Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Aksi Ghairah Lelaki Dan Wanita, Mandi Bogel Dalam Kolam Air Pancut Awam

Oleh: Myra Rozi|9-1-2019 10:54 AM Komen: 21
Gambar tular pasangan lelaki dan wanita yang sedang mandi berpelukan dalam keadaan berbogel di dalam kolam air pancut di Jalan Gaya Kota Kinabalu telah mencetuskan kemarahan netizen.

Berita Harian melaporkan gambar itu dipercayai dirakam pada lewat malam berikutan kawasan kedai dalam gambar tersebut kelihatan sudah ditutup.

Kebanyakan netizen berpendapat kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mencemarkan imej bandar raya yang menjadi destinasi tumpuan pelancong.

Tidak dapat dipastikan pelaku dalam video tersebut merupakan warga tempatan atau pun pelancong asing.


Foto: Berita Harian
Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lizawana Matin, memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kita akan berbincang mengenai perkara ini dan mungkin antara inisiatif yang boleh diambil adalah membuat pemantauan lebih kerap di bandar raya terutama lokasi terbabit.

Selain itu, DBKK akan memasang papan tanda dilarang mandi di kawasan itu supaya orang awam terutama pelancong lebih peka dan tidak mandi di kolam berkenaan.

Sekiranya masih ada individu yang berdegil dan ditangkap, mereka boleh didakwa kerana melanggar peraturan.

Beliau juga menasihatkan orang awam agar tidak mandi di tempat yang menjadi tumpuan awam.

Ini termasuk kolam air pancut, kolam hiasan dan kawasan terbuka lain sekitar bandar raya.

Kelakuan seumpama ini pastinya boleh mengundang ketidakselesaan kepada warga bandar raya selain memberi tanggapan kurang baik dalam kalangan pelancong asing lain." -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote haryatie 10-1-2019 10:51 AM
mabuk sampai x tau apa dah

Lain-lain Komen

Quote gaara_X 9-1-2019 09:15 AM
ermmmm...perangai pelik² betul laa deme nie...
Quote gaara_X 9-1-2019 09:16 AM
ermmmm...perangai pelik² betul laa deme nie...
Quote AnBulisia 9-1-2019 09:27 AM
denda yang dikenakan terlalu ringan
takde terkesan pada orang lain yang mungkin akan mengulangi perbuatan yang sama pada masa yang lain
Quote Simunggu 9-1-2019 09:40 AM
cina, melayu atau lain lain???
Quote Burong_Hantuk 9-1-2019 09:48 AM
jijiknya haiiiiii
Quote pooh~key 9-1-2019 09:54 AM
Akak syak kena samak fountain tu dekkkk.....
Quote minguk 9-1-2019 10:01 AM
ada yang sabah bergegar lagi ni karang..
Quote pokaibanktokyo 9-1-2019 10:08 AM
Monyet tul sekor sekor
Quote Victorioussss 9-1-2019 11:09 AM
Its not me. Stop pm me asking "ni u n gf u ke vic?"
Quote Malaysia.Doom 9-1-2019 11:37 AM
Simunggu replied at 9-1-2019 09:40 AM
cina, melayu atau lain lain???

Kadazan kot.
Quote abangbikerz 9-1-2019 11:38 AM
Oksana sini??
Quote Artemesiaa 9-1-2019 11:40 AM
Geng budak gam ke hapa
Quote taikor 9-1-2019 11:41 AM
Ni epic love story of the century? Ke taik dadah
Quote BoLapciOus 9-1-2019 01:42 PM
Mabuk tencing setan ke?
Quote momomikomiki 9-1-2019 01:49 PM
mesti mabuk atau khayal dadah couple ni
Quote chicozinn 9-1-2019 01:49 PM
tengah high lettew sampai ingatkan tu shower bilik air umah dorang..bongok lak aihh
Quote coughtlava 9-1-2019 01:52 PM
nak menganja pi kalabu malami eksklusif la

Quote rainbowrainz 9-1-2019 01:58 PM
Nnnneeeeexxxxtttt
Quote RatuDunia94 9-1-2019 04:31 PM
Pancut di kolam pancut?

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051587s Gzip On
To Top