Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Pelanggan Restoran Hotpot Tersedak 'Dihidangkan' Video Aksi Panas, Sabotaj Ke?

8-1-2019 02:41 PM|Oleh: LilRose| Komen: 9

Sebelum ini, media melaporkan IKEA di Hong Kong tidak sengaja memaparkan video porno di skrin besar pintu masuk.

Terbaru, Shanghaiist melaporkan pelanggan di sebuah restoran di China yang sedang menikmati hidangan pada malam Sabtu dikejutkan dengan kejadian tidak disangka-sangka apabila skrin besar yang sedang memainkan iklan promosi restoran itu tiba-tiba memaparkan video lucah.



Kejadian itu berlaku di restoran Haidilao, sebuah rangkaian restoran periuk panas (hotpot) di bandar Wuhan yang terkenal dengan khidmat pelanggannya yang sangat bagus.

Seorang pelayan yang menyedari kejadian segera mematikan suisnya, namun salah seorang pelanggan sempat mengambil gambar kejadian memalukan itu.

Dengan kuasa viral, imej tidak senonoh itu menjadi tular di media sosial tempatan, Weibo dan mencatatkan lebih 370 juta tontonan.

Keesokannya, pihak restoran memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan mereka telah melaporkan kejadian kepada polis. Bagaimana video itu 'termain sendiri'? Pihak restoran juga tiada jawapannya.

Namun, netizen membuat spekulasi bahawa terdapat pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah memainkan video itu menggunakan sambungan Bluetooth di telefon pintar mereka.


Kredit foto: Shanghaiist

Oh, ia bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kepada Haidilao. Tahun lalu, restoran itu menjadi tajuk berita utama apabila meraih hampir satu bilion dolar di bursa saham Hong Kong.

Tidak lama kemudian, muncul tajuk utama mengenai seorang wanita yang mendakwa menemui tuala wanita di dalam hidangan di situ.

Haidilao ditubuhkan pada 1994 oleh bekas pekerja kilang dan telah berkembang di China dengan lebih 190 cawangan. Malah, ia turut melebarkan sayapnya di seluruh dunia ke bandar-bandar seperti Los Angeles, Singapura, Seoul, dan Tokyo. 

Lebih menarik, pelanggan yang menunggu meja di Haidilao ditawarkan rawatan kuku dan urutan percuma! Jadi, memang tidak hairanlah mereka dikatakan memiliki khidmat pelanggan terbaik! 

Adakah kes ini bertujuan mensabotaj imej Haidilao? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
6
Terkejut
13
Sedih
10
Lawak
8
Bosan
8
Komen: 9
Komen

Previous : SpaceX Milik Elon Musk Bakal Tunai Impian Billionaire Jepun Jadi Pelancong Pertama Ke Bulan

Next       : Nota Misteri Di Rumahnya, Pemuda Sangka 'Stalker' Ceroboh Kediamannya, Rupanya..

