-1-2019 08:18 PM
So heols ngingau tulis nota tu sendiri ke?
Quote azwanaliori 11-1-2019 01:48 AM
Apooo cite takde kesudahan ni.
Quote Qwerty007 11-1-2019 05:19 AM
Rasanya kadar gas karbon monoxide tu yg buat dia berhalusinasi tulis post it note tanpa dia sedar.
Quote Qwerty007 11-1-2019 05:21 AM
Rasanya karbon monoxide yg tinggi kat tmpt tggl dia tue la yg buat dia berhalusinasi. Tulis kat post it note tanpa sedar
Quote Qwerty007 11-1-2019 05:21 AM
Rasanya karbon monoxide yg tinggi kat tmpt tggl dia tue la yg buat dia berhalusinasi. Tulis kat post it note tanpa sedar
Quote r_innalif 11-1-2019 07:47 AM
Br tgok pasal 10 misteri yg diselesaikan oleh pgguna Reddit. Slh satunya kes ni la. Rupenye dia sndiri ltak post note tu, sbb keracunan gas ni la. Dia jd lupe.   Ada ms try ytube psl ni. Sonok tgok.
Quote kucingitam 11-1-2019 10:13 AM
dia sendiri yang tulis notes tu, hallucinate sbb gas monoksida tinggi..
Quote jengkoil 11-1-2019 12:11 PM
Marketing strategy?
Quote mieymiey 11-1-2019 03:23 PM
Yang dia pasang camera web tu pun halusinasi dia jugak ker?
Quote ninjago 11-1-2019 03:51 PM
woww.. good info nie!
Quote amirezu 12-1-2019 01:12 AM
webcam tu macam mana? kenapa tak ada video terakam hari 'dia' letakkan note tu?
Quote sundayz0 12-1-2019 01:46 AM
amirezu replied at 12-1-2019 01:12 AM
webcam tu macam mana? kenapa tak ada video terakam hari 'dia' letakkan note tu?

Aku rasa cemni.

Dia on webcam bila dia keluar rumah je sebab dia assume orang masuh rumah and tulis Post note tu. Dan time sia balik tidur, dia tak on webcam tu.
Quote bottombikini 14-1-2019 11:51 AM
ingatkan kisah mistik
btw aku tengah layan satu novel ni tapi belum abis lagi baca
heols sewa rumah tapi tak penah jumpa tuan rumah (ni tak pelik sbb penah jadi kat diriku jua)
bilik kedua kunci (biasa la tu kan, kadang2 tuan rumah simpan barang2 dia)
yg start pelik bila
1) duit sewa disuruh masukkan bawah pintu bilik kedua
2) dapat nota dari bwh pintu tersebut
3) bunyi org buka katup pintu grill/pintu bilik tapi takde org
4) ada slipper depan pintu rumah

agak seram la bila baca malam2 before tido


Quote nuhanis 14-1-2019 12:19 PM
bottombikini replied at 14-1-2019 11:51 AM
ingatkan kisah mistik
btw aku tengah layan satu novel ni tapi belum abis lagi baca
heols sewa ruma ...

Novel apa ni? Cambest
Quote bottombikini 14-1-2019 12:39 PM

tajuk dia bisik...(tak ingat)
penulis pun mcm tak femes sangat
beli masa ronda kat mph cari buku nak dibaca
tengok cam ok isi dia, tak berangan langit ketujuh sangat

sbbnye... penulis dia lelaki

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.045562s Gzip On
    To Top