Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Barber 'Lurus'! Cukur Rambut Lelaki Bentuk Segi Tiga, Salah Faham Dengan Simbol Pause

9-1-2019 12:09 PM|Oleh: hafiz.ahmad | Komen: 14

Benda paling yang ditakuti bagi setiap lelaki adalah memilih barber yang salah. Cuba bayangkan jika anda dapat barber  yang tidak kemas potongannya, boleh murung sebulan dibuatnya.


Seorang lelaki di China boleh dikatakan agak bernasib malang apabila mendapat pemotong rambut yang agak lurus pemikirannya. Mana tidaknya, barber itu mencukur bentuk segi tiga di kepalanya. Ya anda tidak salah baca, bentuk segi tiga!


Kredit foto: Tianxiu Bot/Weibo

Lelaki ini telah membuat temu janji untuk memotong rambutnya dan persiapnnya juga rapi, dia telah bersedia dengan video berkenaan gaya rambut yang dimahukan.


Semuanya telah disiapkan dengan rapi iaitu temu janji, gaya contoh rambut dan apa yang diperlukan hanyalah untuk hadir ke kedai gunting rambut itu. Tetapi tidak semua yang kita mahu dalam dunia ini akan kita dapat.


Kredit foto: Tianxiu Bot/Weibo

Untuk menunjukkan contoh rambut yang dia mahukan, lelaki itu tidak screenshot tetapi menghentikan (pause) video itu dan menunjukkan kepada barber tersebut gaya rambut tersebut. Simbol play terpampang di video itu, dan itulah perkara yang pasti akan diingati lelaki ini sampai bila-bila.

 

Tanpa bertanya panjang, barber itu menyangka bentuk segi tiga itu adalah sebahagian daripada style rambut itu dan terus mencukur rambutnya tanpa disedari lelaki itu.


Kredit foto: Tianxiu Bot/Weibo

Insiden kelakar ini telah dimuat naik oleh influencer blogger, Tian Xiu Bot di laman Weibo miliknya. Post itu mendapat perhatian ramai dengan hampir 20 000 comments dan 78 000 likes.



Menurut post itu lagi, sebenarnya barber itu ada bertanyakan kepada lelaki itu jika dia masih mahukan bentuk segi tiga itu dan tanpa berfikir panjang lelaki itu terus bersetuju. Mungkin sedang mengantuk barangkali.


Lelaki itu dikatakan gembira dengan kejadian ini kerana dia lebih yakin dengan gaya potongan itu, disamping mendapat perhatian ramai. Asalkan dia gembira, ya tak?

 

Pengajarannya lepas ini jangan pula salah gunting rambut. Pastikan contoh rambut yang anda nak tu betul dan bukannya paused video. Jadi bahan jenaka nanti! -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
11
Terkejut
5
Sedih
3
Lawak
7
Bosan
10
Komen: 14
Komen

Previous : Demi Pujuk Isteri, Suami Curang Sanggup Tatu 'Janji Taat Setia' Di Dada

Next       : Lelaki Berkelakuan Aneh, Jilat Loceng Pintu Rumah Yang Diceroboh

Komen Terbaru

Quote Achubam 10-1-2019 02:02 AM
Hahahhaha hebat juga barber ni

Lain-lain Komen

Quote buragazz 9-1-2019 12:14 PM
Tukang gunting pun.. bawah tempurung sangat....
Quote kikuri 9-1-2019 12:17 PM
silap silap boleh jadi trend pulok nanti
Quote Catpaw 9-1-2019 12:46 PM
{:smile            
Quote saviour_09 9-1-2019 12:48 PM
oii gila lurus betul ko ni
Quote whadda 9-1-2019 12:50 PM
lohhh barber pon
Quote shernazz 9-1-2019 01:02 PM
Tu bukan simbol pause
Tu simbol play
Kalau pause yang tegak 2 batang tu
Quote aijinmisaki 9-1-2019 02:03 PM
Ke saje nak pedajal
Quote Artemesiaa 9-1-2019 03:00 PM
Hahaha lawak ler pulak.  Tak mengapa tunggu panjang sikit lagi boleh ler buat tanda pause yang diidamkan tu
Quote besarkecik 9-1-2019 03:39 PM
simbol pause ada dua garisan tu..
Quote mieymiey 9-1-2019 03:47 PM
HAHAHAHAHA. Pembaris betul
Quote mziskandar 9-1-2019 04:07 PM
Seb baik time gunting x kuar iklan upin ipin
Quote kucingitam 9-1-2019 04:37 PM
hahhahaah...sorry aku terpaksa gelak...
Quote Qaseemah 9-1-2019 10:27 PM
Nbnn#i{:hypnotizeOimmb...mj$





Kbko n {:hoorayOkBnjjTu{:givel
Quote Achubam 10-1-2019 02:02 AM
Hahahhaha hebat juga barber ni

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
6.922401s Gzip On
To Top