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Indahnya Inle Lake, Tasik Yang Menyajikan Pemandangan Senja Tak Mungkin Dilupakan!
Datuk Disyaki Dera Bayi Dengan Mencucuh Rokok
"Hiba Rasa Hati Ini, Jangan Tegur Macam Tu Kalau Nampak Orang Tengah Makan" - Elizad
IKEA Tak Sengaja Papar Video Lucah Di Skrin Besar Pintu Masuk
Sultan Nazrin Pemangku YDP Agong
Bila Suami Tak Boleh Move On, Wajar Tak Namakan Anak Sempena Bekas Kekasih?
Dah Cuba Durian Bakar? Rasanya Lemak Manis Berkrim...
5 Tahun Remaja Jadi Santapan Bapa, Datuk
Takut Dicerai Suami, Wanita Culik Bayi Baru Lahir Di Hospital
Chef Wan Gesa Orang Ramai Berhenti Cakap Buruk Mengenai Sultan Muhammad V
Tayang Tuala Wanita, Sajat Masih Gigih Buktikan Diri Perempuan Sejati
Dah Rompak, Tinggal Najis!
"Atuk Nenek Memang Sayang Lebih Pada Cucu" - Sebak Lihat Bapa Mentua Nourul Depp Kejar Tren
Ini Sebab Kenapa Kim Kardashian Dihujani Surat Dari Penjara
Lelaki Berkelakuan Aneh, Jilat Loceng Pintu Rumah Yang Diceroboh
Curi Mayat Remaja Dari Kubur Untuk 'Perkahwinan Hantu Cina'
"Jangan Buat Pian Sedih Dengan Gambar Lama" - Habib Jewels Mohon Maaf Pada Elfira, Sufian
Doktor Klinik Mediviron Letak Jawatan Lepas Hina Bekas Agong
Pemandu Dakwa Terima Arahan Bunuh Dari Aplikasi Uber
Buat Laporan Polis Kucing Hilang, Rita Rudaini Nak Heret Pesalah Ke Muka Pengadilan
Kejam! Lelaki Campak Dua Kucing Peliharaan Dari Tingkat Tiga Pangsapuri
Nyaris Dirogol Salah Naik 'Grab'
"Pat Pat Siku Lipat Syoknya Kalau Dapat!"- Samsung Perkenal Telefon Lipat
"Lakukan Ini Masa Jumaat" - Kenapa Hari Jumaat Sangat Dimuliakan Dalam Islam?
Euww! Betul Ke Bos Levi's 10 Tahun Tidak Pernah Basuh Seluar Jeans?
SpaceX Milik Elon Musk Bakal Tunai Impian Billionaire Jepun Jadi Pelancong Pertama Ke Bulan
Cara Simpan Bukti Perbualan WhatsApp Bagi Kegunaan Mahkamah, Bukan Semberono Je!
Berbeza Saiz Tapi Cawan Kopi Starbucks Didakwa Sama Saja Jumlah Isinya?

Komen Terbaru

Quote DollahRepek 9-1-2019 04:55 PM
Dulu gi lepak dekat kedai makan tokey bukak rancangan wrestling. Tapi sekarang nie dah tukar pulak bukak citer wrestling atas katil.

Lain-lain Komen

Quote BoongaKertas 8-1-2019 03:41 PM
potong selera kalau mcm ni punye vid tertengok
Quote Victorioussss 8-1-2019 03:45 PM
Sedakbe         
Quote buapakperut 8-1-2019 06:50 PM
ni bukan sabotaj. ni pelaris
Quote kroit92 8-1-2019 06:53 PM
sabotaj kut

aku masa zaman matrik, penah pegi makan kat satu restoran baru bukak
semua dalam tu pekerja Indonesia. masa tu baru 18, berdikari tengok dunia
dapat nasi goreng, tengah makan, waiter tu pegi bantai pasang lagu dangdut goyang-goyang separuh bogel   oh my, my innocent eyes

the first and the last aku makan situ. habis makan keluar sumpah seranah sakit hati
cukup sebulan lingkup
Quote ultraline 8-1-2019 11:16 PM
ni kes sabatoj .. bahaya lani smart tv..nasib ak nye tv model lama
Quote juliahanif 8-1-2019 11:31 PM
ultraline: ni kes sabatoj .. bahaya lani smart tv..nasib ak nye tv model lama


Ye betul..smart tv ni u blh je cast,stream. Just download apps model smart tv tu.
Quote twinbeeboo 9-1-2019 02:32 PM
MEmang boleh sabotaj pun. Tu lah bahayanya smart tv kalau tak di set kan betul betul
Quote mieymiey 9-1-2019 03:50 PM
Mesti rasa awkward kan lepastu
Quote DollahRepek 9-1-2019 04:55 PM
Dulu gi lepak dekat kedai makan tokey bukak rancangan wrestling. Tapi sekarang nie dah tukar pulak bukak citer wrestling atas katil.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077480s Gzip On
To Top